Friday, October 12, 2012

Bila hati terluka

Salam .. semalam dah lewat petang baru masuk ofis, 2 hari attend course di Ara Damansara. ikutkan malas juga nak masuk ofis, alang2 abis course di sana terus pegi amik Alya and balik rumah. dah letih sangat nih.

tapi hati tersentap dengan satu cerita. betul-betul tersentap bila mendengar. hilang mood. nak marah, tangan rasa nak menampar muka orang yang je .. sabar sabar sabar puas beristgfihar nihh .. setelah diselidik, diperiksa, diteliti kebenaran maka saya mengambil keputusan meluahkannya setelah mengetahui cerita sebenar.

Rasanya sepanjang menulis blog, Hani tidak pernah menulis tentang orang lain. kecuali diri sendiri, suami, anak, keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat sahaja. selebihnya general issue. yelah, kita kalo boleh takmo la menulis menyakitkan hati orang lain kan? apatah lagi mengaibkan orang. berdosa hukumnya. tapi oleh kerana bila memikirkan lagi dipendam, lagi dibiarkan, lagilah manusia yang pendek akal itu akan terus berbuat jahat jadi saya rasa saya patut menulis tentang apa yang dilakukannya. melibatkan orang lain, membuatkan ada hati yang terluka. waaaahhh dasat kan?? nak tulis ni pon fikir jugak nih.

argggh .. tak kira, kali ni saya akan luahkan juga. saya tahu dia juga akan baca apa yang saya tuliskan di sini. biar dia tahu perbuatanya bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. biar dia tahu orang benci dengan

1. perbuatan menjaja cerita yang tidak benar sehingga melibatkan pihak ketiga.
hairan dengan manusia ini yang tak tahu hujung pangkal cerita sebenar terus menyebarkan cerita tanpa memikirkan kesan kepada orang yang difitnah. memang nak kena penampar kan?? walau pon isu kecil tetapi kesannya agak besar sebab melibatkan airmuka orang difitnah itu. kenapa perlu menyakitkan hati orang lain yang pernah menjadi rakan dia? kenapa perlu ada titik hitam dalam hati? astagfirullahalazimm .. :((

2. mencipta rumours kononnya dia difitnah berkahwin dengan suami orang, sedangkan rumours tersebut tidak wujud langsung.
takde sape yang tahu wujudnya rumours tu kecuali bila dia sendiri yang create and cerita kat orang lain. oh my god, dia tidak fikirkah perasaan isteri lelaki itu? isteri lelaki tersebut juga pernah menjadi antara kalangan rakan dia. oh kenapalah mesti ada manusia begini?? mental kot. takde gossip tapi dia sendiri yang mengada-adakan gossip, konon dia diftinah. hello perempuan, sila cermin muka dulu sebelum mencipta cerita bohong atau fitnah yang boleh menjatuhkan maruah orang. agaknya dia berfantasi berkahwin dengan lelaki itu kot? hahaha kesian, title janda yang disandang benar-benar membuatkan orang pandang serong. walhal kami tidak pernah mempersoalkan status dia. tidak kiralah apa status kita, maruah tetap harus dipelihara apatah lagi kita seorang perempuan.

ya Hani agak emosional hari ini. apa yang saya tulis adalah ikhlas dari hati saya. luahan kesedihan saya terhadap seseorang yang pernah menjadi rakan, pernah makan sepinggan, minum secawan malah pernah holiday bersama ke Bandung :(( hemm lumrah kehidupan agaknya, bila tidak diperlukan rakan baik pon diketepikan malah difitnah pula. bagusnya seorang manusia itu kan??

saya cuma berharap selepas ini beliau akan berubah. cubalah jadi rakan yang menghormati perasaan orang lain. kita manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan. kalo saya berbuat salah, mohon ada yang menegur dan memperbetulkannya.

di hari Jumaat yang mulia ini, saya maafkan tiap perbuatannya. moga dia berubah, bukan untuk saya atau orang lain tapi untuk diri dia juga agar tidak terus dibenci org.

chill!

*sangat2 lega menulis dan meluahkan. sape terasa, sedarlah. sedarlah awak dibenci kerana perbuatan, tingkahlaku yang buruk itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...