Monday, August 22, 2016

From my kitchen; Nugget green apple salad

Assalam semua ..

Isnin kembali bersua. Ada ke yang monday blues??? Lambat ke opis sebab rasa malasnya nak tinggalkan tilam empuk. Bestnya landing kat katil sambil berangan. Opssss .. kalaulah cuti kan best tapi apakan daya kena jugak poi kojo hahaha :)

Okay, nak share menu Sabtu dan Ahad. 1st time try buat salad. Terliur tengok kat google hehe mulalah berangan nak buat. Dulu rasa macam erkkk tak makan sangat tapi sejak diet (read:control makan) mulalah terasa nak buat dan amalkan.

Google sana sini. Tapi bila check ada je bahan-bahan yang macam takde dalam esbok so marilah kita buat apa yang ada jer. Tak sangka pulak sedap dan hubby thumbs up!

Nugget green apple salad. Amboi nama kemain panjang hehe :)

Bahan-bahan:

1. Nugget ayam. Goreng dengan sesudu minyak. Nak gantikan dengan finger chicken pun boleh takdak masalah. Nak tukar dengan ayam fresh pun boleh tapi kalo nak cepat guna je nugget tu.
2. Epal hijau. Sebiji or 2 biji ikut suka. Takyah buang kulit pun takpe. Takde lagi orang mati makan epal dengan kulit kan?? Yang penting cuci bersih-bersih haha.
3. Tomato. Sebiji or dua biji tak kisah. Belah 4 pastu potong dadu.
4. Bawang merah dihiris nipis-nipis. Potong bulat tau.
5. Daun salad jangan dilupa. Kalau takde salad, jadi resipi nugget ayam je kang hehe :)
6. 3 sudu mayonis. Thousand island I lupa nak beli. Kalo ada boleh bubuh jugak ehh ..

Okay dah letak semua bahan-bahan di atas, gaulkan bagi rata.
Siap. Gila senang mak enon nak buatnya kan??
Selamat mencuba.



Ahad. Alya request nak spagetti. Kebetulan dia nak gi tuition so sempatlah breakfast dulu. Then buat jugak nugget green apple salad. Sebab Sabtu dah buat then habis. Hubby tak rasa lagi so marilah mengulang buat semula. Again.

Happy breakfast!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...