Thursday, August 18, 2016

From my kitchen; Roasted Chicken Hani :)

Assalam semua ..

Korang rajin tak melayan kerenah anak? Terutamanya anak dara. Hermm Alya dah darjah 2 tapi pemikiran kadang-kadang tu tak tercapai dek akal. Ada jer benda dia tanya, dia argued. Adakalanya tak terjawab hehe atau malas nak layan. Tapi mostly kalo boleh jawab I jawab. Unless tanya soalan merepek memang koserr nak melayan sebab tu pun boleh jadi sebab nak bergaduh kang hehe :)
Paling selalu dia tanya atau perli maknya ialah "bila mama nak guna oven ni?" .. atau "mama ni bazir je duit beli tapi tak pernah pun masak guna oven ni" atau paling sadis "mama Mayessa tu rajin tau, hari-hari buat cupcakes. Mama ni macam malas ajer" .. OMGGGG dush dush dushhh kena tumbuk muka kakton hahaha yelah anakkk .. mak kau ni pemalas benarnyaaaaaa .. hahaha beli dah dekat setahun kot oven Butterfly ni. Beria buat entry nak beli oven pastu bila dah sampai, lupa pula nak explore apa benda nak dibuat dengannya haha .. Hajat hati macam-macam. Nak buat cupcakes la kek la bakar ayam la ikan laaaaaaaaa .. semua laaaaaaa .. tapi nan hadooo ..

Kebetulan Isnin lepas bawak Aryan ke klinik sebab demam on off. Risau pulak sebab skang virus influenza merebak so buat test segala. Alhamdulillah negatif. Lepas settle urusan kat klinik, singgah Mydin yang berdekatan. Terdetik dalam hati nak buat roasted chicken. Perghhh cita-cita tinggi ni. Tak pernah buat tapi terus roasted. Takdenya nak bakar-bakar dahhh hehehehe ..

So beli la ayam yang bahagian paha yang seksi-meksi tu 3 ketul. Tomato, karot, cendawan sume beli tapi boleh pulak brokoli terlupa nak capai. Tapi takpe tu bukan masalah besar pun sebab sayur ni I dengan Alya je yang makan. Hubby bukannya suka sangat makan sayur hehe :) so sampai rumah terus bersihkan ayam dan sediakan bahan-bahan apa yang patut. Excited kau nak masak ni. Dah la first time bukak oven ni. Sambil tu google la mana-mana resipi yang mudah. Kau tahu kan kakton mana suka resipi yang berjela-jela ni koserrrrr .. kalau ada method 1, 2 & 3 memang kakton campak je resipi tu haha :)

Perap ayam dengan white pepper, black pepper, buh heinz sauce, tabur rosemary pastu jangan dilupakan oyster sauce. Garam gula tak payah. Perap sejam kot lebih kurang. Olive oil I sapu kat ayam gantikan butter, kata nak diet hermm .. Then untuk menambah perisa, madu buh sket. Yummiehhh .. 

Panaskan oven dengan suhu 200'c selama 20 minit. Pastu start bakar ayam dengan suhu 250'c selama 40 minit dengan api atas bawah. Ala korang dah terer dahh takdenya nak baca details kan hehe :)

Then asyik la tengok takut ayam rentung pulak. Sambil tu celur kentang dan karot. Cendawan jangan lupa rendam juga. Lagi 10 minit before tinggggggg .. tu silalah masukkan kentang, karot dan cendawan tadi bagi sekata.

Tadaaaaaaaaa .. jadik tak jadik takkk?? hubby kata jadikk pastu dia cakap ni kena makan dengan nasi Arab. Amboi bang, perli isteri ke sebab dah buang perencah nasi arab mandy yang expired tu? kikikikihh .. Alya cakap, "sedapnya ayam ni mama, lepas ni kita buat kek coklat ye" gulp telan ailiooo maknya haha :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...