Rasa saya ada berjanji nak letak picture kediaman baru kan? bukan niat menayang pon tapi bila dah cerita and ada yang bertanya so saya letak jugaklah 2-3 keping pictures mana yang sempat amik dulu. hehe kadang-kadang teringin juga nak snap betul-betul tapi kekangan masa tu yang tak sempat aje. so kita tengok mana yang ada dulu lah ya? let say ada permintaan lain, saya akan usahakan. maklom pindah pon baru lagi since pertengahan tahun ni kan so masih ada yang belum lengkap macam cermin dinding hiasan, frame gambar pon tak sempat nak gantung lagi haha.
Untuk kediaman baru, Hani dah sematkan dalam kepala, english modern theme *simple* bukan english bunga-bunga :))) oh no no nooo .. sesuai dengan nama kawasan ni juga la sb country resort ahaks ..
yang ni meja konsul, letak kat pintu masuk. senang nak letak kunci rumah, kunci kete. buat masa ni hubby belum bagi permit nak ketuk2 dinding hahahaha so tak bolehlah guna key holders yang paku ke dinding tu, poyo je dia kan? tapi memang sayang nak ketuk dinding yang baru dicat cantik hiks
yang ni bunga hiasan kat meja makan. beli kat Nilai 3, gubah 88 kali baru dapat kehendak hati yeayyy *saya tak suka dipenuhi daun-daun*
ni meja makan saya, 2 bulan tunggu order ni hahaha. murah aje takdelah bling-bling benor. meja marble tu yang buat lama sangat baru dapat order. berat nak mampuih terkeluar urat perut kalo nak alih ahahaha. putih? oohh saja tukar konsep pulak. dulu rumah lama warna coklat or earth color. tapi sakit jiwa juga nak menjaga. tak mengapa, febreeze kan ada :))
salah satu sebab saya jatuh cinta bila tengok rumah ni bila lihat designnya yang pisahkan living and dining. takdelah straight aje dari pintu masuk nampak dapur terus hahaha. bentuk rumah ni macam 4 segi petak, masuk2 je jumpa living dulu. dining area menghala ke dapur tapi sebelah kanan. ada airwell di tepinya so tu nampak tingkap belah kanan? haaa angin masuk menderu bila time makan. syok aah makan kan kak jemah? hahaha
sentuh tentang cat pulak. untuk feature wall di dining area saya gunakan Nippon Paint, satin glo seperti gambo kat bawah ni. malah warna ni saya turut gunakan di living room dan masterbedroom. warna coklat keemasan lebih kurang. di mata saya memang saya sangat sukakan warna ni, setelah 3 kali tukar warna sampai tukang cat naik menyampah ahhahahha. kisahnya, saya gunakan ICI Dulux Cromwell (kuning jagung) tapi bila di cat terus saya pitam kahkahkahkah. bukan kuning jagung tapi kuning diraja youuu oh no .. terus suruh painter tukar cat. cat lily white dulu. 2 bulan saya hold feature wall. keseluruhan rumah saya cat gunakan Lily White dari ICI juga. dalam rumah, saya gunakan 4 warna sahaja iaitu kuning jagung, pink dan hijau turin dari ICI manakala coklat dari Nippon. wahh pening ok nak milih warna untuk kediaman ni. ingatkan takdelah sampai pening kepala, rupanya pasal cat pon boleh stress kak limah kahkahkah *nasiblah sponsor kak*
hahaha kelakarnya siap ada tangga tuh. ni masa nak pasang langsir. saya buat macam kat hotel tu, amik dari ataih (bawah cornice) memang tinggi 10 kaki tinggi x 10 kaki lebar (maafkan matematik akak). memang nampak tinggi syiling and pengsan nak gantung *tarik nafas*
langsir? ramai yang nak tahu kan? Hani beli di Fella, masa warehouse tak silap rm25/meter. tapi jahit di Tewah. gila nak jahit kat Fella, mahal tercekik nak bayar workmanship saja. so jahit di Tewah, beli langsir siang di sana juga. murah. jimat banyak.
Sofa Lover seat dan Victoria II dari Fella :) beli sebab ada special price for Prime Card Sime Darby staff hem hem hem hihihihi meja kopi masa ni lom ada. skang dah beli, yang biasa-biasa aje :)
Karpet? ada ke yang nak tahu beli kat mana? hahaha beli kat Nilai 3. sungguh susah nak cari idaman hati takmo corak2 just nak plain becoz i'm simple person hiksss .. murah aje. takdelah sampai seribu hengget hikss ..
ni masa kenduri kesyukuran pindah rumah, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. kami bersyukur kerana impian dan perancangan untuk memilikki kediaman bertanah tertunai juga dengan kerja keras, semangat dan doa yang tidak pernah putus-putus. *harga rumah mahal sungguh sekarang*
hihihi ni lampu ladybird kat bilik Alya. comel je kan? ni beli kat Puchong, murah je tak silap RM25 aje. romentik je bila on suis, akak rasa nak tido je kat bilik dia :))
masa ni bilik dia lom siap sepenuhnya. well cat bilik ni dia yang pilih sendiri, Flamingo Pink for feature wall and Candy Floss untuk keseluruhan dinding from ICI Dulux. pandai juga anak mama pilih color, semestinya pink!
ehh dah abis?? baru je berangan nak tulis lagi haha. okay, gambar pon kurang clear sebab amik guna phone je, rasanya dari Blackberry semua ni. Insyaallah nanti Hani try snap gambar yang lebih cantik, jika ada yang request nak tengok lagi *macam poyo je plak*
4 comments:
huhu impian aku gak ni nk cari rumah landed tp harga sekarang leh sakit jantung!!
*napas ikut telinga bole? huhu...
uit gamba lua rumah tade? hehehe...
nk gk tgk care country house tu yang...
hehe memang rumah mahal skang. aku ni pon rasa nak pingsan masa mencari landed.
1. harga 2. design 3. kawasan
pening. tp alhamdulillah. akhirnya dpt juga within budget. 300k rasanya harga yang boleh tahan compare dengan 500k above memang pitam tak dapek nak tolong dahhh haha.
nanti bila teringat ai snap gambar luar. porch pon tengah touch up lom siap hihi
Cantik... mmm... country resort mana tuuu
cantik sungguh meja mkn putih..adik beli dekat mane ye
Post a Comment