Assalamualaikum ..
Hari ini mesti semua ceria, senyum-senyum aje kan? maklom hari ni dah hari Khamis. esok dah Jumaat, pastu cuti hujung minggu. ehh korang mesti ingat asal hari Khamis je, hari kaum ibu ya? hishh takde lain la kamu nihh ehehe. mulalah tu .. haaa tengokk senyum lagii :)
semalam balik awal, sempatlah ke kedai acheh kat kawasan rumah lama. Alya dah request nak makan tembikai. dah lama katanya tak makan tembikai. sian anak mama, asik ikot selera mama suka makan orange ngan anggur je kannnn hishh. so semalam belikan tembikai, alhamdulillah isinya cantik dan manis, rezeki Alya :). batuk dah okay so beranilah bagi dia makan tembikai kalo tak memang cuba elakkan. tapi kalo dia nak juga, bagi je la. kang kempunan, hati mak juga yang berkaca-kaca kangg :)
pastu ternampak ikan merah. I ni selalu ingat ikan merah ni sedap buat sup aje. sebab mak yang ajar giteww so sampai ke tua la menu sup ikan merah je. sekali teringat gambo kat FB ada orang masak gulai ikan merah. so belilah sekor ikan merah. wehh mahalnya, RM9.00 kecik je ikannya. hishh kemain mahal ya kamu ikann :) takpelah sebab I nak makan sangat nih airliur dah meleleh nihh belilah juga. beli ikan talapia nak goreng nanti. pastu beli sayur nak buat ulam. fuhh idea mencurah-curah datang nak masak apa balik karang.
sampai rumah, siap bersihkan apa yang patut. terus mula masak. sebenarnya, I selalu juga baca kat FB yang ramai merungut tak sempat masak, balik rumah dah lewat, jalan jammed, penat bla bla bla. I pon sampai rumah kadang-kadang lewat juga. kalo awal dalam pukul 6.45 petang. tu kira awal la tu dah tolak singgah kedai runcit bagai. paling lewat dalam 7.30 malam, pon rutin yang sama. kuar ofis, amik Alya & singgah kedai acheh. pukul 7.30 malam tu lewat bila jalan jammed atau menyinggah petrol station bagai. memang adakalanya I tak masak bila dah lewat sangat, koserr ahh .. letihhh .. ehehe :)
and, I selalu pastikan bahan-bahan nak masak complete. cili kering dah siap blend, bawang putih & merah dah siap blend asing-asing, simpan dalam fridge. periuk nasi dah rendam siap-siap awal pagi, so balik takdelah bengkak hati tengok nasi keras dalam rice cooker, nak tunggu lembut satu hal plak ishhhh *geram*. tu pon salah satu sebab melambatkan proses memasak, buang masa. so I memang akan pastikan semua get ready. paling tak suka sinki penuh ngan segala pinggan mangkuk, periuk belanga. memang melayang I campak kat luar tingkap masuk ke rumah jiran sebelah *ok tipu* pastu I akan masak lauk utama dulu. gulai adalah masakan paling simple, paling senang, bahan-bahan yang digunakan ciput je. ni bukanlah nak tunjuk eksen ya puan-puan :). ni nak menunjukkan selama yang I masak, taklah susah or berjam-jam tunggu nak masak. so masak gulai dulu, pastu pastikan api sederhana besar saja, then bolehlah masak nasi. lepas tu goreng ikan. goreng sayur. kemaskan sinki, basuh apa yang patut. siap. tak percaya? percayalah. saya paling lama 45 minit di dapur, untuk hidangkan masakan simple 3 jenis. yang penting aturan kerja, proses memasak dan kecekapan kita. tapi I percaya, masing-masing ada skill or cara sendiri kan? yang penting kita dapat memasak dengan penuh kasih sayang untuk suami dan anak-anak :)
so, akhirnya semalam I masak tempoyak ikan merah. sedap. Alhamdulillah. resipi? senang je. mudah.
bahan-bahannya:
1. Ikan merah
2. cili api, kunyit - blend bersama 2 sudu tempoyak
3. santan
4. asam keping
masukkan santan ke dalam periuk. tuangkan bahan-bahan yang diblend tadi. kacau bagi sebati. masukkan ikan. rasakan kuahnya. kalo pedas or masam, masukkan gula sedikit. masukkan asam keping. slowkan api biar kuah masak sepenuhnya. siap. senang kan? selamat mencuba hehe :)
jempot makan kat skrin komputer anda kikikiki :)
No comments:
Post a Comment