Sunday, September 26, 2010

Open house sambil jamu perut dan mata anda ..


Tengok anak dara ku, orang lain sebok main kejar-kejar, makan-makan, main bunga api kat luar dia dok dalam ni tengok fish katanya hikhikhik ..

ni masa open house consultant aku kat site. lepas maghrib baru aku ke sana sebab encek saiful balik lambat bebenor. tu pon puas pujuk ajak pegi. laki aku ni susah betol kalo nak berjalan. macam takde hidong. aku paksa juga dia ikot sebab malas nak masak malam tu ekekeke ..

ada kambing panggang, ada lemang, lontong ala menu wajib open house kannn .. dah la ari ujan perut pon memang lapar. terpaksa berkurung kat sini lama juga sebab hujan tak berenti-renti. main bunga api pon tunggu hujan reda. kesian budak-budak excited nak main tapi kejap jer sebab hujan turun balik. aku bagi Alya pegang bunga api kertas tu tapi dia takut so maknya la kemain hebat main hahahhaa ..

Alya pulak bila dah dapat jumpa baby yang baru lepas pantang ni wahh kemain dia mencuit baby tu. aku takut dia lempang jer baby tu kang. kan leh percaya sebab dah 2-3 kali dia buat kat baby jiran aku adoiii ler ..
tengok kemain rapat dia berdiri. alamak ada 1 gambo aku lupa upload plak, gambar dia kepit dekat sangatttttttttt dengan stroller tu sambil cuit pipi budak tu. aku dah jerit dah kat dia suh jauh skettt .. nasib baik le ada kakak tolong peratikan dia sebab mak baby tu sebok makan kat luar. hihiiiiii ..
selesai jamuan ni terus balik sebab ujan makin lebat. so next day kami beraya ke rumah Manager aku aka @Tokei Batik pulak di Kapar, Klang. ni ler 1st time gi umah dia, sesat jugak la mencari. bila lalu ladang kelapa sawit, teringat kes bunuh yang tengah hangat skang ni, seram jugak. sunyi jer, yang nampak kaum tu jer kat situ. hiiiiiiiii seram betol laaaa .. nasib ari siang kalo ari malam memang tak berani lalu situ.

Ya Allah sampai je umah En Arashid aku dah terkesima dah bila nampak hidangan atas meja. bukan jakun ke pelahap ke tapi aku suka hati gilerrr bila nampak mee kari. ye mee kari. ni ler makanan yang aku cari sepanjang raya ni. dari 1st raya lagi. asik le aku jumpa nasi, bihun sup atau mee sup. mee kari aku tak jumpa. ke ada tapi aku yang tak nampak? ahhahahaha .. sumpahhh betol aku teringin sangat nak makan mee kari kooo .. selalu makan kat the chicken rice shop mee kari tapi ni aku teringin betol bila dapat jemputan dok ler terbayang-bayang wajah mee kari ahhahaa .. mengandong ke aku ni??? ke mengandongi lemak? wkakaka ..

kebetulan gi sana aku saing ngan kakjay. kesian le laki dia ngikot je mana aku sesat. memang penah gi sana 3-4 kali ke sg kapar indah tapi taman je lelain ahakss .. selalu orang bawak ni kena gi sendiri tu yang sesat .. ahaha ..
ni kakjay sefamily. family in blue theme .. aku jer takde tema, tema suka ati ..
lepas dah kenyang perut, aku ngekor je tokei ke butiknya di sisi rumahnya sajok. tapi kena keluar juga la ikot pintu depan sebab dia tak buat pon akses dari dalam rumah. kira okay la tak campur dengan hall kan, takdelah serabut kita nak tengok kain dengan senang-lenang kannn ..

Butik Busana Meria ..
butik ni memang bau kedai lagi sebab baru siap. dah nampak cantik walau belom final touch lagi. maklom tokei sebok, mana sempat nak touch up. bulan pose lagilah takde masa kann. beliau tengah plan nak mencantikkan butiknya bagi lebih menarik dan selesa untuk customer beliau. Alya kemain suka menari depan cermin tu konon-konon kat studio le tu kot hihihi ..

takpe tokei, slow-slow and good luck. kita bagi sokongan kepada mereka yang ingin berjaya dalam bisnes walau dah ada karier yang mantap dan berjaya. aku pon selalu minta tunjuk-ajar dia dalam bisnes. saling tukar idea dan hulurkan tangan jika perlukan bantuan. keep it up boss!

jom tengok latest collection yang beliau sempat amik 2 minggu sebelom raya. kali ni banyak koleksi batik digital yang sungguh cantik coraknya. aku dah rembat sepasang ari tu, kaler merah + maroon. ingat nak cari kaler coklat + oren plak hikhikhik ..

jom cuci mata lepas perut kenyang makan ..


harga sutera creepe digital ini antara 300 above. tapi memang puas hati dengan kualiti dan coraknya. corak raflesia ni antara yang terlatest, terkini kata orang putehnya ..

yang ni pulak sutera biasa kita tengok tu, still ada permintaan terutama mereka yang keje sektor gomen. ala ko yang keje kilang pon leh ajer nak pakai batik ni kann .. aku suka batik creepe sebab senang nak gosok. takdela seksa benor macam sutera asli kena guna air bagai kann .. creepe pon senang jaga just cuci ala-ala dry cleaning atau rendam sekejap then terus sidai. tapi still kena hati-hati time pakai tu jangan le tersangkut pokok bunga plak memang confirm hancuss kennn ..

yang ni pulak batik 1 malaysia. kiranya ni memang special edition. sepanjang yang aku tau, batik 1 malaysia ni hanya ada 1 company jer registered untuk buat ni. kiranya company dia je yang kuarkan batik jenis ni. kalo salah sila betolkan fakta aku ek .. batiknya pon sutera creepe, pon cantik dan meletup designya. harga range 300 above ikot design. makin meletup design makin meletup harganyaaaa .. tak gitu kak kiah??


nak cantik ofkos ler mahal kan. nak murah tapi cantik ada tapi sendiri paham je la hehehe ..
bagi yang berminat nak tau pasal batik digital ni or teringin nak membeli barang sepasang 2345 pasang bolehlah contact Busana Meria 019 286 1696. tokeinya ramah mesra melayan setiap customernya.

lepas dah kenyang makan, mata pon sedap jer menjamu di butik meria, aku dan kakjay mohon pulang dulu sebab ari makin mendung. Alya pon dah penat main sampai menangis-nangis sebab ngantok. padan le muka sapa suh takmo tido masa datang tadik .. huishhhhh ..

sampai umah pon dah kul 6 lebih, encek somi dah balik dok menunggu dengan muka geram sebab dah janji nak ke Sg Buluh pulak, open house rumah kawannya. amboi bang, ko kalo umah kawan ko kemain ko bersiap yer? time aku ada jer alasan ko kannn? hehehe ampun bang gurau jer ..

okey jumpa open house next nextttttttttt ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...