Sabtu.
Plan memang nak keluar sebab nak hantar barang kat Julia. Alang-alang dah nak jumpa tu jom la jumpa kat tempat yang havoc sket hehe. Takkan nak pass barang kat tepi jalan je kannn so jom kita ke IKEA. Dah ada 2-3 benda nak dibeli tapi manjang je kensel sebab takde stok. Harap-harap hari ni ada la benda tu. Dah terbayang-bayang dalam kepala ni, berangan tak sudah-sudah hehe :)
Sampai dalam pukul 12 tengahari, orang kemain ramai lagi. Nasib baik Julia sampai awal so dia dah carik tempat makan siap-siap. So sampai terus queue beli makanan which is takdelah lama sangat. Despite of Aryan yang takmo kat sesapa nak mama ajer *pingsan* kenalah dukung dia adoiii :)
So order menu wajib - meatball, chesnut cake dan chicken wing. Pastu amik brownies dan popia tapi popia cicir tengah jalan hahaha. Makan, sembang-sembang nasiblah takde yang menunggu tepi meja kalo tak serba-salah jugak nak duduk lama-lama. Berhantu sungguh la meatball ni, kalo datang tak sah kalau tak singgah food court ni then makan-makan :) tatau la diorang bagi pelaris haper kikikikihh :)
Okay, perut pun dah kenyang. Alya pun dah bising-bising nak pegi main kat playroom. Lagi senang kojo mak ekau nak belek-belek barang. So hantar dia ke situ, register siap2. So far memang Alya suka ke sini sebab boleh main, macam-macam aktiviti selain kenal kawan baru. Then takdelah adegan terpekik terlolong jerit nama "Alya .. Alya .. Alya .." kalo dia lari sana lari sini. Mak pun aman-aman jer nak shopping kann :)
Ehh tengok ni pasu besar ni RM19.90 jer?? jer?? memang cantik, pastel color plak tu. Aku dah amik letak balik pastu amik balik campak dalam troli hahaa :) nak buat apa nak hias apa kemudian fikir haha :)
Ada warna hijau, pink dan putih. Pastel color haruslah jatuh cinta. Pastu harga macam tak masuk dek akal, sebab pasu sebelah yang kecik cinonet pun dah RM19.90 gak.
Pastu dah pusing 88 kali tetiba nampak kerusi ni. Wahhh RM35 ajer?? Okay harus sambar. Plan nak letak kerusi ni kat meja study Alya. Meja belum beli sebab lom jumpa yang berkenan ikut poket mak Alya hahaa :) tapi kerusi ni cun sangat.
Kat bawah ni semua gambar cilok dari IKEA ye haha sebab tak sempat nak snap. Tq Ikea, halal ehh :))
Senduk, sudip ni RM1.90 tak silap. Gila tak sambar, murah sangat dah tuuu :)
Pastu beli benda alah ni. Mula takmo beli sebab rasa macam nak buat apa?? Tapi mikirkan ada 2-3 benda yang dah dibeli belum digantung lagi, okay mari kita beli. Senang nak drill nanti. Kalo cik abe takmo buat takpe kita buat je sendiri ecehhceee dabik dadaaaa sket :) oh ya yang ni harganya RM21.90 jerrrr :)) hahaa ikutkan aku rasa mahal jugak ni. Takpe, banyak gunanya untuk mencantikkan rumah takpee boleh beli :))
Pastu macam biasa, beli pasu. Tatau dah berapa banyak pasu IKEA yang ku beli. Hari tu hijau, putih then ada lagi dah tak ingat tapi memang guna semua pasu-pasu ini. RM5.90 okay murah beli-beli-beli :)
Pastu beli benda ni sebiji pilih warna hijau, nama tatau. Lupa nak snap. Ni sebiji RM2.90 jer. Plan nak gantung kat sinki. Besi tu dah beli tapi lom drill, biasalah tunggu cik abe free tatau bila. Besi tu beli dah lama. Tunggu mega project. Nak deko dapur plak lepas ni. Tungguuu ..
Rak ni pun antara yang sempat dirembat. Yang ni master plan. Memang tujuan datang nak beli benda ni, pusing2 tengok dah abis. Pastu gi tanya budak kat tempat checkpoint ke apa tu, dia check kata dah abis jugak adoiii frust sangat. Pusing-pusing ke tempat lain nak cool kan hati eceheceeee sekali pusing lagi sekali ehh ada 2 kotak lagi??? ke aku salah tengok area tu tadi? Rasa macam dah betul dah seksyen sekian rak sekian. Ke budak tu salah tengok?? Okay, takyah pikir-pikir dah amik jer. Harga RM149.00. Beli sebab nak letak oven. Oven lom beli, tengah survey lagi hehe :)
Haaaa bunga RM1.90 beli 3 ketul. Saja beli sebab nak tambah bunga yang ada. Bunga ni senang dijaga, siram 2 hari sekali. Hidup pun subur jer. Pendek kata bunga ni tak banyak songeh. Okay silalah beli tanpa rasa sesal. RM1.90 je punnn :) amik amikkkk pangggg kena lempang gak kang ni kemain ko shopping ye :)) time ni juruaudit takde so takpe hihi :)
Okay, lepas dah sambar semua barang-barang idaman bagi chance kat budak ni lepas. Tadi dia duduk atas troli. Kesian diaaaa :) mai bagi dia chance regangkan urat-urat kaki. *pastu dia bantai lari pulak dah satu keje nak main kejar-kejar plakkk*
Nih budak yang merempan nak karipap Ikea tapi malas nak queue amboiiii saja nak bagi mak naik hantu situ. Before tu 1st round beratur beli aiskrim 80 sen. dah la orang kemain ramai queue. Ni nak karipap plaksss .. lastly dia sendiri gi beratur hehe :)
Aiskrim dah 1 round, karipap 1 round okay jom balik. Kaki mak pun dah sakit ni maklum gemok sangat :))
Aryan makan karipap IKEA selamba jer, pedas tak pedas kalo dah lapar memang dia makan pastu mata berlinang nak air tak reti nak cakap hahaha :)
Okay, sekian lawatan menghabiskan duit ringgit ke IKEA. Kalo ikutkan nafsu memang semua nak campak dalam troli hehe oh ya, pasu hijau tu aku letak balik tak jadi amik sebab mikir nak buat apa takut kang simpan-simpan lupa pastu tahun depan baru jumpa so tak payah. Korang tengok-tengok je la apa yang berkenan pastu zaassss gi sana, sales sampai 22hb ni kalo tak silap. Sila sila silaaaaa pegi abiskan duit korang plaksss haha :)
No comments:
Post a Comment