Tuesday, August 27, 2013

Mini Gathering Raya :)

Salam semua ..
Kejap je minggu ketiga di bulan Syawal kan. nextweek minggu terakhir untuk sesapa nak buat open house. meh mehh jemput kak ton datang beraya hehe. benonya tahun ni I memang kurang beria and meriah menyambut raya. bukan apa, mak mertua pon baru meninggal 2 minggu before raya, pastu ada kejadian yang tidak disangka pula. pastu Alya plak kena ekzema. memang mood tu dah lari jauh ke laut. tapi demi anak-anak persiapan tetap dibuat sebab Alya dan Aryan berhak untuk merasa kemeriahan berhari raya kann :)

okay, intro kemain panjang. walhal nak cite pasal I buat mini gathering je pon hehe. biasalah kakton kan suka membebel :)

ye, I buat mini gathering Ahad lepas. maaf jika ada kawan-kawan yang tak terjemput maklumlah I buat kecil-kecilan aje. memang tak berani nak jemput ramai-ramai seantero alam macam tahun-tahun lepas sebab skang keadaan dah berbeza hehe. tapi Alhamdulillah banyak kali I rasa bersyukur sebab Aryan such a good boy. seriously good boy. pedulik haper orang meluat baca I puji my baby hehe. sebab I boleh buat persiapan bahan-bahan, memasak, menghidang dengan teratur. Aryan tido bangun minum susu ulang 24 jam hahahahhaa. seriously I love you my boy. Alhamdulillah Allah permudahkan niat I nak menjamu kawan-kawan.

I plan ngan hubby buat mini gathering ni becoz skang dah ada anak kecik, kalo orang main terjah je memang jawabnya ko makan la kuih raya ngan air sarsi je. tu pon kalo kuih raya lom abih. I beli kuih raya 6 jenis je tu pon dalam balang kecik tu je hahaha sadis kann :)

so bila dah bincang-bincang we all pon decide jemput jiran-jiran, kawan-kawan rapat sahaja. family pon I tak invite sebab dorang ada yang dah datang minggu lepas. hehe serious sempoi kan kami hehe.

mini gathering bermula dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. yang datang lepas Maghrib tu pon takpe, rezeki still ada Alhamdulillah. thanks guys.

menu sempoi je - lontong, nasi himpit, sambal sotong, bihun, kek, puding dan kuih raya. sempoi kannnn hehe :) takde rendang takde lemang - tak sempat bako ngeeeeee I buat preparation pada sebelah malam Sabtu. masak ni senang benonya - bukan poyo. yang amik masa dan remeh-temeh is nak siapkan bahan-bahannya. so acara potong-memotong, siang-menyiang, kupas-mengupas and packing pada belah malamnya. pastu prepare food station atas meja and table. siapkan bekas-bekas nak menghidang. semuanya tinggal nak hidang je lagi esoknya - kan senang. memang kena sistematik dan early prepared kalo tak pingsan kak ton kangg :)


bufet set ni beli masa nak buat birthday party Alya. yang ni macam kecik sket - comel. tapi still okay kalo nak cater food for 50 people. boleh refill kan :)


ooh kat dining table pon I letak food juga. food yang sama. ni untuk orang yang tak larat duduk kat lantai lew. kali ni I tak sewa meja and kerusi so memang tolak ke tepi sofa-sofa, meja bagi living luas dan lapang. maklum rumah teres ni bukan besar macam banglo khensss hehe. yang ni I guna set Corningware. ahaa kan ada gunanya tu kan bang *my laki kabo membazir beli tak guna so I kuarkan segala mak nenek harta I dalam gobok tu*  


pastu letak kuih raya dalam balang comel ni. balang ni ntah tahun bila beli yang pastinya duet bonus rasanya. tak silap harga dalam RM100++ tapi memang berbaloi beli sebab tahan lama, kalo bubuh kerepek ke rempeyek ke tak lemau. semut pon tak dapek masuk. korang gi beli jugak tau. comel sangat. pastu ada le coklat ngan gula-gula untuk budak-budak termasuk mak pak budak hahaha.  


and, kali ni I buat puding oreo. dah try and error a week before hehe. kesian kan pada orang yang jarang buat kuih nihh hehe. memang ngaku la I ni bukan jenis pembuat kuih or dessert. tapi since nampak macam sedap and Alya suka, I rasa happy sangat sebab berjaya buat. simple je benonya tapi tu la kalo dah jarang buat tu yang kena try and error. Alhamdulillah menjadi and S.E.D.A.P. :))



oh ya ada gambo yang I amik dari FB kawan2 sebab; tuan rumah busy giler tak sempat snap. so kalo yang tak sharp ke tak clear ke tu dari kamera orang wahh takmo kalah hehe. yang edit tu pon dari my Insta je. gambo kami anak-beranak? takde sekeping pon huwaaaaaa :) serious ni.

yang ni tatau sape amik, share kat FB I. TQ la kawanku. comel kan food station I? mampus orang muntah baca hahahaha.


ehemm ni pon gambau dari FB. tu Kak Ana, antara kawan ofis yang datang. dia datang awal, dalam hujan. Ya Allah terharunya rasa. terima kasih Allah memberikan kawan-sahabat-kakak yang baik. ada sorang lagi kakak yang tak dapat datang - Kaktie maybe ada program lain. Kak Sarina pon ada tapi takde lam gambau. adoi lew lengkali kena amik photog laaaaa rugi the best moment tak capture kan huhuhu. TQ Kak Ana, Kak Sarina. ni semua kakak-kakak yang I sayang. dulu sama2 dok satu opis la nih dah berpindah bertukar ofis but still contact each other.


yang ni je sempat snap. tu pon sebab memasing dah nak balik bila tetamu dah berkurangan. so sempatlah I jumpa and borak-borak sket pastu amik gambau. TQ semua. I love you all. Kak Shidah. Kak Ikin. Kak Gee, Kak Liza - TQ all. ye I paling muda tu pasai pangge depa kakak hehehe manja kan I. gedik.




Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat dengan kehadiran kawan-kawan yang tak diduga. maklum Ahad tu hujan pastu confirm banyak open house pastu jalan jammed pastu rumah I ni di hujung dunia plak kehkehkeh tapi korang datang juga *sampai goreng bihun 3 kali* wakakakaka. serious I love you all. Alhamdulillah.

Maaf lew jika ada kekurangan, makanan kurang sedap ke, termasin ke termanis ke hehe. atau lambat top up ke. harap maaf tapi I sebagai tuan rumah sangat gembira sangat beryukur atas kehadiran semua. sangat bermakna pada I. hubby I pon cakap every year kami buat gathering, dia gembira and terharu dengan jemputan yang sanggup meluangkan masa datang ke rumah kami.

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga :)

2 comments:

wa said...

Ada anak kecik memang seram nak buat open house , takut dia mengamuk je..baru wa perasan birthday anak Hani ngan anak wa sama , 10.6.:)Cadang nak buat mini open house jugak minggu ni..tapi tak tau lagila jadi ke tak..harap2 Absyar pun boleh duk diam macam Aryan jugak :)

Hani said...

Hi Wa,
wah anak kita sebaya ke? Aryan dah 2 bulan 3 minggu hehe dah pandai menegur, mulut bising juga ajak mama borak hehe.

ye, sebab tu tak berani nak jemput ramai and tak sangka ramai yang dtg. alhamdulillah Aryan masa hari tu okay tak meragam. yg penting susuuuuuuu hehhe pastu ramai yang memegang ahh sudahh dia pandai merengek nak dipegang plak esoknya. agaknya dah sedap didukung didodoi uwaaa .. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...