Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan 1430H ..

Salam Ramadhan 1430H ..

Pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang ibu.
Hari pertama bangun sahur dan memasak untuk encek somi.
maklom tahun lepas, encek somi berpose di Kedah sorang2.
yang hani plak bersahur, berbuka sorang2 kat sini.
dah tu, tengah sarat mengandung plak. memang mencabar sungguh tahun lepas!
tapi, paling seronok dalam kehidupan kami somi isteri bila Alya dilahirkan 2 hari sebelum hari raya, 29.09.2009 bersamaan 29 Ramadhan 1429 .. alhamdulillah ..

Sahur pertama. masak simple2 je untuk encek somi yg terlebih excited nak bersahur.
kebetulan adik ipar, Nik datang ke rumah, tambah meriah di subuh2 yg hening itu hehe ..
Alya tido so aman le sket bersahur.

lepas sahur terus siap2 nak balik kg, K Pilah.
plan nak berbuka hari pertama dengan emak.
kesian emak, dia tinggal seorang jek. kalo tak balik kang, dia buka le sensorang .. uwaaa ..

oh ya terlupa nak cerita.
jumaat, 14hb hani admitted. sempot. ala, penyakit biasa ku itu.
tiap tahun confirm masuk sepital kalo terlebih berjalan.
ni le padahnya pi MJ warehouse 2 hari sebelumnya itu hahaha.
ekceli batuk pon dah lama benor, dekat 2 minggu, tambah lagi skang ada haze.
lagi le senang dpt asma ku itu .. org pon dh tak heran kalo hani kena asma attack.
mmg every year admitted. hahahaa ..

so, admitted di Selangor Medical Centre selama 4 ari.
ekceli patutnya ke SJMC tapi disebabkan sana ada separated ward untuk H1N1 so hani takmo le ke sana. lagi pon dh penah admit kat SMC before neh so okay le ke sana jek.

before admitted, kena wat swab test.
kena le jolok anak tekak tu nak amik sample tisu.
sakit woooo .. tunggu hampir sejam baru dpt result, alhamdulillah negatif!
tapi penantian sejam tu mmg penuh berdebar. first time neves giler.
tak penah neves gini. mula2 relaks je, sekali dengar doc kata "positif" kat patient bilik sebelah. kena rushing ke hospital gomen kalo positif. uwaaaa .. lagi le sedih ..

dah tu boss masuk tengok hani ngan mask penoh muka. mula le rasa sedihnyaaaa ..
tapi tak lama lepas tu nurse, doc datang bg result. yes, negatif!

tapi bila warded, alya takleh dtg jumpa mama.
kanak2 bawah 12tahun, ibu mengandung & org tua tidak dibenarkan masuk ke kawasan hospital melainkan untuk rawatan.
uwaaaa .. sedihnya tak dpt jumpa anak mama!

Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin.
hani mengira hari untuk balik ke rumah. I miss my baby!
nasib le doc check wheezing mcm dh ok sket so boleh le discharged!
batuk ada lagi tapi
dapat MC seminggu. papa alya pon cuti lama kali ni, nak jaga mama le kunun hehehe ..

so, kami sekeluarga dpt le menyambut hari pertama berpuasa bersama-sama. Seronok.
okay, nanti sambung lagi. maklom baru masuk kije setelah lama bercuti.

tata

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...