Thursday, September 30, 2010

Mee kari try n error .. anda suka mee kari?

 
kali ni nak citer pasal mee kari. ye mee kari. anda suka mee kari? tak suka? aku suka.
ini le makanan yang aku cukup suka. dari raya pertama sampai sabtu lepas aku mencari, takde rumah pon yang hidangkan menu ni but lastly aku jumpa juga kat umah manager aku sendiri hehehe .. memang lepas kempunan la aku makan 2 kali tambah hahahaa .. sedap sungguh.

so 2-3 hari lepas keinginan nak makan mee kari datang balik. bukan takat nak makan je, aku teringin nak buat sendiri. mee kari ni yang pentingnya kuah. kalo kuah sedap, sedaplah meenya. so selasa lepas aku beli le barang2 konon nak buat. pastu eksen, tak tanya sapa2. konon buat macam kari biasa tu la aku fikir. so senang kacang je kan. tu la eksen.

aku pon tumis le apa yang patut, campak apa yang patut. masukkan daging ayam, fishcake, fishball, tauhu kembang tu (nama sebenar den tatau). sekali aku try la rasa kuahnya yang tengah mengelegak tu. mak oiiii masam, masin sume ada. masam sebab aku pi letak asam jawa, masin sebab garam tumpah tepi jalan hahaha .. encek saiful cakap, failed. so aku biarkan aje kari tu lam periuk. mee pon tak rebus. memang gagal la projek aku malam tu.

so semalam aku berkobar-kobar lagi ni. aku tepon sana sini cari orang yang pandai masak mee kari. nasib baiklah ada sorang kakak yang berjual kat opis ni memang selalu aku makan mee kari dia, memang sedap. aku tepon la dia. pot pet pot pet oooooo rupanya gitu caranya ye kak. mekasih la sebab sudi ajarkan den yang eksen konon pandai sendiri nih hahahhaa ..

so malam tadi puan hani pon masuk le dapo balik dengan semangat baru berkobar-kobar. nak masak mee kari. nasib baik le barang2 sume ada lengkap so seronok nak try balik.

senang je masak karinya rupanya. maksud aku kari yang sedap untuk mee le. kalo takat masak kari, macam semalam la jadinya. memang jadi kari tapi ntah apa apa rasanya hahaha semalam Alya elok jer makan fishcake pejam-pejam mata kabo shedapppp mama .. ekkekeke ..

so malam tadinya hasil setelah kedemaman malam semalam sebab masakan tak jadik ..
jom tengok puan haninya hasil. mesti sapa baca entry ni muntah .. sila sediakan baldi ke tong ke ahaksss ..

ni le karinya yang ku puja-puja hahahha .. alhamdulillah menjadi gak karinya (puji diri sendirik pedulik apa aku hahahha) nampak tak daun karinya tu? tu le yang buat lagi sedap and wangi kari den .. haha kembang lagik ..

pastu rebus le telor 2 biji. dah kata nak try kan, takkan buat banyak plak ekk .. mee tu celur je la sekejap. gambar mee tak sempat amik sebab Alya nangis suh cuapp cuapppp ekeke ..


pastu time nak hidang, teringat bekas camne yang sesuai ek. selalu aku nampak kat majlis dorang hidang guna bekas yang satu set tu kan. puas le aku selongkar gobok buruk aku tu cari apa yang sesuai. haaaa .. untung le ada set ni, dapat masa pi servis kete. bagusnya petronas ni, hadiahnya berguna ahhaa ..


part kelakar bila time aku cuci siap2 tu sambil belek size bekas ni. alahai comelnya, memang sesuai untuk hidangan keluarga ajer. kalo nak hidang time open house mau penat aku bubuh isinya asal abih je kena isi ahhahaa ..

waaaa .. nak nangis bila tengok kuah kari dah jadi. bagi aku, 2nd try n error ni kira okaylah. sekurang-kurangnya aku dah tau satu menu baru kann .. encek saiful takmo cuba ke? alamak dia balik kul 12 malam, aku tatau dia sempat makan ke idak. ekekke ..


ni hiasan semata-mata enterframe ekeekee

tengok Alya kemain belek bekas tu. boleh dia jumpa pemegang alas tu even aku sendiri tak perasan pon benda tu bleh guna tuk angkat. ekekke mama eksen je la Alya, mee pon tak sempat bubuh kat meja.


okeh jom jamu selera ngan mee kari puan hani.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...