Friday, March 27, 2015

From my kitchen; masakan emak memang win!

Minggu ni mak ada kat sini, Ahad lepas datang selepas kenduri rumah saudara kat Salak Tinggi. Kebetulan minggu ni pun ada kenduri kat Gombak pulak so ajaklah mak stay kat rumah. Seronoknya bila mak ada kat rumah ni, Alya dan Aryan memang manja dengan uwan, nak makan itu la nak roti telur la. Kesian uwan melayan dorang. Uwan bukan sihat sangat tapi dia mana reti dok diam. Kalo boleh semua kerja nak buat ehehe tapi bab masak-masak memang kami berdua masuk dapur sesama. Uwan memang bawak segala daun-daun kat kampung tu, kalo boleh nak angkut semua kot termasuk ayam-ayam sereban hehe :)

Yang ni masak sempoi je, goreng terung berlado kicap pastu ada ikan bawal. Sempoi gilerrr tapi sebab ada ulam dan budu habis gak nasi seperiuk. Yang ni menu before uwan datang sini.


Haaaaa yang ni uwan masak special sampaikan Alya yang takut nak makan udang pun beria makan. Walaupun uwan masak pedas sket - biasalah uwan tak pedas tak oghang Pilah laaa kannn - hahaha :) udang masak lemak cili api buh daun gelugur yang diracik halus-halus. Daun gelugur tu adalah daun pokok asam gelugur yang korang buat asam keping tu. Daunnya boleh dimasak dengan ikan or udang. Ikan sardin masak cili api buh daun gelugur fuhhhh terangkat kalah beef steak hehe :) hover takk??


Yang ni sambal sotong buh petai. Petai pun uwan bawak dari kampung halaman hehe :) krup krap makan petai sedapnyaaaa pastu ada gulai ikan kembung buh belimbing buluh ehh apa sedap sangat nih???? tu la heavennya kalo mak duduk sini. Mak makan berselera sebab kalo kat kampung makan sorang-sorang jer, la ni ada anak cucu memang dia suka makan. Alhamdulillah.


mesti korang telan-telan ailio kannn? hehe :) 
dahh dahhh gi balik kampung jumpa mak-mak korangggg :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...