"Saya tahu ramai yang hit blog ni untuk baca kisah arwah Norhana. Al fatihah buat arwah. sedihnya bila pagi tadi pon masih ada rakan-rakan yang tinggal di kawasan rumah arwah dok bercerita. semua tak sangka. semua tak percaya. semua terkedu. saya lagilah tatau nak cakap apa. okaylah jom kita ceriakan hari ini dengan cerita lain pula. takmo sedih-sedih lagi sebab lagi menambah sebak di dada."
jom tengok bunga. since dok landed ni memang suka sangat membelek bunga. dulu dok apartment rasanya hanya beli kaktus kat Cameron Highlands aje hihihi atau bunga hiasan SSF :). teringin juga nak letak lam pot-pot kecik pastu letak tepi tingkap. pagi-pagi menghidu harumnya bunga wow indahnya berangan kak jemah hihihi. macam dalam filem tu kan? konon sangat. hahahaha.
since laman depan separuh bertanah rumput and separuh lagi dah tiles maka tercapai juga impian untuk bergardening macam dalam angan-angan ku iteww hihihi berangan kan free :) memang suka sangat tengok garden kalo dalam drama omputeh tu kan terutama Desperate Housewives. tentu ramai yang suka tengok garden Bree kan? cantiknya subhanallah :)) bunga-bunga berkembang mekar wow fantasi betol. paling berkenan tengok rumput yang cantik pastu ada bunga warna biru oh sweet :)
so skang saya dah rajin la singgah nurseri bunga. tapi mula-mula dulu since pindah sini, saya beli bunga kat IKEA. ya IKEA puan2 sebab murah dan bunga2 yang mudah dijaga. tak silap saya beli bulan Mac kot sampai skang masih segar dan hidup dengan selamat kahkahkahkah. tak mati tak layu tu kira selamatlah di tangan saya. hahahha.
tu bunga di para atas sekali kiri dan kanan, saya beli di IKEA ok. dah rimbun kan? tak silap 2.99 aje. tak silap la. tapi murah gile. tu baru tukar pasu besar, before ni pasu IKEA yang cinonet tu je. skang dah rimbun. hari2 siram dua kali sehari, pagi dan petang. alhamdulillah hidup subur :)
yang kat para bawah pon sama, ada 4 pasu kecik kan? haa pon dari IKEA ;) hidup subur juga hihihi.
Kebetulan ada isteri kawan hubby, Natrah pon minat juga bunga-bunga ni, eh rasa perempuan semua suka bunga kan? hihihi. Natrah dan hubby dia datang rumah Ahad lepas, tujuan asal memang nak gi kedai bunga kat area Kota Damansara tapi ramai yang lebih kenal Jln Sg Buluh. lepas lunch kat rumah, kami terus ke destinasi angan-angan kami hahahhaha. dalam pukul 3 rasanya, panas matahari terik ataih kepala. pon tak rasa sebab mata asyik tengok bunga.
haaa kali ni saya beli bunga yang ni pula, nampak colorful kan? 4 plastik hitam hanya RM10 aje. beli tanah 2 bungkus RM2, pasu putih panjang cuma RM19.90 memang prefer pasu putih tu sebab saya suka country theme hehe maklom rumah pon kat country resort :). Nat beli bunga yang kat depan tu, RM15.00. saya dah beli bunga yang tu masa datang bulan lepas so takmo beli lagi. kali ni beli bunga lain pula hehe.
oh ya para yang macam tangga ni hubby yang buat special untuk saya, romentik tak?? kihkihkih orang bagi cincin rantai gelang jam perfume tapi laki ai bagi tangga untuk letak bunga kat ai masa anniversary kahkahkahkah romentik youuu :))
okay since dah pilih bunga, dah penat. 2 orang lelaki tu pon dah buat muka boring maka kami isteri2 nih terus bayo bunga2 tu and blah. blah nak carik tempat lepak lepas kepanasan haha. kami ke Gulam Mee Kota Damansara. minum ABC dan makan rojak. fuhhhh lapar juga lepas sesi cuci mata kat nurseri bunga tadi. dah lah panas terik mentari, air takde plak kat situ. bila sampai sini memasing dok cari port bawah kipas hahahahaha. ABC memang terbaik la .. silalah cuba ye kak jemah ;)
nih rojak yang sedappp .. *sedap sebab lapar pon ia jugak hihihi*
okay, back to garden. inilah bunga yang saya beli bulan lepas masa hubby ke Jepun, boring tatau nak buat apa so mari berkebun. badan pon sihat hahaha. bunga ni saya beli 5 bekas, gali tanah and tanam sebaris. saya panggil bunga pagar sebab bila dah besar, bunga ni macam pagar hihihi. cantik je merimbun dalam barisan. tapi kena trim juga rasanya nanti. tunggulah 3-4 bulan lagi, saya update ok.
yang ni pulak tak silap Helicornia. saya suka betol bila tengok bunga kembang cantik warna merah. tak sabar nak tunggu. ni asalnya harga RM15 untuk bunga sahaja. puas minta kurang so beli pasu RM5.90, tanah sekampit RM1 total semua = RM14 hahahahhaha pandai tak saya?? gile murah kan??
memanglah baru sket je ni, tunggulah roh menanam datang lagi insyallah saya nak cantikkan laman saya. betul orang kata, berkebun ni hilangkan stress. alangkan siram pokok bunga pagi-petang pon saya dah happy ni kan pula bila tengok bunga berkembang mekar dan hidup subur. memang seronok. dan, menambahkan oksigen juga untuk kitaran fotosintesis kita. yelah dah abis pokok2 ditebang maka kita pon kekurangan oksigen untuk bernafas dengan udara yang segar :)) tetiba teringat zaman sekolah rendah dulu kan? oksigen dan karbon oksida bertukar untuk menghasilkan proses fotosintesis wahhh tak sangka kak jemah ingat lagi ye :)
1 comment:
salam sis, boleh bagi tahu berapa harga utk para tu? hubby sis tempah di mana ya?
thnks
boleh emaik di simplynadiah@gmail.com
Post a Comment