Sabtu. di kala jalan raya menghala ke arah Shah Alam jammed teruk, hari pulak hujan lebat tapi saya aman damai bersantai di IKEA bersama Alya, Nurul dan anaknya yang baru berusia 3 bulan kihkihkih. kami dah lama plan nak lepak kat sini tapi manjang je kensel last minute biasalah janji melayu hahaha. kali ni menjadik sebab last minute takde plan2 giteww ;)
"Nurul, jom IKEA"
"Bila?"
"Hari ni ok? Sekarang ke?"
"Okay, sejam gi amik aku boleh?"
"Confirmed"
wah gitueww senangnya dating kali nih haha sebab selalunya kalo berjanji bagai siap haribulan sekian sekian memang tak jadik punyalah haha.
plan dalam kepala selain nak makan meatball IKEA yang femes tu, nak shopping sket seluar baju Alya kat Brands Outlet. dah lama tak shopping sini rasanya. pastu nak beli bunga-bunga yang murah kat IKEA nih. serius murah kak jemah!
ni dengan Nurul Hanis, bff yang boleh dipercayai bab-bab gossip kihkihkih ..
sampai je terus gi 1st floor nak makan sebab dari pagi tak bekpes. gila lapar nih tapi manusia ya ampunnn queue panjang sungguh. akhirnya dapat gak order meatball, salmon and chicken wing. ni makan share tau bukan akak sorang je haha takut nampak pelahap lew tueww hihi yummyliciousss :)
dah kenyang makan pastu sembang macam aku berdua je kat IKEA nih hahaha pastu kesian plak tengok ada mamat tu berdiri lama tunggu meja kitaorang, nak dating ngan awek datang IKEA pastu meja takdo hishhh kesian ko dik hahaha penat tunggu makcik2 ni tak reti2 nak bangun hahaha
pastu tunggu biras yang kebetulan nak datang rumah tapi ai dah sampai sini so suruh dia datang sini ajelah. kebetulan abang ipar pon nak gi stadium almaklom nak sokong TRW kannn .. so kita dah jadi one big group ler haruk IKEA ngan budak2 yang memekak berlari sana-sini rasainnnn hahaha anak biras 2 orang, kira sebaya ngan Alya juga so bayangkan budak2 terlebih makan gula2 aktifnya camne :))
tak banyak pon beli barang sebab tak syok nak memilih bila budak2 buat hal kan? tensi akak. akak sempat beli bunga yang tinggi nih rm9.90 (which is less more than outside). pastu bunga keladi kecik2 tu dalam 5 bekas rm1.90 each. pastu ada la bowl, sudu untuk Alya. frame gambo, tong sampah dan beberapa benda untuk rumah. memang seronok shopping kat sini sebab banyak value item. and kalo jadi member lagi murah harganya. akak tak sempat nak register sebab kalo dah ramai2 nih memang haru-biru, lain kali pegi akak mmg nak register jadi member. tak rugi pon malah untung ada, tambahan pula registration fee is free :))
Ahad. Kelantan menang 3-2 menewaskan ATM :) senyum sokmo hubby ku. cuba kalo kalah? monyok semacam je, macam nak cari gaduh je ngan kita hahaha. akak pon malas nak masak. cuaca sejuk je. nak cuci baju untuk round yang ke 3 pon tak berjaya sebab baju yang ada kering ala-ala sejuk lembab je. so semalam tak masak pon kitaorang kuar saja cari barang rumah kat Giant pastu balik makan sate :) sedapnya. tambahan pula nasi himpit direbus dalam daun pisang, wangi dan lembut.
ni wajah kesayangan saya ;) Alya kemain pandai skang tutup2 mata konon posing macam orang besar lew tuew :) yang hubby tak hingin nak pandang kamera sebab busy update fb maklom kelate menang bola kihkihkih ;))
jemput tengok :) *mulalah lapar bila tengok gambo nih*
okay tahniahlah Kelantan@TRW sebab berjaya menang 3 piala berturut-turut. okaylah kali ni game semua cool kan? takde aksi bakar-bakar stadium kan? takde tumbuk-tumbuk kan? good game :)
No comments:
Post a Comment