Okaylah, dah alang2 terjumpa gambo semasa trip Jakarta-Bandung-Jakarta 2012 marilah kita hadap update nih ya haha alah saya tau korang yang nak ke Indonesia suka banget ngan topik nih kan?? hahaha
Jangan confuse ya kak mahh ni trip bulan Mei 2012 yang lepas, bukan minggu lepas tau haha. Kami sekeluarga ke Jakarta pada 1hb Mei sehingga 4hb Mei 2012. tiket RM134 untuk 3 orang pegi balik. murah gila kan? ni tiket 2011 haha berjanggut menunggu nak sampai ke tarikh nih. Alya dah berzikir hari-hari Bandung Bandung Bandung hahahha. dia tau sebut tapi cuba tanya Bandung tu apa? dia cakap Bandung tu shopping. shopping apa? shopping stroller baby doll dia. hahaha comelnya anak mama nih :)
and ni 1st time Alya naik aeroplane. memang excited. masa kejutkan dia pukul 5 pagi, terus bangun takde nak nangis merengek mandi kesejukan ke. memang excited la. flight pukul 9 pagi. sempat la bekpes kat LCCT dulu.
sampai di Jakarta di Terminal 3 tak silap dalam pukul 11 pagi waktu sana. Terminal 3 ni lagik kecik dari LCCT. tapi okaylah, selesa dan bersih. bila dah settle cop passport bagai, terus tolak troli keluar terminal. dalam kepala dah terbayang nak carik bas ke Bandung. memang dah survey siap2 kat forum CARI camne transport nak ke Bandung. samada nak menaiki bas or van yang memang banyak terdapat di luar terminal. kuar je pintu terus nampak kaunter bas PRIMAJASA. wah tepat sungguh maklumat dalam forum tu, bagusnya share info macam ni, memudahkan kita yang pertama kali ke sana. takdelah tercangak-cangak tak tahu hala tuju kan?
terus tuju ke kaunter bas and tanya jadual bas. Alhamdulillah, bas akan datang dalam 15 minit lagi so terus beli tiket. untuk dewasa 70000rupiah/seorang manakala kids 35000/seorang. murah je kan? 15 minit tunggu bas okaylah takde berjanggut lenguh kaki menunggu. basnya macam bas ekspress kat sini juga, takde beza pon kecuali penumpang je ramai Indon kehkehkehkeh.
perjalanan ke Bandung lebih kurang 2 jam setengah. tu kalo jalan tak sesak, kalo sesak melangut la lapan jam dalam bas hahaha. highwaynya okay, bolehlah tahan. much better here :) *syukur saya rakyat Malaysia*
Sampai kat Bandung, turun di stesen bas terakhir tak silap Batu Nunggal. kalo tak silaplah, dah lupa plak maklum dah bape bulan punya cite hikss. terus cari Bluebird untuk ke hotel. Kali ni saya pilih Hotel Kenangan pula sebab ada info kata ianya terletak tidak jauh dari Pasar Baru. jalan kaki pon dekat. dari stesen bas nak ke hotel lebih kurang sejam, jalan jammed masa ni sebab dah pukul 3 petang, orang pulang dari ofis kata supir. Bluebird memang jadi pilihan jika ke sana kerana teksi ni gunakan meter so kalo dorang nak charge lebih2 pon confirm kita akan tahu. so dari stesen bas Batu Nunggal ke Hotel Kenangan yang terletak di Jalan Sireh cuma 50000rupiah sahaja.
gambar Hotel Kenangan di atas adalah dari googles ye sayang semua. haha tak sompek akak nak snap dari luar sebab lupa manjang. asal dok luar tak hingat nak petik kamera. maklom dalam kepala ingat nak terjah Pasar Baru aje haha.
okay, inilah rupa biliknya, simple aje. berpatutan lah dengan harga tak silap 280000rupiah semalam. alah janji selesa, bersih dan selamat and paling penting dekat nak gi shopping. dah merasa hotel mahal, kali ni try plak hotel sederhana kan. harga bilik termasuk breakfast. kat Indon ni what do you expact for breakfast selain nasi goreng, mee goreng or bubur? hahaha okaylah tu janji alas perut kan?
dari hotel ni ke Pasar Baru, jalan kaki dalam 15-20 minit. memang selamba je jalan kaki, orang pon ramai. cuma seksa nak mendaki jambatan menyeberangi landasan keretapi. mak oiii menjunam tinggi tangga tu sampai akak terpaksalah cari selipar jepun untuk dipakai sebab kaki dah sakit melecet ahahaha
okay apa yang best hotel ni ialah, berdekatan dengan salah satu cawangan Kartika Sari. senang takyah pegi jejauh, jalan kaki dalam 15 minit dah sampai. cawangan ni pon besar. banyak pilihan kek, brownies. okay, lagi best Jalan Riau pon tak jauh dari sini. tambah lagi best stesen keretapi pon di kawasan yang sama. wahhh kawasan ni memang hot spot lah kiranya kalo kita nak dok sekitar Pasar Baru. memang recommended sebab berbaloi dok sini. selain dari Hotel Kenangan, tak silap saya ada 3-4 hotel lain yang turut terdapat di kawasan ini. nanti saya try ingat semula antara hotel tersebut sebab lain kali boleh cuba pula. kat sana memang banyak hotel, boleh pilih nak yang macam mana. yang penting senang nak kuar shopping and makan. kalo ada supir lagi senang. kejap aje dah sampai Jalan Riau. saya memang dah list up Jalan Riau sebagai salah satu jalan untuk shopping di factory outlet. sebab happening and FO memang menarik. harga pon sangat affordable and banyak pilihan untuk kids. serius sangat seronok shopping di FO Jalan Riau.
nanti kita sambung cite shopping plak. saya di Bandung selama 2 malam. selepas itu kembali semula ke Jakarta. memang seronok trip kali ni sebab bersama keluarga cumanya agak letih and moody sedikit sebab hubby dan Alya demam bergilir-gilir so kenalah menjaga mereka berdua. nak shopping pon takde mood beria sakan. yelah, takkan lah nak heret dorang kuar masuk FO sedangkan kedua-duanya demam. kesian sangat dengan Alya tapi dia good girl. dia tido je dalam van sementara saya shopping. memang shopping kena pantas dan tak boleh belek lama-lama sebab kesiankan dua orang nih. *trip2013ainakshoppingsakan*
takpe nanti saya sambung cite lagi. jumpa esok insyallah. :)