Tuesday, October 30, 2012

Sumbangan buat anak2 arwah Norhana Mohd Nordin

Hari ni bila buka email, terpandang antara banyak-banyak email ada satu yang menarik minat saya. rupanya ada email berkaitan arwah Noorhana Mohd Nordin. Ada wakil sekerja yang telah menziarah keluarga beliau di Perak baru-baru ini dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga arwah. Ada 3 keping gambar rakan-rakan sekerja yang ke sana bersama anak-anak arwah tapi saya tidak dapat paste di sini atas sebab-sebab tertentu. cuma, airmata memang menitis bila melihat 3 wajah yang tidak berdosa yang masih tidak tahu apa-apa masyaallah.

Di bawah ini saya copy paste isi kandungan email tersebut:-

Assalamualaikum wrt wbt..
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
     
Allahumma firlaha warhamha wa'afiha wafuanha..
Ya Allah ampunilah segala dosanya, rahmati dia, maafkanlah dia, jadikanlah surga sebagai balasan baginya.

Alhamdulillah, wakil SD Muslim Community serta HR dan Yayasan Sime Darby telah menziarahi keluarga arwah semalam. Dan duit kutipan keseluruhan (SD Muslim Community dan Lain2) mececah RM4994.
Jika ada sumbangan yang ingin disalurkan, Insya Allah kami akan cuba mengaturkan perjumpaan dengan keluarga arwah lagi.

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang gugur pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Al-Imran: 169)

Semoga Allah merahmati anak-anak arwah ini dan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik Insyallah. Amin.

*Suami arwah kini ditahan di penjara Sg Buluh sementara menunggu tarikh sebutan kes pada 3 Disember 2012*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...