Assalamualaikum semuaa .. rindulah nak update blog. dah 4 hari cuti. orang cuti sampai senin tapi I belasah sampai semalam. hari ni baru hegeh-hegeh masuk keje nasiblah kerusi meja ada lagik hikss :))
kalo tengok gambar kat bawah nih, korang rasa-rasa kat mana? hihi sapa jawab betul nanti I banje makan. serius nihh .. :)) kikiki baca tajuk pon dah tau lagi suh teka. sengal.
tengok gambar nampak lautkan? seronok sangat dapat dok tepi laut, dengan angin yang fresh, suasana yang cosy, tepi pantai yang bersih memang perfect combo lah nak bersantai sambil menjamu selera.
Alhamdulillah rezeki ibu mengandung kali ni dapatlah makan seafood yang dihajatkan. dulu masa pregnancy for Alya, hubby dok keje kat utara. dia je yang berkesempatan menjamu selera dengan seafood *tak aci, sila hentak kaki* but dapat juga makan seafood bilamana kakak kesayangan; Kak Shidah bawak I ke Bagan Lalang makan seafood yeayyy so Alya tak meleleh airliur lew kikiki *tapi mana sama makan ngan hubby kan? mode: ngengada*
Jumaat lepas dah call, sms siap-siap AROMA Ikan Bakar kat Pantai Jeram, K Selangor. mula tu someone dok reply okay and I pon dah happy sangat-sangat. sekali, lepas lunch ada sms dari nombor Aroma bagi tau kat sana dah full. aik, tadi pagi kata okay nih dah tak okay? nihh yang nak hangenn nihh hikss. so cepat-cepat call nasib baik tokei yang angkat. dia kata sorry sebab maybe staffnya tersalah reply sebab banyak sangat. so it's CONFIRMED :))
So, berdebarlah menunggu Ahad. Sabtu sempat gi SOGO hahahha. tu citer kat entry lain okehh.
Ahad. dari pagi dok berkemas rumah. sakan laundry segala kain baju, towel, selimut. wahh sekarang laki bini kemain rajin mencuci kain baju. kalo boleh satu rumah nak dicuci hikss. nasiblah tak banyak pon sebab dah buat since lastweek so minggu nih rasa cool aje, sempatlah mencuci kipas 7 biji uwaaaaa .. bestnya dapat lipat kain bla bla bla ehh okay jom gi Jeram kikiki sebab dah pukul 5.30, kawan yang nak join pon dah pin pinnnn depan rumahhh hikss :))
Nice view.
ni masa sampai di sana. pon ada missunderstanding dengan tokei, haiyohhh .. not big issue pon but I dah ketap-ketap bibir masa tu hahaha biasalah I kan gangster kawasan ofkos garang macam leopard kikiki :)) puncanya bila I nak check my reservation sekali nama I yang ada kat board tu dah kena pangkah. kononnya ada Hani Azhar dah datang and take my table huwaaaaa :)) nasiblah I still simpan message between mine and tokei tu and tokei tu pon cepat je solve problem. dia pon geram kat staff yang tak check betul-betul reservation. wehh ramainya nama Hani Azhar yang gi makan kat Jeram hari yang sama ek?? hihi but it's ok. tokei dah suh prepare table and I boleh pilih mana2 tempat yang I suka wohaaa .. so I dengan bangganya pilih tepi benteng. yess .. betul-betul dekat dengan benteng so bolehlah enjoyed the scenery tanpa bangun dari kerusi kihkihkih :)) yang kelakarnya ramai dok protes kenapa tokei tu buka meja untuk I sebab dorang ingat I datang without reservation and dorang pon nak jugakkk :)) sori brader, lain kali booking dulu yaa :)) booking I pon kena hijack ni kan pula U datang tanpa booking so sila tunggu meja lain kosong. serius, AROMA memang full booked. tak pernah I tengok seafood restoren yang besar begitu, full.
ya, ni our friends yang sama-sama share food hunting dengan I. wifey, Nat pon preggy 4 months lebih kurang I. so adalah geng. geng makan, geng shopping yeayy :)) and his husband, Rizal. Rizal officemate my hubby hikss :)) muka sedih tunggu makanan lambat sampai. yang kelakarnya, air yang diorder pon kena hijack. hai manusia, silalah belajar bersabar ya jangan main amik order orang lain yaaa :(((
I pulak duduk tunggu meja takut kena hijack lagi. so dorang pandai-pandailah pilih and order hahaha. tapi I dok wassap ngan Nat masa dorang kat depan nun. dorang beratur panjang gile. memang ramai orang masa nih. serius, ramaiiiii :))
antara yang kami order: udang masak 3 rasa. thumbs up. sedap. tak rugi order. sila silaaa :))
ketam masak cili. thumbs up. sedap gile. seram kira kalori? arghh fedulik haper? hahaha
sotong goreng tepung. mabeles. serius. selalu tu kalo kat kedai biasa, bila mintak sotong goreng tepung kompom macam cekodok kihkihkih. yang ni 10/10 okehh :)) puas hati sangat. klimaks. ehh? haha
yesss, good choice. ikan jenahak bakar. serius. tak menyesal. isinya manis, fresh. mahal. kihkihkih
nih lala goreng ngan terung kecik-kecik tu. errr kurang sedap. serius. tapi bolehlahhh :)) ikutkan I suka lala goreng ngan belacan lagi sedap :)) it's okay.
ada kailan ikan masin which is biasa aje, tak order pon takpe :)).
alamak terlupa nak snap tomyam campur. konon sebab takut takde makanan berkuah kot tercekik sekali tak usik pon. siap tapau lagi hahaha. tapi tomyamnya sedappp :)) serius nihh ..
ada ikan pari bakar. sedap tapi dah kena hijack dek ikan jenahak so I makan ikan jenahak jer hiksss :)) tapi sambal kicap and sambal belacan sedappp .. tengok size ikan jenahak, manalah si pari tak merajuk kikiki :)
antara picas sempat snap by phone aje. Canon tak angkut sebab terlupa. nak cepat berkejar ke Jeram hahaha. nih Alya dok menung sambil tunggu makanan. sian dia, kena tipu. konon boleh mandi laut dah standby panties bagai dah sekali mana boleh mandi sayanggg .. ada jerung, jaws, penyu bla bla kihkihkih :))
alololo comelnya princess mama nihhh .. dia behave and in a good mood. senang nak control. Alhamdulillah :)) I love you sayanggg :))
yang ni hubby. dok menung jugak. konon berangan nak mancing tapi nan hadooo .. :))
Okay, kepada mereka-mereka yang ingin mencuba seafood di Jeram, bolehlah ke Aroma Ikan Bakar, sila call untuk reservation terlebih dahulu sebab weekend or public holidays memang penuh, ramai orang melainkan ko sanggup berdiri tunggu meja kosong 3 jam terkebil-kebil telan air liur tengok orang menjamu selera? sila call 017 316 3117. nama tokei lupa nak tanya hihi but she such a nice lady :)). restoren ini ditutup setiap 2 minggu pada hari Isnin.
ehh sebelum terlupa, total untuk semua makanan di atas untuk 4 orang;
1. ikan jenahak bakar
2. udang 3 rasa
3. ikan pari bakar
4.ketam masak cili
5. tomyam campur
6. sotong goreng tepung
7. kailan ikan masin
8. lala goreng
and nasi 5 orang with 1 jag air tembikai = RM254.00.
mahal ke murah? I tak tahu sebab before nih makan kat Tanjung Lumpur 2 orang, kat Bagan Lalang 2 orang around 100 rasanya. lebih kurang je kot.
so, silalah ke sana, tak rugi. Insyallah we will come back. actually selain aroma, ada banyak kedai-kedai lain lagi, bolehlah cuba lain kali. dengar-dengar kedai kat simpang depan tu pon sedap jugak ;)))
1 comment:
Hari khamih ni ingat nak pi makan kat aroma...huhuuu
Post a Comment