Tuesday, January 8, 2013

Pencinta makanan :)

Salam .. minggu ni minggu kedua di tahun baru 2013. masa cepat betul berlalu. Alya pon dah masuk minggu kedua bersekolah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab dia dah sihat sepenuhnya, selera makan pon dah kembali macam dulu. hampir 2 minggu dia demam, batuk & selsema; takmo minum susu, takmo makan. makan pon benda-benda merapu macam coklat, kek, gula-gula hishh. risaunya hati tengok dia. ramai yang jumpa kat luar tegur dia, kurusnya dia. dah la dia ni rangka tinggi, lagilah nampak kurus bila tak makan. susut betul badan dia. hati seorang ibu ofkos I risau sangat-sangat. kalo boleh nak longgokkan makanan depan dia suh makan semuanya. kalo dia tak nak makan, mama yang makan ngehngehngehhh :). puaslah bertanya dia nak makan apa? KFC kegemaran pon dia tak hingin hishh serius nih. tapi masuk minggu nih selera dia kembali semula. susu pon macam biasa. nasi memang dia suka makan. skang pandai plak makan taruh kicap. dulu mana reti. I malas nak ajar makan berkicap kang bila gi rumah orang yang takde kicap acaner?? hahaha.

okaylah, since citer pasal selera Alya kan? lastweek, Sabtu & Ahad macam biasa housecore duty hehe. takde ke mana, malas pon ia juga. so melepak kat rumah sambil layan Alya mewarna. sambil tu buat cekodok ikan bilis sementelah hari pulak kelihatan gelap suram je, perut pon cepat lapar :). I buat cekodok ikan bilis ni stail I. tatau le kalo sama cam korang haha. Tumbuk cili, bawang putih & merah pastu dah hancur masukkan pula ikan bilis. masukkan ke dalam tepung untuk digaul rata. tepung jangan pekat sangat, sebab nak bagi rangup garing. jangan lupa daun bawang. tak pon daun kucai. bukan Jln Kuchai tau :) tu takleh goreng :). pastu goreng macam biasa. minyak kena lebihkan. alah takkan tatau kot? haha geli nak bagi resipi. macam masak beria plak :)

hujan makin lebat. terus angkat pinggan cekodok, makan depan laman rumah, complete dengan milo. cicah sos tomato. fuhh terangkatt .. :)



yang ni hari Jumaat lepas. biasalah entry dah basi tapi lupa nak upload haha. maafkan ibu mengandung ye. busy. haha. ni masak Jumaat lepas, kebetulan sampai rumah awal dari biasa. tapi sebabkan hujan, tak dapat singgah kedai runcit nak beli sayur, ikan bagai. so redha je lah masak apa yang ada dalam esbok. so ni je la yang jadiknya. Alhamdulillah, buat lebih sedikit bila nampak jiran sebelah pon balik awal sebab mereka nak bertolak ke Kedah. so sempatlah bagi mereka bihun nih before bertolak. dorang cakap nampak sempoi tapi sedap. wahh kembangnya montot ahkak dengar. alah, takde apa pon yang special kecuali I memang buat tak pedas, sebab budak-budak nak makan. pastu jangan lupa campak sket gula dan sos tiram. kalo rajin buatlah hirisan telur. I ni asal boleh je, asal ada bahan confirm jadik jer :).


Pastu sempat jugak buat cekodok. sedapnya makan panas-panas. pon sempat hulur kat jiran. bertuah jiran dapat berjiran ngan I kan? haha perasan.


haaa ini menu malam tadi. panas lagi nihh haha .. kari kepala ikan salmon. sungguh mengancam diet. eh diet? ibu mengandung takyah diet. eh perlu juga diet makanan manis, masin semua tu hihi. yang ni kari ala kari kelantan. bukan guna rempah adabi or babas. just lengkuas, kunyit, cili api & cili kering. asam keping & gula. santan. senang sungguh. sedap tak dapat nak describe. untuk Alya, gorengkan ikan salmon seketul. bersungguh dia makan. makan dengan kicap :).


okay bye. lapo pulak tengok gambo makanan. nak gi masak nasi kat pantry. kari nih memang ada balance so kejap lagi bleh breakfast kari ikan salmon lalalala *dasar tekak gajah*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...