Tuesday, October 30, 2012

Sambutan Aidiladha 2012

Salam Aidiladha ..
Walau dah 3 hari berlalu, baru hari ni upload segala mak nenek gambau. semalam EL, kepenatan hihi. nak update guna note memang tak kose akak so bila dah masuk ofis barulah berkesempatan nak menayang segala apa yang ada.

Sebut tentang Aidiladha, confirm semua terbayang daging lembu korban kan? errr akak memang cuba elakkan makan hover. bukan sebab darah tinggi tapi biasalah dah 3 series ni kenalah jaga apa yang patut. selagi boleh elak, elakkanlah. makan boleh tapi janganlah sampai sekilo dibelasah hahaha.
Alhamdulillah tahun ni kat masjid kariah saya, 20 ekor lembu dikorbankan. samada dikongsi seramai 7 orang atau persendirian malahan ada juga ahli UMNO menyumbang beberapa ekor. PAS pon ada gak. hahaha ntah apa-apa tetiba cite pasal politik. okay abaikan.
Saya balik ke Kuala Pilah, Khamis selepas Maghrib. highway segala ceruk jammed. LEKAS, ELITE, PLUS bla bla semua jammed kak jemahhh .. LEKAS jadi LAMBAT *nangih*

Mak seperti biasa memang masak juadah raya kegemarannya, lemang. rendang ayam dan daging kemestian, kalo takda nanti beliau gelisah hahahaha. tapi memang masak dalam kuantiti yang sedikit ajelah memandangkan bukan ramai pon kat rumah ni. yang ada emak, bangchik, saya, suami dan Alya. hishh tak kose nak masak macam ramai sangat. lagipon confirm sana sini ada kenduri la makan-makan la. confirm ramai yang hulur juadah nanti hihihi.

Jumaat. lepas solat Jumaat barulah majlis korban dimulakan. ikot perancangan AJK Masjid, petang Jumaat cuma 10 ekor lembu dikorbankan manakala selebihnya pada hari Sabtu. wahh suamiku sibuk ke masjid sampai maghrib dok tolong melapah daging untuk dibahagi-bahagikan. Sabtu pon sama juga cuma kali ni berlangsung awal pagi so cepatlah siapnya. dah bau lembu je laki den kahkahkahkah :)

sementara tu hari Sabtu, kat rumah makcik sedara depan rumah dorang sebok masak dodol. so kenalah pegi jengah muka kacau 2-3 minit lepas tu bantai menyembang sampailah dodol masak hahha. seronoknya dapat berkumpul sesekali macam ni. menyembang aje sambil makan. tu la sembang je lebih, pastu makan2. kihkihkih

ni pak sedara saya. kuat ni kacau dodol.


ni hidangan tengah hari, gulai nangka. korang kenal tak nangka? bukan cempedak tau. ahahaha. sedap, kena ada ikan masin baru boleh regu. fuhhh masakan kampong memang sedap. simple tapi menyelerakan.

pastu yang ni special sket. mak yang masak. ni pon request kat AJK masjid masa hubby gi tolong buat kerja-kerja kat masjid. otak lembu. korang penah makan? penah tengok? hehe confirm ramai yang pelik. geli pon ada kot. haha ai ni orang kampong so takdelah heran. sedap okehhhh .. jangan risau, takdenya jadi otak lembu haha dah tua-tua beranilah makan. budak-budak dilarang makan!



yang ni plak daging goreng kunyit. memang fresh rasa daging maklom baru disembelih terus digoreng. daging rasa manis, segar.
pastu goreng hati, paru ngan limpa. goreng masak kicap. sesekali bolehlah makan ni, kalo selalu memang parah hahaha. tapi sedap okeh.

3 hari kat kampong, makan aje la kejenya. tapi memang tak masak daging, macam jemu je. kebetulan jumpa cendawan busut plak, lagilah kesedapan. pendek kata memang heaven sangat balik beraya kat kampong. meriah dengan macam-macam aktiviti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...