Ahaaa hari ini rajin update blog sampai 3 entry hiks. banyak gambar banyaklah kena update dari terlupa nanti tahun depan baru jumpa gambo dalam folder :) nasiblah kalo korang yang singgah blog ahkak nih menyesal singgah sebab takde info berguna pon. asik makan, anak, rumah, shopping, makan, anak, rumah, shopping ko ulanglah sampai 7 juta kali, benda tu jugak yang ada dalam blog ahkak nihhh :). jangan menyesal ehh .. :)
ni cerita Sabtu lepas. Sabtu yang full day busy kat luar. pukul 8.30 pagi dah kuar rumah nak ke hospital sebab ada appointment untuk blood test. bila pregnancy 17-18 weeks memang gynea akan suggest kita untuk buat blood test; syndrom down / hepatitis / rhesus. sebenarnya terpulang kepada kita nak buat atau tidak. gynea pon ada cakap, umur I di awal 30 an masih dikira pilihan jika nak buat atau tidak blood test ini. kecuali jika mengandung di usia 40 an, ujian ini harus dilakukan, bukan lagi pilihan. setelah berbincang dengan hubby, I agreed untuk buat blood test nih sama seperti Alya dahulu. tak rugi pon buat test, yang penting kita tahu dan bersedia lebih awal apa jua kemungkinan. Insyallah :) oh ya blood test ini termasuk scan dan consultation dalam lingkungan RM300++. harga di klinik atau hospital lain mungkin berbeza untuk test ini.
okay, selepas jumpa gynea, scanned I dah almost 17 weeks :) alhamdulillah progress being well. baby in a right position. dah siap scanned and buat appointment for next visit, terus ke lab untuk amik darah pulak. seramm :). sekejap je dah settle sebab I tak jerit-jerit pon hahaha :).
so masa di SDMC, selepas register siap-siap barulah turun ke kafe untuk breakfast. Alya dah minum sushu kat rumah so kat sini dia nampak kuih seri muka. belikan untuk dia, habis 2 ketul dia makan. bagus anak mama, selera kampong.com macam mama hehe :). untuk I order kuewtiew goreng yang bolehlah tahan asal alas perut. cili potong, kicap takde. kalo ada sure lagi sedap :)) *ingat ni kedai mamak ke?*
pastu Alya kata nak bihun. dia kan adore bihun mamanya so dia ingat kat sepital ni rasanya sama la kot. bila rasa, ehemm bolehlahhhhhhh kak limah :) asal boleh masuk ke perut ajek. agaknya sepital ni tak guna bihun cap bintang kot ahahhahaha :) tapi mama dia tolong abiskan jugak. gila, sepinggan bihun, sepinggan kuewtiew, segelas air milo, 2 ketul seri muka = RM17.00. gila mahal. nasiblah boleh telan, kira sedaplah jugak :)
and, bila dah settle segala medical check up kat sini, terus berambus balik. Alya ajak ke IKEA tapi sebabkan ada hal nak diuruskan di area Bukit Jelutong, terus shoot ke sana. settle urusan seri paduka baginda baru teringat nak makan sebab masa ni dah pukul 3 petang. gila lapo la pulakkk .. yelah tadi dah amik darah dalam 1 baldi ofkos la lapo kan? *tipu* hahaha :)
so shoot ke Secret Recipe BJ. order chicken mushroom untuk Alya sebab dia kata nak nasik. dia kan kampong.com ofkos selera macam mama jugak :)
mama pulak beria nak makan prawn cheese. sedap. tapi kena makan time panas-panas sampai terbakar lidah. kalo dah sejuk, potong stim. nak romen. :)
lepas lepak, makan-makan macam gaya orang senang-lenang takde hutang-piutang konon, barulah terasa nak carik aktiviti beriadah pulak. maklom lemak dah semakin bertambah, membesar bagai Johan; bukan Johan dalam Adam & Hawa tuuu hihihi :)
Alya still merengek nak pegi IKEA. amboi macam mak ko nih ada share kat sana every week nak meronggeng aje. pujuk-pujuk dia cakap dah petang nanti jalan jammed. lain kali okay sayang. dia angguk je sambil membebel slow-slow mana berani lawan tokei hehe. pastu pujuk dia cakap kita gi JJ ajelah. wahh laju je dia tanya, JJ mana?? amboi dasar hahaha ..
shoot ke JJ One Utama. sengal. walhal IKEA sebelah-sebelah je ngan OU kan? nasiblah Alya tu tak perasan, kesian kena tipu kat mama dia kann? kesian anak mama nihh hahaha beria mama cakap jalan ke IKEA jammed walhal nak ke OU tu 2 x 5 jek. sengal. takpelah OU pon best gak. dalam kepala berangan nak makan TAKO. wei dalam hidup ko takde benda lain ke selain makan? takde agenda lain? selain makan, shopping, makan, makan, makan, makan & makan? hishhh :D
lepas layan Alya kat toys department, beli jiwa dia dengan fairy tales storybook, botol air princess, album untuk project gambo dia dan beberapa barang lain. ajak dia main keresol kat luar yang masukkan duit singgit tu, pastu jalan-jalan try baju, belinya tidak hahaa :). pastu tengok jam dah pukul 8 malam? waddehel? gila. berjalan tak ingat nak tengok jam? turun bawah order Tako. heavennya makan sambil duduk goyang kaki bontot sambil rehatkan kaki sekejap.
pastu? pastu baliklah. tak reti-reti? nak kena hamput dek laki? haha kuar rumah lepas Subuh sampailah ke Isyak? hishh jangan diikut perangai ginieww :))
No comments:
Post a Comment