Monday, February 4, 2013

Baby Outlet warehouse sale :))

Assalamualaikum semuaa :)) sihat? uolss dah breakfast? I baru settle makan soto. sedapp .. nanti I up kat next entry okeh? asik up entry pasal makan, kesian korang terliur depan pc kan kann kannn hishh :))

nih tak sabar nak share ngan uols semua. ntah-ntah uolss dah tahu kot? takpe, I nak share juga sebab I kan baik hati tak kedekut well *angkat kening senyum senget :)* jalan dabik dada :))

well, benarnya dah 2 minggu sale ni berlangsung, I tahu before cuti Maulidurrasul tapi tak bersempatan nak pegi sebab macam-macam hal kan. gi Sogo aje yang sempat hehe :)) so Sabtu lepas, baru start enjin kereta vroom vroommm berdesup gi sale nih ngan Alya. skang I memang aimed mana-mana sale sebab dah kena prepare awal-awal for baby. bukan apa, nanti I cerita kenapa; next entry. skang kita fokus kat sale. fokus ok fokuss :)) sila duduk tegak-tegak pegang mouse kuat-kuat ;))

Warehouse sale nih *seperti di dalam poster di bawah* memang complete untuk barangan baby. dari baju, mainan, baby gear, makanan, susu, diapers dan macam-macam lagi. malah baju untuk toddler pon ada, semurah RM3.00. baju mak pak pon ada so bolehlah satu family datang sini kalo mencari baju basahan yang murah-murah, semurah RM5.00. murah tak? gila tak murah. spender budak pon skang ni dah mahal, mau ada yang RM20.00 above sehelai. so kat sini try lah cari memang ada yang murah. stokin kerja untuk apak pon ada. sila silaaa ke sini :)) pendek kata dari mak pak, anak, pak menakan, akak sedara bolehlah ke sini. kalo nak cari baju raya pon boleh sebab di salah satu warehouse ni terdapat baju-baju yang khas untuk dieskport ke negara luar. kiranya boleh dibeli dengan harga kilang. tak silap I antara brandnya; Poney, Carter, Anakku, Disney, Strawberry Shortcake and banyak lagi. serius, tak ingat sebab banyak.

Warehouse terbahagi kepada 3 bahagian. 1 bangunan yang khas untuk eksport, 1 lagi untuk mainan, baby gear, susu, diapers dan pelbagai lagi. Manakala 1 lagi adalah khemah khas yang terletak di antara 2 bangunan ini untuk clearance stock baju segala bagai yang murah-murah.  besar juga tempat ni and senang nak cari iaitu betul-betul di sebelah Sunway Pyramid. sape nak tahu details boleh try call nombor di bawah ya :))


ini antara baju baby yang I sempat grab. dari RM3.00 untuk mitten booties, baju sehelai RM5.00, baju tido sepasang RM10.00 kira murahlah juga kan? sehelai RM5.00 u kata mahal? hishh murah sangat dah nih. dulu bolehlah cari kat The Store baju brand Tollyjoy RM3.90 skang mana dapat dahh. kalo ada, sila inform I okay! sebab I dah survey lastweek hehe. yes, I ni cheapskate kikiki. konon takmo beli kat Giant, Tesco tapi berangan nak branded item dengan harga murah hishhh :)) acaner tuhhh? so silalah hunting sale di mana saja okehh :)) maka bermulalah episod potong reben di mana-mana warehouse ehh :))


selain untuk new baby, untuk Alya pon ada jugak. sedihnya bila dia cakap gini "Untuk saya takde ke mama?" of course ada sayang, you always be my princess forever sayang :)) so sekarang ni kalo beli baju baby, memang akan carikan juga untuk dia. baru I faham erti kecil hati seorang budak. see, budak pon pandai main perasaan tauuu :)) *for papa, please allocate for extra budget from now*

Nih brand Strawberri Shortcake, harga serendah RM8.00 sehingga RM20.00. yang dress putih tu brand Poney RM29.90. Brand Poney ni untuk eksport. kualiti, material and design memang superb. kata untuk eksport kann :))



yang dress sebelah kiri, Poney RM29.90. sebelah kanan Strawberry Shortcake RM20.00. hemm baru I perasan my princess dah pandai pilih baju. tukar selera pon ia juga rasanya. maybe dah boring dengan disney princess, snow white kot. okay juga Strawberry Shortcake nih, sweet and cute for her. nih bolehlah simpan for raya sebab mak ko tengah pantang masa bulan puasa acaner nak gi shopping? :))



yang ni pulak gift boxes semurah RM15.00 sehingga RM25.00. beli sebab rasa murah and boleh simpan siap-siap kot lew nak bagi hadiah kat jiran, kawan or sedara-mara ke :)). blanket mickey mouse RM15.00, yang belah kiri Anakku RM10.00 aje. murah kannn?? semua murahh :)).



ehemm .. tengok, siap letak harga okey. senang, boleh buat bajet lepas nih hahaha nak claimed pon senang kihkihkih. oh ya family essential shower bath tu RM23.00 for 3 bottles. dulu penah beli tak silap sebotol RM12.00. murah lah 3 botol 23 hengget kan?? so rembat juga. satu rumah boleh mandi guna nih. jimat juga.



aha yang nihh belian masa kat Sogo lastweek. dah berminggu belum sempat nak update maklom I kan busy selamatkan bumi neno neno nenoooo :)) masa ni beli juga baju tapi baru sedar Sogo nama je sales tapi mahal kemain macam takde less ponn hishhh :)) mahal tapi beli juga acanerr :)) ok, lepas ni takmo gi Sogo ehh voucher ada RM40 nih nak guna bila haa??


masa ni beli newborn sleepwear, napkins yang comel sebab ada mickey printed, mitten booties, bantal bumble bee yang memang I suka since Alya lahir dulu, tahan lama berkualiti. so kali nih beli juga and will stay to Bumble Bee :)).  


sekian, cerita pasal shopping. next entry citer pasal makan. nak tengok ke I makan apa? tak nak? takpe, I update juga tak kiraaa :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...