Thursday, February 17, 2011

Alya yang semakin keletah ..

Nak share citer tentang anak dara Hani, Alya yang dah berusia 2yrs 5mths.
macam tak percaya jer budak demok ni dah besar, dah pandai bercakap macam-macam (suka tiru mama cakap). makan pon dah pandai pilih-pilih. nasib baik Alya still suka makan nasi. ikan salmon memang faveret dia (mamanya kena selak paper tiap hari sabtu nak tengok offer kat Giant, salmon kan mahal hahaha).

okay, mildstone Alya selain itu ialah dia makin keletah. ada je benda nak buat mama geram. menyepah tu takyah citer, memang keje dia. kalo bab books plak, dia dah faham lepas baca kena susun kat bookshelf. okay, boleh bagi markah kat situ. pastu kalo time berjalan dah boleh tinggalkan toys. selalunya dia pakat angkut segala jenis toys sumbat dalam beg. buat berat beg jer walhal bukan nak main sangat pon. so skang dia faham kalo mama suruh tinggalkan toys, just bring books only.

kalo mengira 1-10 tu okay, boleh. lepas 10 dah lupa kahkahkah. ABC pon sama, sampai E jer pastu merepek sebut ntah apa-apa. bab animals dia cukup suka. tanyalah apa jer animals, dia boleh reply dengan cepat. fruits pon sama gak. ohh lupa Alya suka banana. memang cukup suka. jimat makkk. kalo dia suka strawberry pon okay gak cuma bengkok ler sket hahahaha. takpe janji dia makan fruits kannn ..

and, Alya dah boleh mix around with new friends. let say gi JJ, KFC or mana-mana playground dia dah boleh berkawan. takdelah nak tolak-tolak or cepuk anak orang aahhaa. good girl. maybe sebab kat umah Mak Ayin dah ada kakak Sara yang bigger than her so dia pon faham agaknya nak berkawan cuma Sara agak kasar sedikit.

and, Alya buat masa ni belom addict dengan cartoon or tv. sebab tu tv takde pon, dia tak heran. mama jer yang sebok2 nak beli tv baru hahahah. letak tv gemok kat depan pon dia tak heran. kalo mama on, dia tengok la sama. kira selamat di sini mama tak perlu pening kepala nak beli vcd upin ke disney ke hehe.

apalagi yer? adik? adik Alya? oooh bukan sekarang hikhikhik.

1 comment:

darlieeya ZALLIA putri said...

liya singgah sini utk jd follower..jenguk blog liya+jg follower liya jgk k..tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...