Wallaaa .. sedapnya makan nasi himpit goreng nih tambah-tambah bila laparrrr kikiki
kebetulan lepas jamuan makan-makan ari tu ada belen nasi himpit sate dalam 2 bungkus so macam biasa Hani buat nasi himpit goreng dari membazir bagi cik tongsam. ada letak kat fb and ramai juga yang tanya resipi. resipi ni sangat kacang macam makan kacang goreng kahkahkah ..
ni pejam mata pon bleh masak *tipu*
okay .. ni bahan-bahannya:-
nasi himpit ofkos lew kann takkan nasi ayam
bawang putih 2-3 biji
bawang merah 2-3 biji
cili api 3,4 biji / cili kering satu sudu
udang kering dalam 2-3 sudu kecil
kicap & sos tiram secukup rasa
telur 3 biji (2 pack nasi himpit) nak lebih pon boleh pepandai lew tukar ye :))
daun sup
bawang goreng sebagai penambah rasa
1. tumis bawang, cili api/cili kering (terpulang pada lidah anda, jangan sampai cirit sudahh) :)))
2. masukkan udang kering, telur
3. masukkan kicap, sos tiram. kicap tu lagi banyak lagi bagus biar sampai legam kihkihkih
4. masukkan bawang goreng
5. masukkan nasi himpit, gaul bagi rata
6. agak-agak dah sekata, angkat. tabur bawang goreng, daun bawang sebagai hiasan.
sungguh mudah kan? sambil berfacebook pon bleh masak nihh kann ..
selamat mencuba (kalo nak resipi ni silalah kredit kepada blog ini jangan cilok ye *kepada pencuri yang suka mencuri gambo and resipi*)
**cantiknya picture dari note ni takyah edit pong (jakunnya)
No comments:
Post a Comment