Wednesday, February 20, 2013

1st batch to tailor

Sambil siapkan kerja yang mana patut sambil tu jugak googles kat mana warehouse sale haha. maklomlah mak buyung ni insyallah bakal due before bulan puasa katanya. jadi, slow-slow lah mencari kain baju samada untuk new addition or my princess Alya mahupun paling terutama diri I lahh hiks .. kang tak raya plak kitaorg anak-beranak. cari last minute pon seronok gak tapi kalo takde size seronok ke?

sambil tu googles gak blog yang menjual kain-kain cotton. tapi I kurang berkenan benonya beli kat blog ni. bukan tak percaya ke haper tapi tak puas nak pegang nak belek depan mata hehe. takde feel. nampak cantik, kang dah sampai terus jadi tak cantik hihi.

minggu lepas, amik kesempatan ke Jakel. dengarnya ada sales kebaboomm .. berpuluh-puluh persen kabonya. maka pergilah mak buyung gemok heret anak dara keciknya itu ke sana. memang beso banner persen tu haha. so semangatlah mak buyung memilih kain-kain cotton. skang suka cotton je. tak main dah kain-kain licin ahakss tak baik riak kak :) pilih punya pilih belek punya belek wahhhh memang nampak murah. tapi bila didarab dengan 4 meter uwaaaaaa seratus lebih juga untuk mak buyung nehh .. walhal materialnya kalo kat Bandung baru bape hengget uwaaaaaa teringat kenangan last year shopping 10 pasang kain cotton kat sana. serius murah sangat.

sila amik kalkulator jika matematik anda 9 hiks :)
bayangkan semeter 40++ lepas tolak diskaun kononnya jadiklah 25 semeter darab 4.5 meter kalo bidang 45. I kan gemok kenalah amik extra kang kain sempit haha. kalo bidang 60 kena amik 3.5 meter. ko darablah sendiri bape hengget = serius tak murah mana pon sales kat JAKEL. walhal kain tu amik kat Bandung or Vietnam baru bape hengget. err I cakap berdasarkan mata I yang nampak sendiri masa kat Bandung dorang dah pack siap2 untuk pos ke JAKEL Malaysia tauuu :)).

kat Bandung 200 ribu rupiah bersamaan 70++ dah boleh dapat dapat cotton gred A hokkay. kat sini cotton tu dijual 40++ semeter huhhh serius mahal. harus mau terbang ke Bandung jua nihh :(( tapi nak buat cemana kali nih terpaksa burn ticket murah I ke Bandung sebab masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. maafkan I Bandung, I tak dapat visit u this year huk huk huk *lambai-lambai FO, Pasar Baru, Kartika Sari, Alun-Alun*


okay, nih je yang I beli kat JAKEL. 2 pasang di sebelah atas. paling atas tu yang bunga kecik-kecik pink tu Alya yang pilih. lembut and sedap materialnya. semeter 25/- x 2.5 meter = sila kira kak :)

I punya belah bawahnya, pink bunga-bunga = semeter 20/- x 4.5 meter = amik kalkulator satt hikss

untuk 2 pasang nehh = 150++ uwaaaa :((
kalo kat Bandung confirm I berani bet mesti dapat 4 pasang cotton uwaaa nangih lagikk :((

yang nombor 3 tu sutera crepe Batik Desa Murni. I beli kat boss yang memang menjual sutera crepe nih esklusif dari sana. tak silap RM300/-. beli dah lama tapi tak hantar ke tailor sebab tailor busy semedang. nasib dah beli awal-awal so baju raya I dah ada bape pasang dahhh :). pastu 2 dibawahnya beli kat penjual cotton di FB. beliau dok di seksyen 7, masa kat Jakel lepas bayo kain-kain tu terus call dia kot boleh gi tengok kain2 kat rumahnya. memang best boleh pilih kain sendiri pastu murah plak. yang ni cotton dari Vietnam. murah, tak semahal JAKEL :). material pon sedap, lembut.

ni first batch. 2nd batch nak tunggu kawan gi Vietnam nextweek. kot ada yang berkenan boleh sambar lagi. kesian mak buyung tahun nih takde cotton dari Bandung huk huk huk.

ehh nih corak I pilih sendiri tak kisahlah kot ada yang buta mata kata kain langsir plak kann hahaha. sori to say selera masing-masing kann. kain langsir pon kain langsirlahh ehh kain langsir tahun nih lom tempah. rasa nak tukar untuk living je. nanti nak gi FELLA jugaklah. sebab kualiti okay even semeter rm48/- hahaha. kalo ikotkan langsir nih baru lagi masa pindah tu kan. pingsan kalo nak tukar satu rumah so tukar hat livinglah kot nak dapat mood raya kann .. takat living bolehlah lepas bajet. kalo 1 rumah mau kena kapak kat laki kihkihkih :)


ko hader? langsir cap Erra Fazira? takde? hahaha matik lew sape terasa :)


sekian entry pasal baju raya 1st batch. mak aii hover siap berbatch-batch camne nak kaya nihh haha :) erkk tema? takde tema kot sebab asal pilih tema semedang je tukar. beli je semua warna kang dah nak raya baru tengok mana yang okay terus jadi tema boleh giteww?? ahaks :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...