Salam Maulidurrasul 1434H. Mari kita sama-sama berselawat ke atas nabi yang kita kasihi; Nabi Muhammah s.a.w. semoga kita mendapat syafaat daripadanya. Amalan berselawat ke atas baginda ini bukan sahaja sempena hari keputeraan baginda namun seeloknya setiap masa. Alya pon dah diajar dengan selawat ini :) semalam pon tanya dia; hari ni cuti untuk apa ya Alya? dia jawab "cuti sebab ya nabi" :))
sempena cuti Maulidurrasul semalam, kami menyambutnya di rumah sahaja. nak keluar tengok orang berarak pon hari hujan dari subuh lagi. hujan, sejuk and berterusan sehingga pukul 11 pagi jadi eloklah duduk di rumah saja sementelah Alya baru kebah dari demam. Rabu lepas dia cuti tak ke sekolah sebab demam, bawak gi klinik check suhu memang tinggi. nasiblah mama ada simpan ubat-ubat demam batuk selsema and basahkan kain letak kat badan kat kepala dia. risau sangat bila dia demam. sangat-sangat risau sebab sekarang ni demam jangan dibuat main. jangan cakap "alah demam sikit je" hishh jangan okay, kita mak mak kena monitor kena bagi perhatian. biarlah orang kata kita hover tapi itu kan anak kita, buah hati kita? I memang tak krompomi bab sakit demam ni semua. cuti kecemasan inilah gunanya, bukannya guna gi shopping member days or suka-suka. serius. I amik iktibar dari pengalaman kawan-kawan yang kehilangan anak-anak kecil puncanya dari demam yang biasa terus jadi luar biasa. "Ya Allah, lindungilah anakku dari penyakit yang memudaratkan dia". okay. bab anak, I percaya mak mana yang sanggup membiarkan anaknya sakit kan? so sekadar berkongsi, jika anak demam biarpun dedar-dedar, bagi ubat, monitor and bawa ke klinik jika berlarutan :))
semalam juga hari berkemas rumah. bukanlah hari-hari berkemas tapi biasalah ada je yang dibuat di rumah. pegang itu amik ini capai itu. confirm banyak keje. laundry memang kena buat kerap. dah menyesal dok bertangguh dalam bakul sampai kena beli bakul baru walhal kalo diikutkan tak perlu beli sebab dah ada 6 bakul okay!! tu padahnya kalo suka berlonggok. so sekarang I dah selamatkan 5 bakul. tinggal 1 bakul berisi towel, selimut hahaha. serius. sangat serius kes nih. sebab pemalas. padan muka kena buat laundry berturut hari. so malam tadi bantai melipat kain baju, towel, selimut, cadar, baju Alya. sampai pukul 2 pagi tak tido sebab nak siapkan malam tadi juga. Alhamdulillah siapppp :))
so malam tadi juga tak masak. lepas Isyak hubby ajak makan kat luar. masa tu tengah melipat kain dalam bakul yang kedua hahaha. so gi makan kat kedai yang berdekatan. bolehlahhh .. :))
My princess Alya pagi nih. comelnya anak mama ni bertudung :)) ye, dia bertudung sebab hari ni ada Iqra class and hari ni kan Jumaat. sekarang smart reader dah ada Iqra class and tudung. seluar pon seluar panjang baju panjang. bagus, ada perubahan. dulu masa nak pilih sekolah ni ada juga mulut-mulut peramah cakap tak islamic la sekular laaa .. pilihan di tangan I sebagai parents Alya. setiap mak pak ada pendapat or pilihan sendiri kan?
yang ni menu hari Isnin tapi tak sempat nak upload, I kan pemalas hehe :)) kari salmon. serius sangat sedap. cubalah. nak resipi sila check entry sebelum nih. I kan pemalas nak taip resipi eheheh :))
ni dry fry salmon for Alya. Alya memang suka sangat salmon, every time ke Giant confirm remind mama belikan ikan nih. ada juga kids yang tak suka makan salmon kan? maybe tak biasa kot. Alya memang makan ikan ni since umur 6 bulan lagi, masukkan dalam bubur dia hehe :) salmon bagus untuk otak kerna mempunyai khasiat Omega 3 di dalamnya.
ok bye :))
No comments:
Post a Comment