Wednesday, January 16, 2013

Kasih seorang mama :)

Hai darlingss semuaaa .. rindu tak ngan I? or ngan makanan I? hahaha giler. semalam I cuti, jaga princess. dia demam, selsema. patutlah Isnin lepas bila amik Alya kat school, masuk je dalam kete terus dia cakap gini;

               Alya: mama, teacher cakap, kalo demam tak payah datang school, rest at home, ok.                     
Mama: ye ke? Alya demam ke? *sambil jamah dahi dia nak rasa kot demam*
Alya: tadi tak demam, ni dah demam kot *muka selamba ajer :)*
Mama: ehh betul ke nih? mama rasa tak panas pon. Alya ok ke nih? *memang rasa tak panas pon badan dia, kalo panas pon maybe sebab cuaca pastu dia kan baru kuar dari kelas*

terus hantar gi umah babysitter macam biasa. tapi sebelah malam tu memang dia asik bersin je. ohoo selsema kembali semulaaaa .. so semalam memang badan dia dedar and heavy flu. mama mana sampai hati nak hantar anak ke babysitter bila dah tahu condition dia giteww. hati mak ni kalo anak sakit even demam sikit je, mulalah tak keruan. Alhamdulillah seharian di rumah, tido pon cukup, makan ubat and monitor aktiviti dia, dah okay semula. Alhamdulillah senang hati mama sayanggg :)

so melayan dia seharian kat rumah sambil main masak-masak. masak je la apa yang ada sebab nak keluar, rasa malas sangat. kesian nak bawak keluar Alya yang dedar-dedar badan ngan selsema. kita makan apa yang ada je la ye sayang mama :). time nak masak baru teringat malam nih ada football match Kelantan vs JDT. ohoo confirm suami terchentaa balik awal. so mai la kita masak .. goreng bola okay tak? *kalo rasa nak kena sepak, boleh je kot*

sambal telor pedas berapi, sayur kobis dan goreng ikan kembung. wehh sempoi tapi serius sangat sedappp kat tekak I. tekak korang tak samalah kot ngan I hehe. tapi memang ginilah selalunya, yang sempoi ni lah yang sedap and laju je suap masuk ke mulut hehe. pastu dimasak dengan penuh kasih-sayang, lemah-lembut dan ketiak hangit ekekeke. giler.


aha yang nih menu Isnin lepas. hehe biasalah dah basi baru nak update. ntah-ntah dah sampai ke loji kumbahan IWK Kuala Selangor ptuihhhhh hahaha. sabar je la :)

ni masak udang telur masin. sangat senang nak masak. dah lama tak masak menu nih sekali ada kawan kat opis dok sebut-sebut so mulalah air liur meleleh terus cepat-cepat singgah kedai acheh beli udang hehe. nak resipi? sila call okayyy .. :)



yang ni tatau bila punya breakfast. Isnin kot. haha. ni beli je, tak sempat nak menggoreng pepagi. tunggulah, bila ada permintaan kat customer 2 orang tu, I kenalah amik order :). ni pon beli kat kedai biasa. boleh tahan. sebab tu boleh repeat order. kalo tak, takut tak sedap tak kena kat tekak I hehe :)


tajuk tak boleh blahhh kann? hahaha :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...