Wednesday, April 24, 2013

Newborn; 32 weeks - malas menjadi-jadi ehh

Salam
Sementara tak busy nih jom lew upload gambau dari notes. kang dah banyak-banyak mulalah malassss. kak ton plak busy ngan bisnes memang tak sempat nak belek gambau personal kesian ehhh ..

nih semalam baru sampai. order Jumaat lepas. order, bayau and terus sampai depan hidung wahhh giteww .. nih barut baby bukan barut I okehh. tak muat pon kalo I pakai takat lepas kat kaki aje la hahaha. comel kan? colorful giteww. order online je nih, senang. sebab puas cari barut yang buat untuk Alya dulu tapi tatau ke mana dahh. baru teringat ada kawan pinjam tapi lom pulang hahh gitewww .. tanya kawan tu dia pon dah lupa boleh?? anak dia pon dah 2 orang gitewwwww hishhh hahahaha :)))

takpelah I order je la senang. nak suh taylor jahit kim salam sebab dia dah busy jahit langsir baju raya. so order ni cuma RM5.00 sehelai. I beli 6 helai x RM30 sahaja, murah dan jimat serta comel. besar barut ni so tak perlu risau baby tak muat ke haper. mak tak muat lain cerita hahahaha :)


pastu malam tadi masak gulai ayam cili api. dah seminggu tak masak so perut berdendang sayang nak makan kat rumah pulak. asik makan kedai je skang ngan Alya kesian dia. dia pon pandai komplen tau. "mama ni tak masak ke? asik makan kat sini aje, boringlahh" see, seeeeee anak pon pandai komplen walau makan kat kedai lagi best; takyah basuh pinggan, lap meja or air tumpah hahaha

masak gulai ayam. pastu gorengkan ikan bawal untuk si comel Alya. pastu rebus terung cina buat ulam. balik hubby baru dia buat cicah budu. yummyyyyy .. sebab tu I suka masak confirm memasing makan berselera Alhamdulillahhh :)) cuma dalam keadaan sekarang memang I surrender juga. kaki bengkak macam kaki gajah dahhh tak larat nak berdiri lama-lama kat dapo. kalo boleh masak sambil baring kan best :))



inilah cinta hati mama papa yang cukup bijak. cukup baik hati sebab tiap malam offer nak letak minyak and urut kaki mama sob sob sobbbb .. Alhamdulillah Alya Nur Zahra is being a good girl and behave. Always. tak banyak ragam cumanya biasalah budak kan, kadang-kadang noti juga sampai mama marah-marah. tapi mama confirm sebak bila tengok dia masa tido. Mama sayang Alya sayang sangat-sangat tau :)) i love you sayang!

ehh pandai komplen jugak nihh. mama tak masak dia komplen. mama tak lipat kain baju bersepah, dia komplen. mama tak buat susu dia komplen. dia kata mama pemalasssssssssssssssss :))) ye mama malas skang sebab mama gemok macam gajah kann????? huwaaaaaaaaaa :((

but, mama tetap sayang Alya walo Alya kabo mama gemokk dan malas huhuhu :))))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...