Monday, January 21, 2013

Annual Dinner Sime Darby Property; glam rock bebehh

Salam. Ni entry untuk Jumaat lepas. macam biasa, dah basi baru nak update hehe. nak buat cemana, lappy rosak lom repair. nak update kat note? wahhh tak mungkin. dah la jari godang-godang, nak menaip apanya hahahaha. so redha je la tunggu waktu bekerja. di kala ini agak free sedikit sambil menunggu audithor kot dorang nak request document/drawings/file apa sajalah sebab skang musim audit selama 2 minggu. selamat beraudit untuk diri I hehe :) gile. ada ke orang kena audit hepi sokmo macam I? takde kot.

okay, cerita Jumaat lepas. actually ada annual dinner Sime Darby Property. tema Glam Rock. ko bayangkan pompuan gomok buncit nak bergaya rock? takmo kalah jugak tu hahaha. alah, benonya niat I nak join dinner just for fun aje, pegi makan best-best then kalo nasib baik dapatlah lucky draw hehe. bagi can lah kat orang lain nak bergaya sakan kann :).

nih lucky draw number. tengok kad pon dah tahu majlis confirm meriah kan? dengan artis jemputan rock otai lagilah bergegar dinner tu nanti. ko mampu? hahaha siap ada Rozita Che Wan tatau apa punca dia dijemput? rock kah beliau? tak koser hahaha. bulu mata rock kot hahaha sori kak ita :))


so lunch Jumaat tu sempatlah I ke Najjah di Kota Damansara, nak mencari tudung glam rock youuu .. yelah, bila check balik segala tudung-mudung I semuanya pop balada hahaha manade rock. rasanya kalo rock nih kena ada besi-besi or kapak or duri-duri cacak kat tepi tudung kot. so kat mana nak cari tu? a day before dah pegi Pearl Haya tapi I beli tema pop balada. mana sesuwaiiii beb ahaha :))

well, Najjah antara hijabista shop yang I suka selain Pearl Haya. try juga singgah AlHumaira tapi konsep ala pop balada malahan ada konsep dangdut oohh sungguh tidak sesuwaiiii so I shoot to Najjah. okay dah try 88 ratus helai tudung konon nak cari yang rock kapak, jumpa juga lah yang ehemmm bolehlahhhhhh .. but still under bajet, selamat!


teng tengg tenggg ..



nahh pompuan gomok buncit nak pegi annual dinner. rock kah?? bolehlahhhhh .. sebab tudung ada besi-besi yang boleh cucuk orang yang suka ngumpat-ngumpat ke suka maki-maki ke apa-apa je la yang rock bebehhh aha semua boleh kikiki :) comel tak glam rock tak? hehe sori kalo tidak menepati citarasa anda. sila klik butang x di sebelah kanan anda sebelah atas :)


satu lagi, muka tak sedar diri kan? hehe


ni antara gang yang pegi dinner malam tu. dok semeja ngan I. makanan bolehlah, hadiah memang best-best tapi I tak lucky malam tu, laki je ada kat rumah hikhikhik :))



okay bye. malas nak taip panjang-panjang sebab takde mood. mood nak tido. maafi mak buyung :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...