Wednesday, March 18, 2015

Alya; YSA Program Sime Darby visit Bank Negara

Semalam, my princess ni ikut trip YSA Program under Sime Darby Property Berhad. Program ini dibawah SQM Department untuk anak-anak staff Sime yang berusia dari 7 tahun hinggalah 17 tahun. Kena register dan reply email yang mereka hantar jika berminat nak daftar anak memasing. Alya dah 2 tahun tunggu nak join sebab dulu 5,6 tahun lom layak lagi so bulan Disember lepas once SQM offer to join memang dengan pantas maknya reply hahaha :) banyak aktiviti menarik sepanjang tahun untuk anak-anak staff yang terlibat. 

Antara aktiviti menarik yang pernah mereka buat ialah melawat ke Kuala Gandah - Pusat Penjagaan Gajah, bermalam di Aquaria KLCC - Night with Shark, Farm in the City kat Seri Kembangan, melawat Taman Alam - Kuala Selangor. Ada juga trip ke Legoland, Melaka dan beberapa tempat lain lagi. 


YSA (Young Sustainability Ambassador Program) kali ni dibawa melawat ke Bank Negara Museum & Art Gallery (Sasana Kijang) yang terletak di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur. Boleh klik di sini untuk info; http://www.museumbnm.gov.my/contact/

Nih Alya yang awal-awal pagi lagi dah excited. Tak payah suruh mandi, pakai baju macam selalu hehe. Tu la dia budak-budak kan? Kalo nak berjalan memang pantas je dia :)

Sampai Oasis dalam pukul 8.15 pagi, register dan amik breakfast dulu. Tapi Alya takmo makan, terlalu excited gamaknya haha :)


Tu cekak beli kat Wang Kelian RM2.00 hehe :) comel plak. Ada 3 cekak untuk dia. Dah murah sangat amik je la, tu tatau la jangka hayat bape lama tuuuu :)


Dalam barisan nak naik bas. Bas pun sampai ikut timing. Budak-budak dah nampak excited. Alya so far takde masalah nak berkawan dengan kawan-kawan yang 1st time jumpa. And Alisha yang dah kenal lama pun ada juga so dia dah ada gang. Alisha, anak Shamah bff maknya so no hal. Ada gang nak berguling karang tu haha :)



Sempat snap before bas bergerak. Mak-mak yang 1st time lepaskan anak join this trip memang macam-macam perangai sampai kena suruh turun dari bas hahaa :) nasib baik mak-mak tak dibenarkan ikut kalo tidak memang bas ni penuh dengan mak-mak je laaaa hihi :) 


Bas persiaran. Alya cakap bas ni tak secantik bas pakchik hehe :)


Lawatan bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 3.00 petang. Breakfast dan makan tengahari disediakan. Kanak-kanak diselia sepenuhnya oleh staff Sime Darby dan organizer. Consent letter memang kena prepare seawalnya untuk memastikan keselamatan, kesihatan kanak-kanak dipenuhinya. Alhamdulillah mereka kembali ke Oasis dalam pukul 3.45 petang.

Alya kata seronok melawat 'kilang duit'. Tapi tak boleh amik duit hahaha :). Ni dia tengah tulis karangan lawatan semalam. Nanti dah siap ai share sini ehh :)

Mama loves you sayang :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...