Friday, January 11, 2013

High Performers ..

Salam Jumaat. Alhamdulillah, semalam berlansungnya High Performers Appreciation Program di KLGCC, Bukit Kiara. special occasion for special staff :). terima kasih Management yang mengadakan majlis seperti ini untuk menghargai staff yang telah mendedikasikan diri mereka penuh setia, penuh kredibiliti kepada company. Terima kasih Sime Darby Property Berhad :). bagi yang belum tahu I bekerja di mana, ya .. I bekerja di Sime Darby Property Berhad (Denai Alam Township), sape nak beli rumah boleh call I ok? ehh I tak buat sales, I under Operation hehe :)

I dulunya bekerja di bawah Guthrie Property Holding Berhad semenjak 2004 sebelum merger dengan Sime Darby 2007. so dah hampir 9 tahun di sini, Alhamdulillah perjalanan karier yang semakin matang dan menyakinkan malah cukup berpuas hati, bersyukur di atas peluang kerjaya di sini. yang paling penting, semangat kita sebagai staff untuk memberikan yang terbaik kepada company. ya, kita serius pagi ini bercakap tentang kerjaya maklum baru dapat pingat kikiki :) macam dapat pangkat "Datuk" plak :)

Ini antara tanda penghargaan dari company. Buku bertajuk "8 Way To GREAT Peak Performance on the Job and in Your Leader" - sila baca sebelum tido cemana nak jadi staff yang terbaik :). kena khatam before next year sebab nanti nak jadi calon YB plak kehkehkeh ;)

and, pen berjenama Sheaffer engraved my name :). betul-betul rasa special bila dihargai begini. kesiankan? baru dapat pen dah rasa dok ataih langit dah. kalo dapat jongkong emas confirm jalan tak pijak tanah dahhh :)

ini invitation email sebelumnya :)


CEO Sime Darby Property, Datuk Abdul Wahab Maskan sedang bagi speech untuk mengalu-alukan High Performers :) tq Datuk :) selain CEO, ada Head of Property, En Zul Tamali (big boss I)


close up pen yang special nih :) tq management. tak sangka dihargai begitu sekali. bukan senang nak terima penghargaan nih and special occasions ni pertama kali diadakan sejak merger. so, I antara batch pertama yang dapat ofkos rasa bertuah sangat. Alhamdulillah hasil kerja selama ini dihargai dan diambil perhatian oleh pihak atasan. ko hader?? *kut ada yang dengki*


ehhh ada makanan :) hehe ofkos. sedap. western campur kampong.com kihkih. makanan kat sini much better dari SDCC :). sambil makan, mata dijamu dengan pemandangan sekitar kelab golf yang cantik. apalagi bertambah sedaplah menjamu selera, bertambah-tambah ahkak. nak malu apa? makan je la janji jangan tercekik kikiki :)



ada laksa. tapi kuah macam manis sket. I suka yang masam-masam gitew :)


and, ada puding roti. tak sangka jumpa kat sini, memang dah 2-3 minggu carik. so dah lepaslah kemengidaman I ahaha :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...