Monday, June 16, 2014

Mini party for Aryan's 1st birthday

Happy Birthday Muhammad Aryan Zahin

Ahad. kami buat mini party untuk birthday bash Aryan. mula tu macam nak buat ke tidak ni? nak buat macam letihnya nak masak2 nak serve nak mengemas rumah lepas party ohh letihnya. pastu fikir kesian Aryan macam double standard pulak dulu kakak Alya dari 1st year memang buat birthday party sampai ke last year pun celebrate juga. tahun ni not sure nak buat ke tidak lom tahu lagi.

so bila dah bincang ngan asben okay lom kita buat mini party je la, just jemput jiran2 kat kawasan rumah. kawan-kawan yang rapat and adik-beradik asben. I ni 2 beradik je tapi abang I tu sentiasa busy so takyah invite hehehehe ni kebetulan Sabtu mak ngan abangchik gi Cameron Highlands. see dorang memang busy gitu.

I masak simple je - goreng bihun (ofkos bukan cap MASJID) ahhaha pastu goreng chicken wing, drummet, nugget, karipap, kek marble, buah-buahan, jeli. gula-gula, coklat tu ofkos ada. dah tu je takde benda lain. sate ke roti jala ke tunggu raya ahh hehe.

ni kek Aryan. tema bola. dia paham pon tidak tapi maknya yang terlebih hover. hehe. ni last minute tukar tukang buat sebab bakery yang selalu I tempah tu emergency balik Kelantan sedara meninggal so I order dengan kawan - Rahatul (Inhouse cake) kat Menjalara, Kepong. Alhamdulillah keknya sedap. order 1.5kg je sebab tak jemput ramai kan. RM75.00 termasuk edible image. 

sedap, moist chocolate cake. design kita boleh request. 


masa ni nak potong kek. semua orang nyanyikan "Happy Birthday" kat Aryan. wahhh kemain lebar senyum dia. macam faham je dia hehe. tapi dia bukan reti pon nak hembus ke potong ke hehe.
tapi malam tadi lepas semua org balik saja nyanyikan happy birthday to kat dia, ehh dia suka la senyum lebar macam siang tadi. maybe dia teringat kot time orang ramai2 nyanyikan kat dia kot. 


antara preparation for his birthday. simple je. takdenya nak buat candy bar ke candy table ke. takde. tema pon "Bola Suka Hati" haaa senang. takde tema kena pakai baju color hijau raksasa ke biru laut ke takdeee. hehe simple sangat tapi happy giteww :) 


tq Julia my bff yang stay dari pagi sampai malam, membantu kakton yang kelam-kabut masak hehe. tq jugak kepada yang kawan-kawan yang sudi datang, jiran-jiran yang sporting. adik ipar pon datang jugak. meriah juga majlis yang comel ini. tq uolsss :)


Doa mama untuk Aryan semoga membesar sebagai anak yang sihat, yang soleh, yang bijak insyaallah :)

4 comments:

wa said...

Happy birthday Aryan....moga jadi anak yang soleh..cepat2 besar..boleh jaga kakak dan mama...:) Hani memang penatkan bila buat..tapi pias hati bila buat sendiri... :)

Hani said...

Tq wa.
ni pun buat yang simple aje. yang penting budak2 happy tu je. semalam baru siap kemas. hehe makin tua makin tak larat nak beria sangat.

eynda said...

Semoga jadi anak yg berjaya dunia akhirat... :-)

Hani said...

Tq kak enynda. Insyallah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...