Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum wbt ..

Sebelum bercuti sehingga Isnin depan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha@Qurban, Hani mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua pembaca di blog Mama, Papa & Alya; kisah kami ..
Mohon ampun maaf jika ada entry yang menyentuh hati anda semua. Terima kasih sudi membaca apa yang saya kongsi di sini. Semua yang saya tulis, yang saya taip adalah datang dari lubuk hati saya ini.

Selamat menunaikan ibadah korban kepada pembaca yang berbuat demikian untuk tahun ni. Semoga ibadah korban anda diberi ganjaran olehNya dan memberi manfaat kepada golongan yang menerima.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan jemaah-jemaah dari Malaysia yang kini sedang berada di tanah suci Mekah untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Kita doakan agar kesemua jemaah sihat dan berjaya menyempurnakan ibadah haji mereka dengan lancar. Kita doakan juga agar mereka kembali ke tanahair dengan selamat. Dan, kita sama-sama berdoa semoga suatu hari nanti kita juga berpeluang menyempurnakan rukun Islam kelima itu Insyallah :) dengan izinNya :)

Okay, tidak lupa juga kepada penggemar daging yang sudah tentu akan dapat banyak melimpah-ruah hasil pemberian korban, jangan makan banyak sangat nanti darah tinggi. kalo nak makan juga jangan lupa sediakan limau mandarin siap-siap hahaha .. bahaya wooo

Hover kan balik kampong 3 hari tapi kain baju, barang-barang penuh satu van nissan vanette kahkahkahkahhh


Salam. Jumpa lagi minggu depan, Insyaallah :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...