Assalam.
Hari ini ada sesi review report card kat school Alya so pagi-pagi dah pergi terjah. Awal pagi ni mood memasing ceria jer sambil mama berfikir result Alya macam mana untuk this year.
sembang dengan teacher dalam 20 minit, dia tunjuk semua buku-buku kerja yang mereka gunakan, yang mereka buat. yang mana tak siap ke tertinggal ke semua mereka tunjuk. so far so good Alhamdulillah. their teacher said Alya is ready to go school!
Alhamdulillah. honestly, for the 1st time being a parent yang masih tertanya-tanya, tercari-cari arah yang betul untuk anak memang agak annoying bertanya itu ini. yelah, banyak perkara yang perlu kita amik tahu sebagai parents. bukan semata sebab duit yang dilaburkan tapi sejauh mana pencapaian anak itu. perkembangan Alya setakat ini sangat baik dan mengikut guide yang betul. mengeja, menulis, membaca as for basic tu semua dah okay. sekarang pun dah tekankan untuk lebih banyak membaca suratkhabar selain belikan buku-buku bacaan yang ringan. tapi Alya suka jugak baca story book yang agak tebal. dia baca 2-3 pages sehari. amik masa seminggu untuk habiskan satu buku setebal 30 muka surat. but i dah rasa cukup bagus untuk budak seusia dia.
sepanjang 2 tahun Alya bersekolah di Smart Reader Kids Denai Alam ni, i berpuas hati dengan sistem pembelajaran dan semua gurunya. tambahan pula bila teacher kata Alya dah ready untuk bersekolah next year so i rasa lega. Benda basic yang i rasa risau is membaca. kalo 6yrs masih belum boleh membaca i rasa ianya agak membimbangkan sebab bila melangkah ke alam persekolahan cabaran akan bermula. di situ boleh lihat pelajar yang ketinggalan bila bersekolah di sekolah yang mempunyai banyak kelas dan pelajar. I check and review dengan beberapa parents di sini (Denai Alam -Bukit Subang). ada pendapat mengatakan cikgu lebih memberi perhatian kepada kelas level A sahaja (kelas pelajar bijak). so bagaimana dengan kelas B-C-D? err menakutkan. I takmo la kata Alya confirm masuk kelas A tapi kalo masuk B-C-D? Allahuakbar jauh sangat kot pemikiran i ni.
setakat hari ini I dan asben seia sekata untuk membuat pilihan sekolah buat Alya. Insyallah semoga Allah permudahkan pilihan kami untuk anak kecil ini. setiap ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka kan :)
okay yang ni result untuk tahun ini. rotan tetap rotan kalo buat salah.
yang ni pula result last year. ada peningkatan-penurunan its ok sayang. mama tetap bangga dengan Alya :)
ni budak yang dah nak masuk sekolah next year. masa terlalu pantas!
budak ni jugak yang menemani mama di ofis sanggup tido kat bawah meja hehehe :)
mama and papa loves you sayang :)
Alya Nur Zahra.
No comments:
Post a Comment