Ada ke yang nak tengok apa yang dimasak dari dapur seorang perempuan yang berkerja, berniaga online, busy ngan class *ni semua alasan je benornya* pendek kata busy la, ada ke?? hahaha sebelum dihencap masak takdelah hebat sangat tapi letak jugak kat blog katanya haha memang minggu ni masak seadanya sebab balik lambat, sampai rumah pun dah nak pukul 8. Berlari masuk dapur, bukak fridge, capai pisau, capai bawang.
Tratatatatata siapppp .. hihi :)
Barisan masakan-masakan yang hanya mengambil masa tak sampai sejam. Sila sila silaaaaaaa ..
Hubby sampai rumah dalam pukul 9.30 paling awal. Kadang pukul 10 so aku bagi budak-budak double A tu makan dulu sebab dorang kena tido awal. Alya kalau terlampau penat, pukul 9 dah terlentok kat living. Tu homework pun papa yang check kalo ada. So bagi dorang makan siap-siap tak payah tunggu papa. Papa okay je makan sorang-sorang tapi kesian jugak. Tu yang gemok, kena temankan papa makan *alasan murahan*
Hari ni dah plan nak masak gulai ayam cili api. Semalam dah beli ayam, ikan penuhkan esbok sampai Sabtu. Tak sanggup nak terkejar-kejar amik Alya lagi nak singgah beli ikan kat kedai acheh lagi pastu nak amik Aryan lagikkk .. sape cakap jadik mak ni tak penat???
No comments:
Post a Comment