Tuesday, October 16, 2012

Al Fatihah buat Norhana Mohd Nordin

Al fatihah buat rakan sekerja, Norhana Mohd Nordin (Sime Darby Group, IT Dept.)


Hari Ahad baca kat fb rakan-rakan exGuthrie, terkejut bila mengetahui berita arwah meninggal dunia, dikatakan arwah mengalami sesak nafas dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buluh pada tengahari Sabtu.
Mengenali beliau semasa di Guthrie, beliau mengendalikan bahagian teknologi maklumat. pernah mengikuti course di bawah seliaan beliau di Jalan Astaka. selepas merger beliau bertukar ke Sime Darby Group, Jalan Raja Laut, KL.

Mengejutkan juga buat saya kerana mengenali beliau yang saban hari menghantar anak-anak di nurseri berhampiran rumah lama saya, Apartment Cendana. pernah juga anak saya, Alya duduk di nurseri yang sama dengan anak-anak beliau namun tidak lama bila Alya bertukar bbsitter. dan sehingga minggu lalu rasanya masih terpandang kelibat beliau menghantar anak-anak. :( walau saya dah berpindah ke kawasan lain namun masih bertembung ketika pergi menghantar dan mengambil anak samada pagi dan petang di kawasan rumah lama. arwah menetap di apartment yang tidak jauh dari kawasan rumah lama saya, Apartment Kiambang.

Kami pernah bersembang tentang kerja, tentang anak2 malah turut bercerita tentang tempat kerja beliau yang agak jauh iaitu di Jalan Raja Laut, KL. kerana arwah ini di bawah Sime Darby Group manakala saya di bawah divisyen Property. arwah juga pernah bercerita rancangannya nak mencari landed house kepada saya. oh betapa sedihnya bila teringat semua perbualan kami :(. sepanjang mengenali arwah, memang dia seorang yang lemah-lembut dan nampak pendiam. namun bukan sombong. Al fatihah buat arwah. kematiannya mengejutkan bila memikirkan rasanya baru jumpa dan dia sihat. orangnya kecil molek, berkulit cerah, memang comel. anak-anak arwah pon comel :( .

semalam ada juga mengkhabarkan kepada kawan-kawan untuk memaklomkan tentang arwah dan memang semuanya tidak bersangka apa-apa melainkan terkejut dia meninggal di usia yang masih muda dan anak pula masih kecil. memang tak fikir langsung tentang apa, bagaimana, kenapa dia meninggal. hinggalah pagi ini saya dikejutkan lagi dengan cerita dari rakan-rakan pula mengatakan arwah meninggal dunia kerana dicekik suami sendiri, masyaallah. terkejut sangat-sangat. apatah lagi ada rakan-rakan yang mengenali suami arwah iaitu N***yang pernah bekerja di Guthrie lama dahulu. ya Allah betapa terkejutnya bila mengetahui cerita versi lain pula. hanya Allah Maha Mengetahui cerita sebenarnya.

walaupon beberapa suratkhabar sudah menyiarkan cerita mengenai arwah dan tragis kematiannya namun saya sebagai rakan yang mengenalinya malah lebih kepada seorang ibu, cukup sayu. kerana anak ketiga beliau baru berusia sembilan bulan dan masih menyusu badan. ya Allah, semoga Dia memberi kebenaran dan keadilan. Al fatihah sekali lagi untuk arwah.

apa pon diharap janganlah ada spekulasi yang bukan-bukan, biarlah polis dan undang-undang yang menghakiminya sehingga kebenaran diketahui. semoga arwah tenang di sana.

Al fatihah buatmu Norhana Mohd Nordin!

**********************************************************************************

Main wayang
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque

SHAH ALAM: Seorang suami yang berdrama sedih berikutan kematian isterinya serta mahu berita kematian itu tidak dihebahkan, ditahan polis selepas bedah siasat mayat wanita itu mendapati lehernya mempunyai kesan lebam.

Lelaki berusia 36 tahun itu bergegas menghantar isterinya ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut selepas mangsa tidak sedarkan diri di rumah mereka kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu.

Namun, sebaik tiba di HSB, pihak hospital mengesahkan wanita berusia 39 tahun itu sudah meninggal dunia dan meminta suspek membuat laporan polis sebelum proses bedah siasat dijalankan.

Berdasarkan keputusan bedah siasat yang dijalankan, pihak hospital mengesan kesan lebam pada leher wanita yang juga seorang Eksekutif Teknologi Maklumat di sebuah syarikat swasta itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, keputusan bedah siasat bercanggah dengan laporan polis yang dibuat suspek yang mendakwa isterinya tidak sedarkan diri akibat jatuh dalam tandas di rumah mereka di Taman Bukit Subang, di sini.

7 comments:

Anonymous said...

al-fatihah buat arwah.

Unknown said...

cousin of mine..mmg kesian sgt2..Al-Fatihah

Hani said...

Al fatihah.
saya harap apa yang saya kongsikan di sini sekadar ingatan sebagai seorang kenalan. harap tidak menambahkan kesedihan keluarga arwah. jika ada apa-apa yang boleh dikongsi atau info penting, boleh email kepada saya. tq.

Anonymous said...

Thank you for sharing :). Al-Fatihah buat arwah.

bayasanusi said...

Sangat terkejut sebab arwah is a senior (one year) in TKC tapi I tak ingat which one was she. And co-incidentally, I am also in Sime Darby tapi Property Division. Takziah buat keluarga arwah.

bayasanusi said...

I was surpised to read the news. Arwah is a year senior in TKC, but I can't remember if I have seen her. Co-incidentally, I pun kerja at SD but in Property division. Semoga dia tenang di sampingNya.

Hani said...

hi bayasanusi, tq singgah my blog.
I'm also under property div. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...