Thursday, November 19, 2015

Kambing bakar Sahara, Meru!

Assalam semua. 

Rasanya sekarang tengah hangat tentang keputusan UPSR kan? Tahniah kepada anak-anak yang dapat 5A. Untuk anak-anak yang tak dapat straights A tidak mengapa jangan bersedih, terus berusaha. Bersedia berdepan dengan alam persekolahan menengah pula, yang lebih mencabar.
Sebagai mak ofkos I pun berharap Alya dapat keputusan yang baik tetapi takmo la dia tertekan hehe lagipun baru darjah 1. Kena terapkan kat dia yang penting belajar, cari ilmu dan buat yang terbaik untuk keputusan yang cemerlang.

Isnin lepas ada jamuan akhir tahun kat Iqra' so I just gorengkan bihun je untuk bawak ke jamuan tu. Jamuan sekolah kebangsaan dah buat lastweek, meriah betul budak-budak skang. Tapi bagus juga sekurang-kurangnya mereka dapat bergaul dan makan sama-sama sebelum cuti sekolah bermula. Tengoklah muka moncong jer hehehehe :) Alya ni marah mamanya sebab silap suruh pakai jubah masa kat Iqra'. Masa ustazah whatsapp mama, bagi tahu jamuan sekian sekian ingatkan bolehlah pakai baju biasa macam jamuan sekolah kebangsaan yang kena pakai baju warna pink/merah. So mama pakaikan Alya jubah kononnya hari ni tak belajar la kot sebab ada jamuan, sekali bila turun kereta nampak kawan-kawan still pakai uniform sekolah hahahaha moncong ler Alya. Tapi mama whatsapp la ustazah bagi tau tersilap nasiblah ustazah kabo its okkk :))

Nih jubah beli masa kat Vietnam tu hari comei takkk??
Pastu tudung yang cute tu Aidijuma lewww gitteww :)


Well, macam biasa jom le tengok apa yang I masak selama seminggu ni. Balik awal jugak sekarang so sempatlah nak defrost haiwan-haiwan dalam esbok tu. Minggu ni tekak macam suka sambal pulak. 
Buat sambal ayam berlada. Takdelah pedas sangat sebab Alya pun makan jugak tapi dia bubuh kicap lagilah sedappp :)


Hidangan lengkap dengan sayur walaupun hubby macam kurang makan sayur. Dia tatau kot sayur ni ada khasiatttttt :)) hahahaha :) matiklahh kutuk laki sendiriii :)


Pastu Alya asik sebut nak makan salmon. Ini yang bagusnya bila since kecik didedahkan dengan ikan yang ramai tak suka. Ada yang kata tawar la hanyir la tak sedap laaaa tak cuba tak tahu hokkayy :) Alya sangat suka. Just goreng biasa, buh white pepper dan garlic atau oregano, perah lemon memang sedap. Jangan lupa gorengkan bawang putih konon2 macam makan kat sushi king gitteww :)


Then teringat hubby ada beli 2 ekor sotong gergasi. Ye sungguh ni, sotong besar sungguh, lagi besar dari tapak tangan. 2 ekor jer dah dapat 1 bowl besar. Masak singgang kegemaran hubby. Budu ofkoslahh tak kelate la takde budu katanya kann hehe :)


Pastu sempat juga kami gi jalan-jalan carik makan kat Meru. Dekat bebenor dengan rumah tapi jarang ke arah sana kalo takde apa nak carik hehe :) tapi since hubby teringin nak cuba so jom le kitaaa :) 

Pergi carik kat Meru, senang je nak jumpa silalah on waze hehe :) tapi masa tu ramaiiiii sangat orang tambahan pula hujan, tanah lecak. Adoii nak bawak pulak pendekar kecik tu memang hubby pun tak sanggup so kami decided pegi Jusco dulu, Balik nanti try singgah kot tak ramai orang and tak hujan. Lepas beli barang-barang sambil makan kat Jusco, hari hujan lebat. Dalam pukul 9 baru gerak balik. Hubby kata jom le singgah sekali lagi. Masa ni orang ramai juga tapi meja still ada and hari tak hujan, parking pun senang so jom le kita try.

Kambing bakar Sahara di Jalan Kassim, Meru. Harga makanan kat sini murah-murah. Contohnya set kambing bakar ni hanya rm8.90 sahaja. Pastu ada jugak menu pecal lele, ayam penyet dan bakso. Semua menu ni tak sampai rm10 murahhh dan sedap. Hubby cakap puas hati sangat dapat makan kambing bakar, takyah gi hotel kalo setakat nak makan kambing bakar. 


Nanti update lagi dari dapur kakton yeeee skang busy sket. Maklumlah dah pindah ofis baru, nak unpack file-file, dengan new project dengan new chart lagi. Tapi takpe, azam tahun baru cewaahhh kerja keras akan membuahkan hasil yang memberangsangkan Insyaallah :)

Jumpa lagi!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...