Friday, August 19, 2016

From my kitchen; my 1st cake

Salam Jumaat semua ..

Malam tadi I ada projek malam Jumaat hehe korang mesti fikir ke laut la ni kannn hehe .. sebelum projek bermula kenalah sediakan dinner dulu. Kang ada yang mengadu "lapar mama, saya lapar mama, saya lapar mama", mau berzikir kat telinga mama beratus kali huwaaaa .. so buat ikan kembung bakar cicah cili kicap pedas. Sup kentang sebagai hidangan tambahan gitu.

Alhamdulillah ikan bakar menjadi and paling senang nak buat sebab ada magic pan yeayy .. Bakar dalam 15 minit kot lebih kurang, terbalik atas bawah pastu check la ikan dan masak ke belum. Bahan-bahan nak perap senang ajer, serbuk kunyit, serbuk kari dan serai. Lumurkan kat ikan pastu buh daun kunyit. Wangi jer bau masa bakar nanti. Terliur pula bila taip ni hehe :)





Okay dah sediakan makan malam, mari kita bersedia untuk next project. Ni namanya project tahun gajah hehe sebab dah beli mixer, oven tahun lepas. Beli hari ni macam esok nak buat tapi amik masa bertahun baru nak guna. Nasiblah kena perli, sindir dek laki :(

Okay malam ni kita buat. Kita mesti buat hahaha semangat ni peluh-peluh dahi kakton. Nak pasang mixer pun terkial-kial tapi kena control depan Alya yang tengah excited tu. Kena tunjuk maknya terer barulah dia konpiden nak tolong. 

Oven dan mixer brand Butterfly ni beli dari LAZADA. Harga yang reasonable, cepat dan dijamin kualitinya. 


Ehh dah siap masuk oven? Haaa tu la kelebihannya. Beli je tepung segera tu. Telur 3 biji, butter 250gram. Pukul telur selama 2 minit dah kembang masukkan butter pula. Dah kembang adunan ni baru masukkan tepung segera. I beli je tepung segera kat supermarket, brand lupa pulak nak snap picture maklum kalut macam nak terbalik dapur walhal buat kek guna tepung segera je pun hahahaha :) Alya excited nak tolong masukkan telur, masukkan tepung then tekan mixer. Maknya pun excited jugak kikikihh ..

Panaskan oven selama 20 minit dengan suhu 180'c then masukkan adunan kek tadi. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180'c (bergantung pada oven korang) eleh korang dah terer takyah la nak poyo sangat bagi resipi kan? I ni je 1st time buat kek umur dah 35 tahun kihkihkih :)


Tadaaaaaa .. Alhamdulillah siap masak, kek menjadi rasanya. Rasa kek. Nasib takde rasa buah oren kikikih. Naik dengan jayanya. Cuma merekah sikit kat tengah-tengah small matter la kira okay jugak tu kan :)

Nahh silalah telan ailiooo kikikihh .. lepas ni projek cup cakes pulak kata Alya *gulp*



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...