Friday, January 21, 2011

Masih trauma lagi ..

Salam ..
ari ni keje jugak walau hati masih takut nak tinggalkan rumah. dah tu grill baru je pasang semula tapi solex belom sempat beli sebab semalam kedai hardware area rumah tutup plak. nak tido malam pon tak lena sangat. asik terbayang-bayang ada orang masuk dalam rumah. uwaaa .. trauma betol.

cuma, dah okay sket skang. takde debar-debar jantung lagi. nak masuk bilik pon dah berani. sedihnya bila teringatkan encek NIKON. baru je beli lastyear. takpelah, nanti ada rezeki beli baru insyallah. pastu bila LCD dah takde, kenalah letak balik sharp gemok tu kat depan ekekeke. sharp tu rosak dulu tapi dah repair 2 kali. nasib baik ada simpan lagi sharp tu ingat nak jual kat besi buruk ekekke. takpelah Alya, kamu tengoklah sharp tu dulu yer kalo mama ada duit jatuh tang langit nanti mama beli LED terus muahahaha

barang kemas gelang rantai tu pon sedih gak sebab emas tengah mahal skang. dulu beli gelang dalam 2500 tahun 2007 kot ko bayangkan tahun ni harga mencanak naik mau dekat 5k nilainya skang uwaaaaaaaa .. rantai pon sama, lebih kurang harga tu. meraung makkkk .. takpe, sedapkan hati sendiri suh laki beli baru. tu pon kalo dia kesiankan bini la ekekeke

nasib baik lappy tak kena rembat sebab hani angkut gi opis. nasib baiklah sangat. tu la melayu ni dah jatuh pon still kata nasib baik jatuh jer hehehe. takpelah, hani terima ni dengan redha. mungkin ada salah silap hani di mana-mana. mana tau kurang bersedekah ke kurang ibadah ke Allah nak tunjuk. insyallah Hani cuba perbaiki. ada hikmahnya kejadian pecah rumah ni. termasuk le aku kena melipat kain baju yang kena punggah tu semalam dengan jayanya hahahha kalo tak mau bertimbun sampai ke sudah agaknya.

terima kasih kepada jiran2 yang sudi datang ziarah, bagi semangat dan bantuan. memang appreciate sangat-sangat (sambil menangis ni tulih) mak dah la jauh, sapa lagi yang ada kann. terima kasih kawan-kawan yang sudi dengar masalah kami. dan sudi bantu.

doakan moga kami sekeluarga selamat yer ..

Dugaan awal tahun 2011 ..

Salammm ..

semalam, pertama kalinya dalam sejarah hidup Hani rumah kena pecah masuk. Ya Allah, betapa traumanya sehingga ke saat ini.

semalam, balik lambat. selalunya pukul 6 mesti dah sampai kawasan umah, amik Alya. tapi semalam nak dijadikan citer, ada briefing terpaksa tunggu sampai kul 7. sampai umah dalam kul 7.15, amik Alya then amik brg2 dalam kete terus naik tangga. sampai atas terbau cat. terfikir neighbour depan yang kata nak buat grill sebab ada tenant nak masuk. maybe dia kot so terus je jalan ke rumah. sampai depan umah nampak pintu terbuka luas, dalam gelap tapi hani terus je gi pintu. masa tu dok fikir husband dah sampai umah kot. boleh plak tak perasan grill dah kena bukak. letak alya kat bawah suh bukak shoes then hati berdetik. nape bagi salam husband tak jawab? hahhhhhhhhhhhhhhh otak terkesima bila nampak sofa berterabur. terus capai alya lari ke umah jiran sebelah. ketuk bagai nak gila. dia gi surau solat maghrib. lari ke umah jiran belah kanan plak, nasib baik ada menantunya baru lepas solat. macam nak kena heart attack aku sambil cakap umah kena pecah. dia berlari datang umah. mak, isteri dan adik dia pon ikot. aku tak berani masuk rumah. badan menggigil-gigil. aku nangis, cakap pon dah macam tak betol jer. terus call hubby. tu pon jiran yang tolong call sebab aku panik tak ingat nombor dia.

jiran lelaki tu masuk check kot ada lagi pencuri bedebah tu tapi dah memang cabut. so aku try masuk slow-slow sambil nangis. masuk bilik punyalah berkecah macam kena angin lintang. wardrobe Alya pecah and aku confirm DSLR NIKON aku dah kena rembat. uwaaaaaaaaaaaaaaaaa ..

then masuk plak masterbedroom aku, uwaaaaaaaaaaaa lagilah macam kapal pecah tenggelam. abih dia punggah kain baju dalam almari. yang ni pon aku dah confirm. gelang, rantai, cincin aku uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nasib cincin kawen, cincin tunang aku pakai kat jari kalo tak memang meraung jugak aku. kenangan tu.

duit ada dalam 120 hengget, aku selitkan bawah bekas jam. tu memang confirm dia kebas. confirm.
pastu aku pi hall, confirm lcd philips aku pon dia rembat. uwaaaaaaaa .. camne la dia angkut agaknya??

hubby balik dalam 8.30 malam, tengok-tengok then terus gi buat report kat balai polis bukit jelutong shah alam. dalam kul 11 malam polis penyiasat datang amik gambo, check cap jari.

aku masih trauma. nasib baiklah ibu (bekas bbsitter Alya), jiran-jiran datang bagi semangat dan temankan aku sampai hubby settle buat report. terima kasih kepada mereka sebab aku betul-betul tak tau nak buat apa. panik. nak call laki pon tak ingat nombot. uwaaaaaaaaaa ..

malam tadi tak tido sebab aku takut. terbayang-bayang bedebah tu dok bergerak-gerak dalam rumah aku sendiri. terbayang-bayang dia mengeledah almari, rumah aku uwaaaaaaaaaaa ..

ari ni awal pagi dah bangun dengan kepala sakit, aku demam. fikir nak betulkan grill, kunci pintu yang dah rosak. tapi ari ni cuti thaipussam. nasib baik ada indon keje site laki aku boleh datang buat tapi lepas maghrib sebab gombak jalan jem sebab orang gi batu caves.

so aku decided nak gi kapar, sebab ada call en arashid. dia suh datang nak jumpa sorang ustaz ni. usahalah kan. so kami ke sana dulu. pintu rumah main tutup macam tu je and pesan kat neighbour minta tengokkan sementara kami kuar.

dah jumpa ustaz tu rasa lega sket. dada pon takdelah berdegup kencang lagi. dia buatkan air penawar suh aku minum. and adalah 2-3 benda yang dia bagi tau. insyallah kami akan amalkan zikir dan doa yang dia bagi insyallah.

kejadian semalam betul-betul menakutkan hani. cuma hani bersyukur sebab kami tiada di rumah masa kejadian. bayangkan kalo kami anak beranak berdua je dalam rumah. tak tau apa akan jadi. cumanya, hani terdetik dalam hati sebab isnin lepas tombol pintu stuck. mungkin masa tu bedebah tu ada try tapi disebabkan hani cuti mungkin dia kensel nak pecah masuk. maybe.

ya Allah, kau berikanku kekuatan, keyakinan untuk teruskan kehidupan. dugaan ini sungguh besar namun ku redha. aku percaya semua yang berlaku ni ada hikmahnya. insyallah kalo ada rezeki benda-benda yang hilang tu boleh dicari ganti. takpelah ini semua ujianNya.

doakan Hani sekeluarga ya.

Thursday, January 13, 2011

My puteri berlian ..

Salam ..

wah cepatnya dah hari Khamis. Khamis malam Jumaat ekekke. apa yang special ari ni? kalo aku biasa je, sama dengan hari-hari yang lain. hehe melainkan orang selalu benor sebut khamis ni special sebab tetttttt .. kahkahkah cam lucah jer bunyik yer.

tapi sebut pasal hari memang terasa pantasnya masa. datang kije kul 8.30 kadang-kadang terlajak kul 8.45 chait jangan ikot perangai aku ni, tak bagus. memang lambat jer skang ni. apa tak lambat kalo melayan puteri berlian tu dulu. kadang kena layan dia meraung depan pintu umah bbsitter. kena mujuk dulu. dah 2 tahun tinggal situ pon camtu jugak feel dia. ada je punca meraung. saja nak bagi mama stress.

okay, ari ni nak citer pasal Alya, puteri berlian Hani. dah masuk 2 tahun 3 bulan. kejap betol. dah pandai bercakap, mintak aiskrim, kfc, pizza. mekdi dia tak suka sangat (aku pon heran camne dia leh bezakan mekdi & kfc) hehe. pastu dah pandai buat sentence yang panjang-panjang. contoh:

"Mama, nanti balik kampong uwan yer?" (uwan ni mak aku, kat Pilah)
ataupon
"Mama, masak chicken yer?" sekali aku masak ayam, dia bantai meraung kededek nak fish pulak. heran betol aku. ke aku yang tak dengar masa dia mintak tu kahkahkah

atau paling best ayat dia ..

"Pakcik, bawak naik bas yaya jom naik tau" kahkahkahakah guling-guling aku laki bini dengo ayat tunggang-terbalik dia ni. kadang2 hubby marah aku sebab suka gelakkan Alya tapi dia pon sama gak gelak terbahak-bahak bila dengar si anak bercakap. yelah, budak 2 tahun kan? baru belajar menyusun sentence. takkan tetiba terus pandai ajaib tuu ..

Syukur Alya tidak mengalami masalah untuk bercakap. pelat pon tidak. aku ada dengar juga orang kata, kalo takmo anak pelat, kita parent ni yang kena mulakan sebutan dengan betul. contoh: susu. jangan le ngengada sebot "Alya nak syusyu tak?" cuba sebut pronounce yang betul is susu. contoh lain; makan - mamam, naci - nasi, titun - tidur dan banyak lagi. aku pon kadang-kadang tersasul gak sebut pelat-pelat konon-konon sore manje la gitu walhal salah tu. so insyallah anak akan pronounce dengan betol jika kita sudah biasakan dia sejak dari awal pertuturannya, insyallah.

seingat Hani, Alya mula bercakap masa berusia 6 bulan. punyalah excited bila dia sebut "mama". perkataan pertama. mama. ye memang bangga, sayu and terharu. poyo pon ada jugak hahahha. "papa" pulak ketika dia berusia hampir 8 bulan. papanya lagilah kededek sayu dengar puteri berliannya sebut. dahlah papa dok jauh masa tu, asal nak balik Kedah je sure sedih nak tinggalkan Alya yang dah pandai pangge "papa".

and, skang dah pandai counting one until ten. ABC tu kurang sket sebab dia lebih prefer counting. kalo time naik tangga, mesti neighbour aku dengo dia ngira. harap-harap neighbour aku tak kata poyo ler ekekke .. one two three .. pastu skang hari-hari nak tengok kakak gi sekolah. kakak ni maksudnya budak2 pompuan yang dah gi skul tu ler. dia excited betol. aku kalo buleh memang nak nganto dia skul masalahnya ada ke skul nak amik budak umo 2 yrs? kalo nurseri tu ada le kot. aku berkenan ngan Bahtera Ilmu Bukit Jelutong. dah call tanya tapi masalahnya principal tu kabo hanya amik kids umo 4 yrs above. tunggu le next year baru anto Alya gi skul.

ha lagi satu perangai puteri Hani ni. pandai merajuk, masuk bilik, tutup pintu, sebam muka ke bantal. ceh macam anak dara sunti plak dahhhh .. skang kena standby kunci bilik dia kat luar sebab takut dia gi tekan tombol tu plak. haru aku nak mengetuk pintu tu pulak. hehe

tu jer la kot yang sempat tulih sini. nanti sambung lagi. bye.

Friday, January 7, 2011

Bila makin sendat ..

Lupa nak update citer. ada je masa tapi ntah kenapa rasa takde priority plak nak update kat blog. hahaha apa kes yer? kes bengang tak abih lagi kot. ye kot? kan kak kiah? hehehe

sedih kalo nak ingat citer ni. citer? boleh juga dikategorikan sebagai azam juga. rasanya dah 5 tahun punyai azam ini. azam yang sama. 5 tahun? lama juga tuh. 5 tahun bersamaan dengan 5 kali. memang lama dan banyak azam ni kiranya.

sedih sebab, tak pernah tercapai. bukan tak berusaha tapi asik failed ajer.
apa azamnya Hani? hehe tebal muka yang sedia tembam ni nak citer tapi rasanya bukan berdosa pon kalo share sini. atleast buleh jugak dapatkan feedback or support. kalo kena hentam, terima je la ek.

hemm azam nak kurus. tapi Hani cuba create ayat lebih sopan dan selamat "cuba mengurangkan berat badan". rasa lebih sesuai. kang kurus, nampak over sangat tapi tak juga kurus kan? kurus ditafsirkan sebagai mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian normal. so cuba kurangkan berat badan dulu. slow-slow jangan mendadak nak sakit lain plak yang datang.

mesti ada yang muntah dengan azam ni dah beribu orang beribu kali dikatakan. Hani pon sampai give up. cuma, sejak kebelakangan ni makin bersemangat nak kurangkan berat badan bilamana makin banyak baju yang sendat-mendat takleh dipakai. jeans size 36 pon dah takleh sarung, apa kes? kes nazak dah ni. paling hazab, baju kurung sutera kegemaran macam nak tetas benangnya bila try sarung. oh ni kes ICU peringkat tenat bertarung nyawa ni.

Hani tak citer pon dengan hubby pasal niat nak diet-diet, kurus-murus ni, malas nak dengar dia gelak macam sang gajah nanti. sakit hati. so diam-diam plan sendiri. nak try n error dalam 5 hari ni dulu. Hani try 5 hari tak makan nasi. try. tapi masalahnya asal balik rumah lepas keje, ada je ikan tenggiri la ikan talapia la ikan kembong la ayam la kat dapo. tak lain tak bukan hubby dah beli suh masak. x masak derhaka plak nanti. so kena masak. dah masak, suapkan Alya tapi aku makan jugak 2-3 suap (kadang lebih kahkahkaha) so camne nak diet nihhh?? oh tuhan tolonglahhhh ..

dari 5 hari diet tanpa nasi, aku berjaya 2 hari ajer. alaallalalala satu pencapaian kurang memberangsangkan. gagal. kesian.

so, aku bagi peluang kali kedua minggu depan bermula isnin-jumaat. insyallah.
apa? korang tanya sabtu ahad ni nape tak diet? diet juga tapi kena makan juga sebab banyak keje umah nak dibuat. kang pengsan plak mak Alya ni. sapa nak angkat? Alya? sian budak debab tuh.

sepanjang 5 hari diet ni (dari senin lepas) saya cuba amalkan;

~ bekpes ngan biskut oat, minum teh o (gula 1 sudu). saya tak minum susu ye puan-puan. (sebab memang dari kecik tak minum susu).
~ nasi yang mana tatau bape suap dalam 3 hari tu. 2 hari berjaya x sentuh langsung. horayy! (lutut gigil kooo)
~ masak rebus-rebus saja. banyakkan ulam-ulaman. hubby okay je menu nih.
~ masak haiwan ikan saja. ayam, daging tidak dimasak. boleh? nasib baik Alya more to fish. selamat.

tu je la dulu. kalo dah selim-melim macam lisa surihani, baru aku tayang sini. kalo tak memang kempunan la korang nak tengok aku sepanjang 2011 ni. ye ke? tunggu je la kalo nak tau menjadik ke idak azam ni. harap-harapnya tidak menjadi hot hot chicken shit. aku kalo buleh nak sarung balik blouse size L dulu-dulu. M tu takyah la berangan sebab tinggi benor piawaiannya. dapat L jadilah. dapat pakai jeans size 32 pon dah boleh buat kenduri doa selamat dah.

ucapkan selamat berjaya kepada daku yer. tengkiu.

Bila bengang ..

Mode; tengah emo. mencik.
tau kenapa? mesti tatau la kann ekekkee

Baru je plan. belom tau hujung-pangkal lagi. baru dapatkan suara orang ramai. ramai bagi positif feedback.
datang sekor ni mokak-mokak komplen. eh ko takmo ikot, takmo join sudah la. takyah mokak-mokak komplen. ada je komplen macam dia yang kena buat keje. macam dia yang jadi mastermind. macam dia yang penat-penat handle nanti. mencik ler.

dari aku ikhlas nak buat, terus malas. terus tawar hati. takde mood. sebab sekor ni la. hiii mencik la.
walhal yang lelain okay jer, eksited jer nak join.

jarang aku luahkan mood aku dalam blog. bukan nak cover line tapi takmo le share 1 dunia kan. kang malu sendirik. tapi kali ni aku tulih jugak sebab tatau nak share ngan sapa. hiii terus jadi bisu. nak cakap pon malas. nasib baik dah nekad nak diet takmo makan nasi 5 hari so takdelah heboh nak join group makan. kang confirm muka bersememeh tahan perasaan bila ngadap cik kiah mulut lebor tuhh ..

eh apsal marah2 ni Hani? ko kan hepi go laki eh lucky jer. abih ko ingat aku ni tak reti marah? ko ingat hantu kak limah je balik rumah? hiii marah ni berasap macam ada mentol ataih kepala.

korang jangan marah2 baca entry tak berilmiah ni ekkk ..

Tuesday, January 4, 2011

Mula bekerja 2011 ..

Lalalalalla dengan muka hepi gi keje ari ni.
semalam cuti. cuti bukan sebab Alya dah masuk sekolah. ekkeke baru 2 tahun budak kecik tu. tapi sebab bbsitter holiday nun ke Penang. kenalah amik cuti, takpe sebab Jumaat lepas dah kensel sebab Najib bagi cuti free hahahaha.

Pagi-pagi kuar rumah dengan semangat dan azam baru (walo terlewat 2 hari ekkeke). takpe janji ada azam. okeh.

tapi tetengah jalan jumpa plak eksiden. spoil mood aku bila tengok ada sorang abang ni dok ataih wheelchair, sebelah kete satrianya yang eksiden. sedihnya tengok muka dia. kesian abang tu. nak tolong dah ramai yang benti. doakan saja moga abang tu takde apa-apa. (terpikir jap camne dia bawak kete kalo guna wheelchair?) aku tau dia bawak kete sebab ada kawan ofis yang lebih dahulu lalu jalan tu nampak eksiden tu masa mula-mula lagi.

then sampai exit Bukit Jelutong, mood tetiba jadik gini; bengang. sebab? sebab jalan jammed. ntah napa tetiba susur pon boleh jammed kooo .. oo sebab ramai potong queue nak guna jalan TTDI instead of highway yang jammed giler babas. aku bengang la sebab dah pukul 8.45 nihhhhh .. tepi .. tepi .. bagi laluan kekeke

then, sampai opis spoil lagi sebab keje bertimbun. dah datang makcik M beso. M tau apa? tak tau takpe. lagi bagus tak tau kahkahkah

eh merapu apa ni? oo biasalah merapu ni ekkekee ..

okaylah nak balik masak untuk somi terchenta yang offday hari ni. jom balik!

Sunday, January 2, 2011

Doa dan harapan 2011

Salam kawan-kawan blogger semua ..

Syukur kepada Allah atas izinNya, dapat juga kita teruskan penulisan blog di tahun baru ini. 2011.

Dalam kegembiraan dan semangat berkobar-kobar menyambut tahun 2011, kita dikejutkan dengan pemergian pelakon drama Faizal Yusop pada 1.1.2011 mengadap Ilahi. Innalillahwainailalillairajiun. terkejut, terkedu sejenak Hani kala mengetahui news di tv. terkejut kerna dia masih muda.

ya, ajal tidak mengenal usia. mati itu pasti. terkedu kerna memikirkan betapa sedikitnya amalan diri sendiri. betapa kurangnya ibadat yang dikerjakan. ya Allah, bersyukur kerna Hani masih bernafas dan berpeluang merebut kesempatan yang ada ini untuk memperbetulkan diri, menambah apa yang kurang. menolak apa yang jahil. Insyaallah.

Tahun ini, detik ini cukup memberi gambaran keinsafan kepada Hani untuk menyedari betapa mati itu tidak mengenal usia, mengenal siapa kita atau mengukur miskin kaya seseorang. apatah lagi jika jejari runcing kita tengah menaip di blog; tiada kemustahilan masyaallah.

Buat kawan-kawan Blogger yang Hani sayangi, semoga Allah merahmati kehidupan kalian dan memberi kesempatan untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik, lebih diredhaiNya, amin.

Salam ukhwah,

Hani 2011

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 ..

Tahun Baru 2011.
Meninggalkan 2010 yang penuh cabaran, kenangan, pengalaman, kepayahan, kesukaran, pahit-manis, suka-duka. Penuh dengan warna-warni kehidupan.

Melangkah ke tahun baru dengan satu semangat baru.
Dengan azam yang berderet, dengan harapan dapat dilaksanakan sepanjang tahun baru ini, dengan izinNya.

Tidaklah berangan untuk kaya-raya, cuma mohon dimurahkan rezeki dariNya
Tidaklah berazam untuk kurus, cuma mohon diberikan kesihatan yang baik
Tidaklah berangan untuk menambah anak, cuma mohon diberikan rezeki cahayamata lagi
Tidaklah berazam untuk menjadi blogger femes, cuma mohon bertambah kenalan di alam maya

Ada impian untuk mengekalkan bahagia yang dirasai sekarang
Ada impian untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa
Ada impian untuk menjadi seorang hamba yang solehah kepadaNya
Ada impian untuk menjadi isteri yang lebih baik, matang dan sabar
Ada impian untuk menjadi ibu yang lebih baik, penyayang dan penyabar

Semoga Allah memberkati kehidupan Hani sebagai anak, isteri, ibu, pekerja dan insan
Semoga Allah memberikan sinar hidayah yang lebih indah kepada Hani dan keluarga
Semoga Allah meredhai tiap rezeki dan pekerjaan yang Hani dan hubby lakukan
Semoga Allah melindungi keluarga Hani dari musibah, pancaroba duniawi

Selamat Tahun Baru 2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...