Assalam. Lambai-lambai kat semua orang hehe :) bajet orang semua tunggu entry ni la kannn hihi :)
Penat pun tak hilang lagi, sengal-sengal satu badan. Kali ni short trip ke utara nun sampai ke sempadan *ke dah masuk sempadan?*
Korang cuti ke mana kali ni? Plan kemain banyak dalam kepala ni, semua tempat nak pegi. Nak ke Johor la nak ke JPO la nak ke Singapore la pastu nak terbang ke Vietnam laaa waaa semua ndak. Lastly kena jeling kat laki hahaha kensel semua plannn hahaha :)
Ni pun tumpang trip orang kampung. Rombongan mak kiah dari Kuala Pilah. Mak kan orang kuat dah tu guna plak bas bangchik apalagi jom la tumpang semangkuk hehe :) mula tu hubby takmo pegi tapi sebabkan kak Aziah kensel tak dapat join so dia kena jugak ikut sebab nak penuhkan seat - kesian pulak nak kensel-kensel last minute kan. Lagipun tambang pun murah jer - RM80.00 ke Perlis, Padang Besar dan Sg Dua, Butterworth. Plannya nak ke Wang Kelian dulu, shopping di sempadan Thailand. Sempadan tapi rasanya kitaorang masuk jugak ke dalam kawasan Thai kot hahaa :)
Kami bertolak hari Sabtu malam. Tunggu kat hentian rehat Elmina, dalam pukul 11.45 bangchik sampai. Kebetulan pakcik-makcik kat Kuang pun join jugak kali ni so marilah beramai-ramai tunggu bas kat hentian ni hehe :) Alhamdulillah perjalanan smooth. Sampai hentian rehat Gurun dalam pukul 6 pagi, masing-masing turun membersihkan badan, solat subuh dan sempat pekena teh secawan dan nasi lemak buat alas perut.
Welcome to Kedah!
Terus ke Wang Kelian. Masa ni dalam pukul 9.00 pagi. Waaahhh baru ku tahu Wang Kelian ni berhampiran Padang Besar cuma berlainan simpang ajer. Pastu Wang Kelian ni jauh ke dalam hutan, kena naik-turun-naik bukit. Serius, lagi tinggi bukit tu dari Cameron Higlands, jalan pun agak sempit namun berjalan lancar sebab kereta belum banyak ke sana lagi masa awal pagi ni.
Sampai betul-betul di dataran untuk parking bas-kereta-van. Haaa masa ni la aku suspen hahaahahah. Mula tu terdengar mak cakap "motor-motor tu laju-laju ko pilihla nak yang mana satu kang" rupa-rupanya dari dataran tu nak ke Wang Kelian tempat shopping-shopping tu adalah dalam 1km kot, kena naik motor. Unless willing jalan kaki berpeluh ketiak - silakan kak :)
So kitaorang pun tunggu tepi jalan, tunggu motor yang bersilih-ganti keluar masuk. Nak kenal motor sapu ni senang je - dorang pakai vase kuning. Tukang bawak ada lelaki dan perempuan. Kereta-teksi-van sapu memang takde. Hanya motor ni ajer. Tambang masuk RM2 dan tambang keluar RM4 sebab bawak barang-barang. Kenderaan boleh memasukki Wang Kelian jika mempunyai pass. Nak apply pass tu kena ke Imigration.
Nih bawah ni tengok abang saya dah naik 1st trip, dia tukang angkut stroller Aryan hihi :)
Yang dibawah ini pula laluan kastam untuk memasuki ke Wang Kelian. Berderet kereta-motor tunggu queue. Masa ni matahari dah start memancar terik dahhh. Panas. Tapi semangat nak shopping kemain lagi walhal tatau nak beli apa kat sini sebab 1st time sampai. Takpe jom kita tengok2 dulu ehh :)
Haaaa nin diaaaa Wang Kelian. Welcome to Wang Kelian - cakap kat diri sendirikkk hihi :) deretan kedai-kedai kiri dan kanan di sepanjang jalan. Kalau sanggup jalan jauh memang sampailah ke Satun-Thailand. Sape nak kawen cepat dan mudah haaa boleh la ke sini kot hahaa :)
Kedai-kedai memang kesemuanya orang Thailand yang berjual. Kiri dan kanan ni penuh, kedai jual narita-toto-selimut-comforter-periuk, tikar-bantal, permainan-berassiam-makananringan-rotan-perhiasanrumah-mengkuang-pingganmangkuk-alatelektrik bla bla blaaaaa mak-atok-nenek-abah je takdek kikikiki :)
Yeayyy masa ni baru lepas mandikan Aryan sebab masa kat hentian Gurun tu dia tido lagi, lagipun awal sangat nak kejutkan dia kesian pulak. Dah la travel jauh-jauh kan. So kat Wang Kelian ni baru dia mandi. Sepanjang kat sini dia behave sangat, bagi makan bihun pastu susu sebotol pastu terus tidooooo haha :) senang mak pak nak shopping bagus Aryan :)
Haaaa benda pertama dibeli. Ni belikan untuk anak Kak Aziah, sebab dah niat nak belikan kalo jumpa. Aryan dah beli lama dulu, horse. Yang ni mousedeer RM20.00. Harga asal RM22 mintak kurang dia bagi RM20 bolehlah sebab memang tak banyak stock masa ni. Ringan je benda alah ni.
Pastu untuk Aryan belikan jentolak ni, besar macam ni RM55.00 jerrrr waaaa haaaa amik amikkk .. dah la berebut dengan orang lain so takde nak fikir-fikir 7-8 kali terus je rembat. Kalau kat sini rasanya dalam RM80-100++ so sana dah murah sangat silalah sambar kang kempunan. Cari motor or kereta bateri takde pulak adoiiiiii kalo tak memang nak rembat satu jugak. Kesian Aryan dok main horse tu je :( lepas ni boleh la guna jentolak ni kaut pasir depan rumah mama ye Aryan hehe :)
Then, jalan-jalan tersinggah sini pulak. Kedai ni best. Jual beg-shawl-cermin mata. Ada jugak beg yang femes tu, dah pegang-pegang letak balik. hahaha bengang je Kak Aziah sebab dia nak beg tu bila tunjuk kat whatsapp. Masalahnya kat Wang Kelian ni takde line maxis. Dah keluar hala ke Padang Besar baru whatsapp hehe sori nanti kita pegi lagi ye kak :)
haaaa ni beg tuuuu .. comel-comel je kan. Brand Cath Kidston. Beg nampak cantik, kualiti pun boleh tahan, kemas dan harga dari RM38 hingga RM68. Yang warna hijau tengah-tengah tu harganya RM45.00, yang putih hujung tu RM50.00 tapi boleh kurang lagi sebab borong banyak shawl masa kat sini ngeeeee :) malangnya aku tak beli pun beg ni ye kawan-kawan sorryyyy hehe :)
cermin mata dari RM10.00 hingga RM150.00 pilih-pilih bang cuaca tengah panas berdenting ni kenalah pakai spek gitewww :)
Tengok budak ni, sangat behave takde meragam ke apa, nangis ke. Dia makan bihun sup berselera sungguh pastu pekena susu sebotol terus dok dendiam then hanya mintak bola sebiji sebab dia memang sukakan bolaaa :) pastu senyap rupanyaaaaa ..
lerrrr tido???? bagusnya dikk, mama loves you hehe :) sebab tu bangchik dah pesan suh bawak stroller sebab kat sini kedai-kedai memang banyak, penat juga berjalan pastu kang sape la nak dukung budak ni kalo nak tido ke haperrr. Well, a very good decision :)
Nih antara kedai-kedai yang kami masuk. Masa ni semua dah bertempiaran dah tak nampak sapa-sapa dah, memasing carik barang sendiri takde nak jalan mesra-mesra berkepit dahhh haha :)
Hubby dok belek topi army. Dalam RM10-RM25. Topi yang Aryan pakai tu RM8.00 so sambar satu. Comelsss :)
Yang ni kedai kasut. Biasalah, kasut dari Thailand dont expect original ke tak sesia je kena hempuk kang hahaa :) tapi kualiti dan kekemasan nampak elok. Harga RM35.00-RM55.00.
Ai sempat beli narita king size. RM40.00. Kedai yang awal-awal semua bagi harga RM55.00. Jalan-jalan-jalan jumpa kedai yang bangchik selalu beli kot dia bagi RM40.00 je. Kat sini memasing beli narita je dekat 10 biji. Aku amik satu je sebab before ni dah beli kat Padang Besar dulu-dulu. Mak pulak sempat sambar 2 bijik hishhh :) selimut pun murah dalam RM10.00. Kedai ni pun jual cekak-getah rambut murah-murah dalam RM1.00. Gila tak sambar dah murah cenggitu hahaa :) tapi gambar cekak-getah rambut lupa nak snap, later la yee :) janji nanti letak kemudian ye :)
Pastu hubby sempat beli pes tomyam, biskut rumpai laut RM14.00 satu tin tu, kacang gajus RM20.00, ikan bilis RM10.00. ehh ada gak gambar getah rambut tu haha sipi-sipi je tu haaa :)
Okay, masa yang diberi dah tamat. Semua kena turun ke dataran semula. Masa ni dah pukul 1 tengahari. Suspen juga sebab tengok keliling macam tak nampak plak orang sekampung arghh sudahhh hahaha :). Yelah, shopping sket je tapi berejam dok kat atas ni :).Nak kata puas shopping tu tatau la sebab memang takde apa nak dibeli - takde tujuan. Unless barang mainan Aryan, narita ngan beras. Tu je. Periuk ke tilam ke takde, tak koser nak beli haha nak angkut susah laaa. Mak macam biasa wajib beli benda-benda tu sume tatau dia nak buat apa banyak2 kat rumah hishhh ..
So ni dalam bas lepas turun dari Wang Kelian. Ni nak bergerak ke Padang Besar pulak. Jommm!
Hubby dok menung duit tak susut-susut hahahaa dia tatau nak beli haper .. bagusss simpan duit bagi ai je shopping ehh :)
Okay, dah sampai Padang Besar. Masa ni dah hampir pukul 1.45 petang. Masing-masing bergegas sembahyang zohor dulu. Plan nak singgah Gua Kelam tapi memasing takmo sebab takde apa kat situ so decide habiskan masa gi Padang Besar jer. Lepas zohor, lepak kat kedai makan. Nasi pun dah habis masa ni. Order je apa yang ada - laksa. Not bad :)
Pastu start jalan-jalan. Terjumpa kedai jual mainan budak. Arghhh sudah Aryan nampak motor hahahaa :) RM150.00 je tapi mikir camne nak hangkut kang nihh :) bas confirmlah kat bawah tu penuh dah dengan kuali-narita-periuk bagai hahaha :)
Kereta ni RM320.00 hem hemmmm apaknya mikir jap nak beli ke tak haha :)
Audi ni RM260.00 hemm harga tak menahan jugak rupanya ingatkan dapatlah RM100.00 jerr so kensel. Baik mak simpan duit beli henbeggg katanyaaa :)) haha takdelaaa tapi harga mahal sama macam kat sini jugak cehhh :((
Pastu masuk ke dalam market tu, tengokkkkkkk banyak jualan. Meriah. Lastly capai sweater Alya RM40.00 dan baju tido Aryan RM10.00 okay jom la balik kaki pun dah sakitttt .. sekali selipar terputus pulakkkkkk so cari selipar baru. RM10.00 beli selipar biasa jer janji selesa nak berjalan. kasut-kasut takde maknanya kalo travel ni.
Dalam pukul 6 memasing dah start naik bas semula sebab lepas ni nak bergerak ke Sg Dua, Butterworth pulak, nak pekena mee udanggg mu tunggu ku datanggg :)
Dari Padang Besar ke Sg Dua dalam 1 jam lebih kalo tak jammed tapi hari tu disebabkan kat sana hari Ahad hari orang bekerja so jalan memang sesak. Sampai kat Sg Dua dalam 8.30 malam. Seblum tu berhenti untuk solat Maghrib di hentian Gurun dulu.
Nih yang kami order. Meriah tak uolss?? Mee boleh tahan la, nak kata sedap tu biasa je. Yang best udang laaa hahahaha tak silap ni dalam RM10.00 jer. nama kedai tunggu check balik sebab dah malam masa sampai tu, mata pun dah kelabu jer hahha :)
Okayyy tarik nafas, then lepassssss. Okay siap juga entry Wang Kelian-Padang Besar ni. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar. Sangat seronok dan Alya-Aryan pun happy. Aryan first time naik bas, kemain happy dia. Tu tujuan utama aku nak bawak Alya dan Aryan naik bas bangchik, bagi dorang rasa travel pulak. Alya dah pernah naik bas ke Langkawi, memang sampai skang dia ingat - good moment. Balik tu dari Gurun dah start tido sampai la ke sini semula dalam pukul 3 pagi, tido juga. Memang dia good boy tak meragam. Alhamdulillah.
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment