Assalam. Lastweek kakton balik kampung, Kuala Pilah. lama jugak rasanya tak balik. last balik masa cuti tahun baru cina. ehh macam baru je lagi ehh. haha biasalah kata orang nogori, kucing beranak pun balik ye. hehe. tapi seronok balik kampung ni, Alya pun excited tiap kali cakap kita nak balik kampung uwan ni.
lastweek memang dah plan nak balik. cuti sekolah pun dah nak abih, baru la kitaorng sempat balik sebab anak je yang cuti, mak tetap kena keje. kalo mak pun nak jugak cuti haaa makanlah daun kayu tu ye nakk .. hahaha.
Jumaat pagi lepas siap barang-barang semua, baru gerak. konon nak gerak tapi still lambat jugak. sampai kampung pun dah pukul 3 petang, hubby benti solat Jumaat kat Senawang je. pastu direct balik Pilah.
macam biasa la kalo balik memang bersembang panjang dengan mak. mulalah plan nak masak apa nak ke mana semua tu. So kitaorng plan nak ke Melaka. saja jalan-jalan. tapi nak singgah Seremban tengok makcik yang patah kaki.
Sabtu, awal pagi dah siap memasing. excited ni nak gi jenjalan. singgah Seremban tengok makcik, sekejap je pun singgah. hujan dah start turun. ehh punyalah panas tetiba hujan. tapi syok jugak, jalan2 pun tak panas kan. kalo tak berlengas nanti.
lepas dah sembang ala kadar, kitaorang gerak ke Melaka. selalunya kalo nak ke Melaka, dari kampung ikot Tampin je. kali ni ikot highway. masuk exit Ayer Keroh. wahh masa ni memang jalan jammed. banyak kereta hala ke bandaraya Melaka. confirm lew jammed.
masa sampai Bandar Hilir memang traffic slow jer. memang ramai orang kat sini. tapi disebabkan cuaca mendung pastu hujan rintik-rintik maka kakton tengok dari dalam kereta je laaaa .. huhu.
pastu call kawan yang dok kat Melaka ni tanya mana seafood restro yang sedap. antara Umbai, Pulau Duyung dan Alai? Maya kata kat Alai ada kedai seafood yang sedap, tempat pun baru lagi. baru nak up. okay kitaorng pun gerak ke sana. nasiblah memasing ni reti membaca signboard hehe kotidak memang sesat sampai Mersing karang hahahaha.
dari Bandar Hilir ke Alai ni dalam 30 minit lebih kurang. memang Alai ni macam tak femes sangat kot pastu terletak dalam kawasan perumahan. tapi ada pantai dalam 1.5km dari situ. serius, kalo cari dengan kaki confirm tak jumpa hahaa.
kami sampai dalam 6.30 petang. orang belum ramai sangat lagi tapi parking dah hampir penuh. terus carik meja. sambil tu I dah hubby pilih seafood.
nih address kedai yang Maya suggest, Ala .. Kassim, Alai Medan Ikan Bakar. kalo korang nak pegi, silalah telefon nombor restoren tu untuk dapatkan direction lebih clear hehe. nak terangkan pun tak reti sebab kakton pun bukan familiar kat sana, hati je kuat mencari kalo give up memang tak merasalah seafood Alai nih hehe.
kali ni order ikan jenahak bakar sambal. sotong 4 ekor goreng tepung. sotong ni my feveret, menu wajib order, maklum lew stress nak goreng tak reti. memang sedap. crumphy. yummiehhh :) pastu order ketam cili. ketam amik 4 ekor. kebetulan bulan penuh kot sebab isi banyak, puas makan.
pastu amik sayur kangkung goreng belacan, sup sayur. sori gambo takdek sebab lambat sampai kakton tengah mencekik so tak sempat nak snap hehe :))
tengok ketam ni. sangat lazat. dan pedas hehe. tapi pedas-pedas pun habis licin. puas hati makan.
yang bawah ni sotong. sorry lew gambau dah blur. baterry pun nak kong masa nihh hehe. tapi serius sedap, crispy.
oh ya ada juga makan otak-otak kat sini, sedap jugak. total makan kat sini termasuk air tembikai 1 jug, milo ais, teh tarik hanya RM100.00 je. masa nak bayar tu suspen gak hehe. sekali ko ngam-ngam je seratus. bagusss. sangat puas hati. so korang jika nak makan seafood di Alai, silalah pilih kedai Ala .. Kassim ni, gerai no. 1 di medan ikan bakar ni. memang sedap masakannya dan harga yang berpatutan. servis pun okay, takde nak tunggu lama sampai hentak-hentak meja hehehe.
overall nora bagi 8 bintang dari 10 bintang gitewww :)))
No comments:
Post a Comment