Monday, October 1, 2012

Alya's birthday bash celebration; 4yrs..

Wah tajuk kemain gempak macam buat party kat mansion kihkihkih. okay, birthday bash benonya ni just invite kawan2 terdekat, jiran2, family members and officemate yang tinggal berhampiran dengan rumah kami. kalo boleh nak jemput semua kawan-kawan, semua kenalan tapi mikir sapa nak sponsor khemah 12 bijik? wakakaka insyaallah one fine day jika diberikan rezekiNya sekali lagi memang saya berniat nak buat gathering special buat kawan-kawan yang rapat selama ini.
Okay sebelum merapu hilang fokus baik kita cerita pasal birthday Alya. Alya Nur Zahra, genap 4 tahun pada 29.09.2012, Sabtu. plan asal memang nak buat hari Sabtu tapi babysitter buat kenduri kawen plak so tunda ke hari Ahad, kenalah pegi tunjuk muka kat kenduri mereka kan?? hihi and hubby plak baru je touch down Malaysia from Japan pada Jumaat tu, confirm dia penat lagi. cerita tentang hubby fly off to Japan entry lainlah ok.
Ni kek birthday untuk Alya. Idea ni Hani dapat kat fb, ternampak ada kek yang cantik hihi selalunya kek coklat gelap je kak jemah tapi kali ni berani sket cilok idea orang then bagi kat bakers. Bakers Hani seperti tahun-tahun sebelum ni, termasuk tahun ni dah 4 tahun berturut Hani menempah kek birthday Alya kat dia, Kak Maizatul (My Lil' Cafe). memang thumbs up pada kakak ni sebab keknya selalu dapat pujian sebab sedap, moist choc cake nombot satu okeh. kalo dah 5-6 tahun dok order kat dia petandanya sebab sedap la kan? hehe. kalo nak order boleh minta nombor dia dari Hani ya.
nak letak nombot sini kang terkejut plak ada yang sms dia tanya kek. lainlah kalo dia suh pomot pastu bagi komisen kek percuma seumur hidup kenssss haa tu lain citer ok.
Cantik tak? harga? harga pon boleh tahan sedap. tapi takdelah tercekik nak bayo kihkihkih ..


ni apam polkadot yang sungguh comel. terima kasih kakakku Kak Sarina yang sudi bagi nih. dari ofismet menjadi jiran pulak kita hehe. apam polkadot ni susun sekali ngan mashmallow, comel giteww ..



tengok birthday girl yang tak sabar nak potong kek. dia kata kek cantik tapi mana DORA? uwaaaa sori sayang, auntie Mai tak jumpa gambo DORA. next year insyaallah mama carikan awal2 ye sayang :))



ala comelnya anak mama amik air sendiri. Alya bab2 gini memang boleh diharap, takdelah terpekik terlolong panggil mamanya haha sukanya dia bila kita puji bagai lagilah bertambah rajin dia ngambik sampai basah baju pastu kena debik ngan mama hahahahhahaha ..
yes, she is the apple of his eyes .. betol ke phrase ni? kahkahkah nak kabo lew Alya ni anak manja papa lew tue. memanglah manja sementara lom ada adik kan? esok lusa dah ada adik, kenalah jadik kakak yang garang giteww macam mama hahaha ..


haaaaaa jom potong kek. mama yang beria nak potong sebab Alya asik ngelak2 ntah apa2, kata besday girl tapi takmo potong kek. stress mak tawww .. beria nak kek cantik bila depan mata mula "takmo mama takmo mama" tu saja cari penyakit nak kena debik kensss .. :)


ohhh ni antara menu yang saya masak hari tu. simple aje. tak kose nak hidang nasi briyani ke nasi kukus ke mana nak cekau hahaha .. antara menunya; bihun goreng favourite saya syok sendiri :), fettucini seafood, sate ayam/daging, bubur kacang hijau, finger food, kek, brownies etc .. alhamdulillah saya menyediakan untuk 60-70 orang jemputan bermula seawal 10 pagi. terer tak hihihi .. bahan-bahan basah dah sedia siap2 sebelah malamnya so bila pagi Ahad tu just tinggal nak masak aje. TQ to my love hubby sebab banyak tolong even penat gak ketap bibir bila tak dapat ikot kehendak hati kita yang standard tinggi benor kahkahkah perasan sungguh akak jemah ni kansss!





antara tetamu yang hadir. gambo banyak dari Canon tapi lom sempat upload lagi, ni kesemuanya dari Samsung Note akak, cantik tak gambarnya?? cantik kannn .. *mode;jakun*


hiiii i love this cake, very very very beautiful pada pandangan mata saya :))

terima kasih kepada tetamu yang memberi hadiah. Alya suka kesemua hadiah2 itu kalo boleh semua dia nak bukak tapi mama kan rimau kahkahkahkah mana patut sorok memang kena sorok sebab ada yang masih belum sesuai dia pakai contoh baju. ada yang bagi ngam-ngam, Hani bagi Alya pakai skang takut lambat tak muat plak tapi ada juga yang bagi size 7yrs hohoho kena tgu Alya berisi sket baru bleh sarung baju tu, sungguh cantik kak Ana :)) tq kakak.


ni budak kalo boleh semua dia nak buka nak buat main hehe .. mainan memang ada yang dibukak awal-awal sampailah mama jengil mata kat dia. bukannya apa, tak sopan la bukan hadiah depan orang yang beri pastu kang adalah adegan berebut, bergaduh, bertumbuk, bertembak eh hover plak mama nih kihkihkih ..


well, everything is going smooth and memorable. saya suka melihat mereka menjamu selera sambil borak-borak, mingle around and kenal2 even 1st time jumpa di rumah saya. alhamdulillah, ada rezeki untuk Alya tahun ni jadi saya memang berniat nak buatkan birthday party untuk dia, rezekiNya tidak henti-henti Alhamdulillah :)). besar kecil sesuatu sambutan itu tak penting bagi saya, yang penting adalah ingatan dan ikatan ukhwah yang terjalin bila tetamu yang diundang hadir dengan senyuman ke rumah saya. saya sangat bersyukur atas kurniaanNya pada kami sekeluarga tahun ni. tahun ini benar-benar tahun bertuah buat kami sekeluarga setelah berusaha keras menjadi yang terbaik. alhamdulillah ya Allah :))

"Alya, mama dan papa sentiasa mendoakan anak mama ini membesar dan menjadi anak yang sihat dan bijak. tiada yang lebih mama pinta cuma mahu memberi yang terbaik untuk Alya. "

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...