Wednesday, March 27, 2013

Poor my little girl ..

Salammm .. lambatnya check blog hari ni. apa taknya, masuk pon lambat haha. kebetulan jiran kat rumah meninggal dunia malam tadi so pagi ni dikebumikan. I singgah ziarah sekejap but hubby stay and siap follow ke masjid untuk solat jenazah. since pindah sini dah 2 orang jiran kami meninggal dunia, kedua-duanya jiran yang dah pencen. ehem memang ramai veteran yang stay sini. kebanyakan memang beli rumah semi d or banglo and menetap selepas pencen. barisan rumah I je yang agak muda-mudi ahaks sempat lagi tu ehh :) Al fatihah untuk Hj Md Zain, imam di surau fasa kami. sempat mengenali arwah malah beliau pernah datang ke rumah semasa bacaan Yassin ketika kenduri pindah masuk rumah dahulu. Al fatihah :(

oh ya, hari nih my princess macam okay sikit moodnya. semalam memang moody. dia takmo ke rumah babysitter, nak dok rumah saja tengok cd or cartoon. amboi macam mak ko nih tak keje ye? sesuka hati nak keje ke tidak aje. ehh.

kesian dia, bosan cuti tak ke mana. Ana, kawannya yang jiran sebelah kanan baru balik bercuti di Cameron Highlands. Amar, kawan jiran sebelah kiri baru balik dari bercuti juga. so, Alya? dia takde ke mana so tak boleh nak bercerita. kesian kamu sayang :(. takpe, I'll make it for you this coming Friday till Sunday yaa :))

sementara tunggu Jumaat ni, marilah buat aktiviti sendiri dulu. antaranya coloring :). Alya memang suka coloring. I suka tengok dia mewarna sebab kemas dan tak comot. budak-budak suka dipuji so I tak lokek nak puji dia abis-abisan bila dia tunjuk hasil mewarna tu. memang cantik. mungkin budak perempuan cermat mewarna tak ganas kot. good girl. lagi semangat mama nak belikan new coloring books untuk awak ye sayang :)

ok, sekian cerita my princess :) *tengah mikir plan for this coming Friday yeayyyy*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...