Thursday, January 31, 2013

Kartika Sari brownies with love :)

Assalamualaikum semuaaa :)) pe kabor? dah breakfast? ehh jap tengok jam. ehh dah pukul 11.30?? *buat2 terkejut* hishh breakfast ke mende, nak lunch dahh kak. biasalah busy sket maklom macam-macam program untuk weekend nih. I breakfast nasi ngan sambal sardin lefover malam tadi. yum yumm sorang-sorang makan takde bunyik kat workstation masa orang lain lom sampai. I kan awal sampai ofis sebab kena hantar Alya ke school 8 pagi. sampai je ofis, panaskan nasi and lauk terus ngap. pastu selingan makan limau ngan kek. limau dah start muncul kat ofis since semalam dan rasanya akan berterusan sehingga CNY nextweek hehe :). maka kensing pon bau limau ngeee :))

banyak nak tulih and share kat blog tapi tatau la nape susah beno nak taip. kadang-kadang I terfikir juga, kalaulah I nih jenis open selamba je tulis apa yang terlintas dalam kepala hotak tatau lew lagu mana jadiknya. sebab tu kalo ada apa-apa I suka simpan and handle alone. so far takdelah masalah beso tapi cuma ada satu nih terbuku di hati. takpe, later I tell you. I percaya ada antara uolss ni dah jadi macam kawan I. sebab, uolss rajin singgah sini so I dah anggap uolss bestfriend I laaaa :)) hehe. I tell uolss later k. hii mengada betul nak ngadu-ngadu nihh kann :))

semalam dapat juga merasa brownies kukus dari Kartika Sari, Bandung. takdek jual kat mesia, kat bandung ajer tauu ngeee :)) ngengada hehe. kebetulan ada kawan yang ke sana lastweek and berkesempatan mengirim seketul dua brownies. pastu ada juga pisang keju. yummy. rezeki ibu mengandung ni murah kann? ada je yang dapat dirasa walau kadang-kadang tu macam hover plak.

Kartika Sari. sesiapa yang dah ke Bandung confirm akan tahu pasal kedai nih. I dulu ingat kedai jual jamu kihkihkih dah nama pon ala-ala mustika ratu bagai kan. rupanya kedai kek. ada banyak cawangan kat sana. merata ada. kat airport ada juga outletnya. kat Jakarta setahu I takde. so kalo nak beli, sila ke Bandung wohaaa :)) dah beli baru uolss tahu betapa sedapnya kuih, kek, brownies segala bagai. kacang pon sedap. harga? serius murah.brownies kukus tak sampai rm13/-. kat sini ada? takdenyaaa .. hikss.

kalo nak tengok cemana rupanya kedai kartika sari ni, silalah klik kat entry yang lepas-lepas ya. cari kartika sari. confirm jumpa. kedainya banyak, ada yang design ala-ala butik, ada yang macam hotel cafe, ada yang macam kedai kek. ehhh. hahahaha.


yang ni pisang keju. serius sedap. rangup, manis-manis buah. sedap. harga? tak sure la sebab free. hikss :))


aha. inilah brownies. I prefer kukus sebab tahan lama. kalo yang bakar pon sedap juga cuma tak tahan lama kalo bawak balik ke sini. so sila beli yang kukus ya. perisa ada pelbagai. samada brownies marble, coklat, cheese, almond. tu antara yang I la tapi serius sangat sedap.


tukar topik. sila tekan channel 134 sekarang. haha sengal. nih baru semalam dapat. door gift and early bird prize for sime darby dinner yang lepas. dah 2 minggu baru la semalam boleh collect hahaha. nasib tak basi. ehh banyak bunyik plak tu nasib lah dah dapat kan dari takde langsung kikiki. door gift dapatlah towel, bantal and coklat bentuk gitar tu :)). early birds for early registration dapatlah lotion, cream bath from Mark & Spencer. wangiiii .. malam tadi dah siap rasmi, jakun katakan hahaha :))


jangan jeles, tak berbaloi pon kihkihkih :)) ada orang tu dapat gold bar seketol hokehhh .. serius sangat jeles. sebab? sebab dia baru 2 minggu join sime terus dapat grand lucky draw. ahkak? apa pon tak dapek kecuali door gift and early bird nih je laaa :)) sian kann .. huhu


ok bai. jumpa later k kalo ada benda nak tayang lagi .. ngeeee. sengal. eh serius nih, bye :))

Wednesday, January 30, 2013

Food-shopping-leisure :))

Back dated entry. macam biasa. hahaha.

ni kisah last week, sabtu-ahad-isnin-selasa. amik, 4 hari sekali cerita bergambar. takde story best mana pon. macam biasa kita upkan gambo makanan. haha. korang suka tengok makanan tak? rasanya ramai yang suka kan? sambil tengok sambil cari ilham kann .. kann ..

sabtu. lepas berkemas ehh takde citer lain berkemas berkemas berkemasss aje kann. hahaha ya, I ni suka berkemas, tak suka rumah berlumut. haha silalah cebik kalo anda rasa annoying hahaha.

okay sabtu. awal pagi dok ber wassap ngan Nat, bestie I skang. wahh dah ada besti hiksss. plan nak berjongket dah bersusun cuma tinggal nak kira duit dalam guni je lagi hahaha. berangan laki gaji 10k bolehlah shopping takyah bawak kalkulator wakaka .. :))

well, minggu lepas segala bagai kedai dok sms bagi tau ada sales. dorang ni hantar salah orang kot, I ni bukan suka shopping :)) I suka makan hikss. IKEA, SOGO, Pearl Haya, Seng Heng, Pizza Hut. u name it semuanya hantar smsed about sale okehh. kesemuanya chain store yang I biasa pegi lah kot :))

so bila dah berpujuk rayu bulan bintang I pon bersiap nak gi SOGO. But before gerak, dok sms cousin yang keje kat sana dok pesan carikan parking untuk mak datin gemok nih hahaha I kan special haha :) sampai SOGO around 12.30 tengahari. makk oiii ramainya orang. yang beraya kaum lain, yang hover shopping kaum lain. hishh hishh .. :)) termasuklah I juga. sengal.

I target nak makan karipap yang dicita-citakan sejak lastweek. so kenalah mencapai cita-cita tu kann .. alhamdulillah cita-cita dah tercapai. baby jangan notty lagi ya nak terliur itu ini :)) karipap nih kat LG. tak silap kat kopitiam, lupa nama. satu 90 sen, inti padat, besar. puas makan.


gambo barangan shopping lom sempat snap sebab terlampau letih. dari pukul 12.30 tengahari - 8 malam. ko mampu? serius penat. lepas hantar Nat balik ke rumah di Sentul, terus pecut balik rumah sendiri plak. nasiblah around 40 minit aje so lega jalan pon smooth. balik rumah mandi, siapkan Alya bagi susu semua and nak suh tido, sekali "mama, saya nih lapar. nak makan nasi, goreng telur sebiji ngan kicap ok" terkedu I hokkay. penat takyah citer. kaki sakit, belakang sakit. pinggang sakit. tapi sampai ke hati bila anakanda yang request begitu? terus merangkak ke dapo, masak simple aje laaa .. hubby pon sampai lewat. dia kensel membebel bilamana tengok ataih meja ada makanan hahaha konon tadi nak marah bini yang balik tengah malam shopping tak hengat donia nan fana nihhh hiks :))

so dorang makan pukul 12 malam ok. dedua berselera makan. I je terkedu ataih sofa. penat. tapi mana bleh mengadu nanti kena setepek kihkihkih. duit dah habih shopping lom sempat claim, baik duduk dendiam dulu hihi :))

yang nih petang senin. tak masak. pagi makan lefover seafood yang ditapau balik. semuanya elok lagi so just panaskan aje. petang-petang hubby berkebun so masaklah bihun goreng. sedap. ;)


nih malam tadi. saja try tengok Sehangat Asmara. tak bestlah sebab tak minat pompuan tu. Adi Putra memang pujaan hati tapi sayangnya partnernya tu I tak minat hahaha. so tengok-tengok gitew aje la. nih budak yang dok buat macam-macam depan mama sebab nak rebut remote. skang dah pandai tekan 611. nyesal ajar. ehh tak ajar pon dia dah kenal number so memang confirmlah dia boleh tekan sendiri hahaha.



pon masak ala kadar. telur dadar cendawan, nyummy. macam pizza *angkat kening sket* sambal sardin goreng and ulam-ulaman ikan masin. ni menu terbaik untuk orang pemalas dan tak larat macam I :)) Alhamdulillah Alya kata sedapppppp .. :))

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Assalamualaikum semuaa .. rindulah nak update blog. dah 4 hari cuti. orang cuti sampai senin tapi I belasah sampai semalam. hari ni baru hegeh-hegeh masuk keje nasiblah kerusi meja ada lagik hikss :))

kalo tengok gambar kat bawah nih, korang rasa-rasa kat mana? hihi sapa jawab betul nanti I banje makan. serius nihh .. :)) kikiki baca tajuk pon dah tau lagi suh teka. sengal.


tengok gambar nampak lautkan? seronok sangat dapat dok tepi laut, dengan angin yang fresh, suasana yang cosy, tepi pantai yang bersih memang perfect combo lah nak bersantai sambil menjamu selera.

Alhamdulillah rezeki ibu mengandung kali ni dapatlah makan seafood yang dihajatkan. dulu masa pregnancy for Alya, hubby dok keje kat utara. dia je yang berkesempatan menjamu selera dengan seafood *tak aci, sila hentak kaki* but dapat juga makan seafood bilamana kakak kesayangan; Kak Shidah bawak I ke Bagan Lalang makan seafood yeayyy so Alya tak meleleh airliur lew kikiki *tapi mana sama makan ngan hubby kan? mode: ngengada*

Jumaat lepas dah call, sms siap-siap AROMA Ikan Bakar kat Pantai Jeram, K Selangor. mula tu someone dok reply okay and I pon dah happy sangat-sangat. sekali, lepas lunch ada sms dari nombor Aroma bagi tau kat sana dah full. aik, tadi pagi kata okay nih dah tak okay? nihh yang nak hangenn nihh hikss. so cepat-cepat call nasib baik tokei yang angkat. dia kata sorry sebab maybe staffnya tersalah reply sebab banyak sangat. so it's CONFIRMED :))

So, berdebarlah menunggu Ahad. Sabtu sempat gi SOGO hahahha. tu citer kat entry lain okehh.

Ahad. dari pagi dok berkemas rumah. sakan laundry segala kain baju, towel, selimut. wahh sekarang laki bini kemain rajin mencuci kain baju. kalo boleh satu rumah nak dicuci hikss. nasiblah tak banyak pon sebab dah buat since lastweek so minggu nih rasa cool aje, sempatlah mencuci kipas 7 biji uwaaaaa .. bestnya dapat lipat kain bla bla bla ehh okay jom gi Jeram kikiki sebab dah pukul 5.30, kawan yang nak join pon dah pin pinnnn depan rumahhh hikss :))

Nice view.


ni masa sampai di sana. pon ada missunderstanding dengan tokei, haiyohhh .. not big issue pon but I dah ketap-ketap bibir masa tu hahaha biasalah I kan gangster kawasan ofkos garang macam leopard kikiki :)) puncanya bila I nak check my reservation sekali nama I yang ada kat board tu dah kena pangkah. kononnya ada Hani Azhar dah datang and take my table huwaaaaa :)) nasiblah I still simpan message between mine and tokei tu and tokei tu pon cepat je solve problem. dia pon geram kat staff yang tak check betul-betul reservation. wehh ramainya nama Hani Azhar yang gi makan kat Jeram hari yang sama ek?? hihi but it's ok. tokei dah suh prepare table and I boleh pilih mana2 tempat yang I suka wohaaa .. so I dengan bangganya pilih tepi benteng. yess .. betul-betul dekat dengan benteng so bolehlah enjoyed the scenery tanpa bangun dari kerusi kihkihkih :)) yang kelakarnya ramai dok protes kenapa tokei tu buka meja untuk I sebab dorang ingat I datang without reservation and dorang pon nak jugakkk :)) sori brader, lain kali booking dulu yaa :)) booking I pon kena hijack ni kan pula U datang tanpa booking so sila tunggu meja lain kosong. serius, AROMA memang full booked. tak pernah I tengok seafood restoren yang besar begitu, full.

ya, ni our friends yang sama-sama share food hunting dengan I. wifey, Nat pon preggy 4 months lebih kurang I. so adalah geng. geng makan, geng shopping yeayy :)) and his husband, Rizal. Rizal officemate my hubby hikss :)) muka sedih tunggu makanan lambat sampai. yang kelakarnya, air yang diorder pon kena hijack. hai manusia, silalah belajar bersabar ya jangan main amik order orang lain yaaa :(((


I pulak duduk tunggu meja takut kena hijack lagi. so dorang pandai-pandailah pilih and order hahaha. tapi I dok wassap ngan Nat masa dorang kat depan nun. dorang beratur panjang gile. memang ramai orang masa nih. serius, ramaiiiii :))

antara yang kami order: udang masak 3 rasa. thumbs up. sedap. tak rugi order. sila silaaa :))


ketam masak cili. thumbs up. sedap gile. seram kira kalori? arghh fedulik haper? hahaha


sotong goreng tepung. mabeles. serius. selalu tu kalo kat kedai biasa, bila mintak sotong goreng tepung kompom macam cekodok kihkihkih. yang ni 10/10 okehh :)) puas hati sangat. klimaks. ehh? haha


yesss, good choice. ikan jenahak bakar. serius. tak menyesal. isinya manis, fresh. mahal. kihkihkih


nih lala goreng ngan terung kecik-kecik tu. errr kurang sedap. serius. tapi bolehlahhh :)) ikutkan I suka lala goreng ngan belacan lagi sedap :)) it's okay.


ada kailan ikan masin which is biasa aje, tak order pon takpe :)).


alamak terlupa nak snap tomyam campur. konon sebab takut takde makanan berkuah kot tercekik sekali tak usik pon. siap tapau lagi hahaha. tapi tomyamnya sedappp :)) serius nihh ..


ada ikan pari bakar. sedap tapi dah kena hijack dek ikan jenahak so I makan ikan jenahak jer hiksss :)) tapi sambal kicap and sambal belacan sedappp .. tengok size ikan jenahak, manalah si pari tak merajuk kikiki :)


antara picas sempat snap by phone aje. Canon tak angkut sebab terlupa. nak cepat berkejar ke Jeram hahaha. nih Alya dok menung sambil tunggu makanan. sian dia, kena tipu. konon boleh mandi laut dah standby panties bagai dah sekali mana boleh mandi sayanggg .. ada jerung, jaws, penyu bla bla kihkihkih :))


alololo comelnya princess mama nihhh .. dia behave and in a good mood. senang nak control. Alhamdulillah :)) I love you sayanggg :))


yang ni hubby. dok menung jugak. konon berangan nak mancing tapi nan hadooo .. :))



Okay, kepada mereka-mereka yang ingin mencuba seafood di Jeram, bolehlah ke Aroma Ikan Bakar, sila call untuk reservation terlebih dahulu sebab weekend or public holidays memang penuh, ramai orang melainkan ko sanggup berdiri tunggu meja kosong 3 jam terkebil-kebil telan air liur tengok orang menjamu selera?  sila call 017 316 3117. nama tokei lupa nak tanya hihi but she such a nice lady :)). restoren ini ditutup setiap 2 minggu pada hari Isnin.

ehh sebelum terlupa, total untuk semua makanan di atas untuk 4 orang;
1. ikan jenahak bakar
2. udang 3 rasa
3. ikan pari bakar
4.ketam masak cili
5. tomyam campur
6. sotong goreng tepung
7. kailan ikan masin
8. lala goreng
and nasi 5 orang with 1 jag air tembikai = RM254.00.

mahal ke murah? I tak tahu sebab before nih makan kat Tanjung Lumpur 2 orang, kat Bagan Lalang 2 orang around 100 rasanya. lebih kurang je kot.

so, silalah ke sana, tak rugi. Insyallah we will come back. actually selain aroma, ada banyak kedai-kedai lain lagi, bolehlah cuba lain kali. dengar-dengar kedai kat simpang depan tu pon sedap jugak ;)))

Friday, January 25, 2013

Cuti sakan uolss yeayyyy .. makan tetap makan :))

Yeayyy .. esok dah start cuti hujung minggu sampailah senin. berehat panjang memasing. mesti dah ada plan sekian sekian nak ke mana kan? I pon dah ada plan, dah booked *eksyen sket sambil angkat kening, well :))*. insyallah harapnya takdelah halangan mahupun rintangan ataupun dugaan dan cabaran muehehe *ini serius, berkenaan selera ibu mengandung* :))

okay, before horey horey pasal cuti, jom update latest. wahhh hari ni nampak sangat takde kojo kan? boleh update terus-menerus. kalo tak bersidailah dalam phone segala bagai gambo tunggu sehari dua baru bleh update :)) boss takde, bolehlah kak mahh :)) cuba dia ada, berani? takdenya haha.

lunch tadi Alya kata lapar. makan cereal ngan minum milo je kat school. so I bawak dia lunch kat kedai kak shamsiah kg melayu subang. sini memang port makan best, murah dan ada siput sedut hahaha :) Alya makan sup ayam ngan kentang. I makan kari ayam ngan gulai nangka. tapi gulai nangka tak sedap, keras. tak sesedap yang omak masak huhu :((

lepas makan bawak Alya mai opis sebab anak bbsitter pon demam. malas pula nak nganto sebab hari ni rasa nak balik awal. I kan boss kihkih sukahati ko je kann :)) alololo comelnya anak mama makan. tudung dah cabut sebab dah macam kak bedah balik motong gotah je. kena belikan dia serkup kepala lah lepas nih. kesian anak, mak kemain bergaya tudung mahal-mahal, serkup kepala anak 4 hengget pon tak boleh beli? hishhh sila geleng kepala 78 juta kali hishh :))


ni pinggan i aka pompuan gemok hihi :)) sedapp. I memang suka kari, kari ikan or ayam. nak masak kat rumah, takde customer sebab customer kurang suka makan kari so I lebih prefer beli je kat kedai akak nih. kalo dia buat kari siakap fuhhhh sedappp :)) serius sangat sedap. selalu beli tapau. tapau untuk diri I la. yang 2 orang tu eksen tak makan kari. hehe :))


haaa ni jumpa dalam instagram, lupa nak update. tak silap ni menu masakan hari rabu. masa Alya demam hari tu. yang ni paling senang, paling sedap and berkhasiat makan time sakit. ikan masak asam rebus. nak masak memang sempoi. makan ngan nasi panas-panas make sure guna sudu lebih mantappp :) guna tangan pon boleh tapi panassss meletup plak kang hehe :))

ikan ni senang ya amat nak masaknya. tumiskan bawang putih, merah, halia, cili api. ikan lumurkan dengan kunyit siap-siap. masukkan dalam periuk. masukkan asam keping. masukkan air. siappppp. masam-masam pedas. sedappp. rasanya masa berpantang pon boleh makan masakan nihh :)) lebihkan halia and bawang putih, serius sangat sedap. nanti masa pantang nak suh hubby masakkan ginieww ler :))


okaylah, cukup citer pasal makan makan makan makan makan mesti ada readers yang baca muntah hijau, asal klik blog ni takde cite lain, takde info ke hape gossip pon takde yang hover hehe. tapi kira okaylah kan citer pasal makanan bukan ngumpat orang lain mahupun citer khayalan yang buat orang tertanya-tanya hingga kena csi wakakaka. well, tunggu update hari Ahad nanti ya insyaallah sebab I nak pegi makan kat sesuatu tempat yang special. banyak perkara yang special minggu nih yeayyy :)) makan lagi? hahaha nasiblah I kan pencinta makanan. food lover fuck lovers. gile.

take care and jumpa lagi soon Insyaallah. Have safe journey for those travel to any destination. take care everyone. love uolss :)))

love,
Ain Hawani Hani :))

Salam Maulidurrasul 1434H

Salam Maulidurrasul 1434H. Mari kita sama-sama berselawat ke atas nabi yang kita kasihi; Nabi Muhammah s.a.w. semoga kita mendapat syafaat daripadanya. Amalan berselawat ke atas baginda ini bukan sahaja sempena hari keputeraan baginda namun seeloknya setiap masa. Alya pon dah diajar dengan selawat ini :) semalam pon tanya dia; hari ni cuti untuk apa ya Alya? dia jawab "cuti sebab ya nabi" :))


sempena cuti Maulidurrasul semalam, kami menyambutnya di rumah sahaja. nak keluar tengok orang berarak pon hari hujan dari subuh lagi. hujan, sejuk and berterusan sehingga pukul 11 pagi jadi eloklah duduk di rumah saja sementelah Alya baru kebah dari demam. Rabu lepas dia cuti tak ke sekolah sebab demam, bawak gi klinik check suhu memang tinggi. nasiblah mama ada simpan ubat-ubat demam batuk selsema and basahkan kain letak kat badan kat kepala dia. risau sangat bila dia demam. sangat-sangat risau sebab sekarang ni demam jangan dibuat main. jangan cakap "alah demam sikit je" hishh jangan okay, kita mak mak kena monitor kena bagi perhatian. biarlah orang kata kita hover tapi itu kan anak kita, buah hati kita? I memang tak krompomi bab sakit demam ni semua. cuti kecemasan inilah gunanya, bukannya guna gi shopping member days or suka-suka. serius. I amik iktibar dari pengalaman kawan-kawan yang kehilangan anak-anak kecil puncanya dari demam yang biasa terus jadi luar biasa. "Ya Allah, lindungilah anakku dari penyakit yang memudaratkan dia". okay. bab anak, I percaya mak mana yang sanggup membiarkan anaknya sakit kan? so sekadar berkongsi, jika anak demam biarpun dedar-dedar, bagi ubat, monitor and bawa ke klinik jika berlarutan :))

semalam juga hari berkemas rumah. bukanlah hari-hari berkemas tapi biasalah ada je yang dibuat di rumah. pegang itu amik ini capai itu. confirm banyak keje. laundry memang kena buat kerap. dah menyesal dok bertangguh dalam bakul sampai kena beli bakul baru walhal kalo diikutkan tak perlu beli sebab dah ada 6 bakul okay!! tu padahnya kalo suka berlonggok. so sekarang I dah selamatkan 5 bakul. tinggal 1 bakul berisi towel, selimut hahaha. serius. sangat serius kes nih. sebab pemalas. padan muka kena buat laundry berturut hari. so malam tadi bantai melipat kain baju, towel, selimut, cadar, baju Alya. sampai pukul 2 pagi tak tido sebab nak siapkan malam tadi juga. Alhamdulillah siapppp :))

so malam tadi juga tak masak. lepas Isyak hubby ajak makan kat luar. masa tu tengah melipat kain dalam bakul yang kedua hahaha. so gi makan kat kedai yang berdekatan. bolehlahhh .. :))


My princess Alya pagi nih. comelnya anak mama ni bertudung :)) ye, dia bertudung sebab hari ni ada Iqra class and hari ni kan Jumaat. sekarang smart reader dah ada Iqra class and tudung. seluar pon seluar panjang baju panjang. bagus, ada perubahan. dulu masa nak pilih sekolah ni ada juga mulut-mulut peramah cakap tak islamic la sekular laaa .. pilihan di tangan I sebagai parents Alya. setiap mak pak ada pendapat or pilihan sendiri kan?


yang ni menu hari Isnin tapi tak sempat nak upload, I kan pemalas hehe :)) kari salmon. serius sangat sedap. cubalah. nak resipi sila check entry sebelum nih. I kan pemalas nak taip resipi eheheh :))


ni dry fry salmon for Alya. Alya memang suka sangat salmon, every time ke Giant confirm remind mama belikan ikan nih. ada juga kids yang tak suka makan salmon kan? maybe tak biasa kot. Alya memang makan ikan ni since umur 6 bulan lagi, masukkan dalam bubur dia hehe :) salmon bagus untuk otak kerna mempunyai khasiat Omega 3 di dalamnya.


ok bye :))

Tuesday, January 22, 2013

Annual Dinner Sime Darby; part two

Haluuu ..

ni gambo sambungan annual dinner company lastweek. part two okeh. tu pon macam tak clear je, macam henpon takdak bateri. sebab, I duduk jauhhhhhhhhh sangat dari main stage. pintu hall bukak lepas 7.30 malam, orang dah bersesak dari pukul 5 petang lagi. I sampai around 8 malam. pon lambat gak. kerusi pon macam tak cukup walhal dah kira cukup-cukup je ikot register list. nih mesti ada mangkuk hayun tak reti bahasa, tak register tapi datang. waddehel lah luuuu .. tak professional langsung. dah orang mengandung kena duduk kerusi tinggi macam kat bar counter hishh stress makk .. patah riuk pinggang I tawww .. nanti nak tulis kat feedback form nak komen kaw kaw hishhh :))

nih skrin kiri dan kanan stage. nampak la sipi-sipi dari takde kan? nih boleh jadi bukti jugak taww :) haha


makan pon lewat sebab nak tunggu CEO, Chairman speech dulu. hemm perut dah kebabommm lapoooo :)) lepas je MC malam tu si Sarimah annouced "one two three set go makannn" terus memasing macam cipan berlari amik food haha sengal. macam kanak-kanak ribena memasing, kelaparan sangat-sangat. kali ni buffet style so pepandailah amik sendiri, beratur jangan nak pangkah orang depan. hishh benci ngan orang yang kampung.com nih, tak reti-reti nak ikot peraturan. keje company besar ada nama bagai tapi perangai hazabbb hishhhh sori membebel. kebenaran hokeyy :((

I masa nak masuk cari meja memang ternampak stall sushi so memang terkam ke sana laju-laju bila dah start nak amik food. nih orang tamak punya pinggan. oleh kerana meja agak jauh jadi I ada alasan untuk amik stok makan seminggu muahaahha. gile.

sedap. fresh.


ni side dishes. raw salmon sangat sedap tapi masin sket. suka. sayur pon sedap, rangup dimakan. macam kambeng :))


ehh tu je gambo makanan? hahaha sorilah, ni pon amik terketar-ketar tangan sebab meja kecik, kena tadah kat tangan, sebelah lagi tangan dok snap. meja bulat kecik nak letak 4 pinggan pun dah penoh so pepandailah riba. kesian tak? sengal la event management nih, patutnya kena review before proceed sesuai ke tidak susun atur meja. serius spoil mood nak enjoyed the dinner. but almost okay, yang kecik-kecik ni I bebel je kat sini. atleast kot ada yang terbaca dorang will improve next event. okey?

ok bye :)

Monday, January 21, 2013

Burger Bakar Abang Burn; lets hunting food :)

Oppss entry makan-makan tetap hado even I tengah mengantuks nihh .. mengantuks sangat sebab malam tadi sampai rumah dah lewat. pastu kena berkemas plak. pastu kena prepare baju pulak. pastu kena lipat kain plak. pastu kena angkat kain plak ngeh ngehh :))) gile. sensor nihh budak2 bawah 16yrs tak baca blog I kot. muahahaha :))

nih kek gula hangus. beli kat Petronas area rumah lama. masa hantar Alya ke rumah babysitter sempat singgah petrol station beli jajan. biasalah dia mesti ngepow maknya pantang ada peluang hahaha :)). maknya terliur nampak kek nih, nak buat tak reti. nak suh orang buat tatau sape yang sudi so beli je la bila terjumpa. RM3.50 sebekas. sampai ofis terus duduk bersila and bukak, makan fuhh heavennyaaaa siap minum ngan air nescafe fuhh terbaik la. rasa nak pegi beli lagi laaaa :). lupa plak nak save nombor telefon tukang jual, kalo tak bleh order 8 talam kannnn :)) gile sengal :)).


yang ni lunch semalam. semalam I tak masak. letih, berkemas basuh comforter selimut sarung bantal bagai. 2 trips loading machine. nasiblah cuaca panas terang-benderang. kering kain-kain semua. legaaaaa .. :))

pastu buat cekodok ikan bilis. sambil buat keje umah sambil makan cekodok. wahh customer I yang dua orang tu pon heaven je makan cekodok. dah settle keje tengok jam wahhh pukul 1? perut mula berdendang lagu rock balada pop semua lahhh .. mandi-manda, bersiap, tunggu Zohor then selesai baru kuar rumahh :)) hubby mood okay cemerlang so bolehlah makan kat luar. pastu bodek-bodek cium-cium dengan harapan dapat jalan-jalan pulak lepas tu .. yeaaaa setelah dipujuk-pujuk dengan menggunakan kuasa tiga mak buyung akhirnya hubby agreed juga nak gi rumah kawan kat Gombak then plan nak gi cari burger bakar kat Ampang.

eh citer pasal lunch dulu laaaa .. hahaha gile melompat-lompat tatau mana satu nak citer nihh .. okay semalam lunch makan lauk ketam. sekor ketam je dah 5 hengget kot. dahlah ketam kurus, agaknya ketam ni jaga badan kot, kurus keding jahh :)). tapi kira okaylah, sedap juga. *nanti I beli ketam 70 ekor masak sendiri lagi sedap :))*




ahaaaaaa ini yang dicari sampai ke Ampang; Burger Bakar Abang Burn http://en-gb.facebook.com/abangburn. dari Sungai Buluh ke Ampang ko henggat dekat? kena singgah Gombak dulu sebab pilot dok sini. actually ni member hubby jugak tapi I closed ngan wife dia and pon tengah pregnant sama macam I. so we all singgah minum makan buah barulah gerak ke Ampang. nasib baik food centre nih bukak. and masa ni orang dah start ramai. kitaorg terus gi order cepat-cepat sebab orang dah start beratur panjang.

ni semua Majalah 3 punya pasal. Sabtu malam tu tertengok Majalah 3, dah tak pasal-pasal orang mengandung terliur sampai takleh lena tidonya. wohaaa terpaksalah cari juga sebab kang baby meleleh airliur cemana? sapa nak jawab? sapa nak bertanggungjawab? sape? sapeeeee?? gile.

ni namanya Beef Burn Burger cheezy special extra add onn .. harga tak silap RM13.00 kalo tak silaplah sebab harga banyak sangat tatau yang mana satu. I order pon main sebut je tengok orang depan kihkihkih. tapi memang sedap. bolehlah masuk ke tekak I. hubby makan licin. tak menyesal la kot dia datang sini even tadi dia pot pet pot pett kikiki.


paling tak leh lupa before gerak ke Gombak bila hubby call kawan-kawan dia nak bertanya kot area Shah Alam, Kota Damansara or Sg Buluh yang berhampiran ada jual burger ni. dia tak koser nak masuk KL hehe :))

hubby: hello, u tau tak kat mana burger bakar? kat Kota Damansara ada tak rasa-rasanya?
kawan 1: mende? burger bakar? apa yang terbakar? kedai ke?
hubby: &^%#$^&()) bye

pastu call lagi sorang member baik dia try lagi nak menanya ;))

hubby: wehh ko tau kat mana ada jual burger bakar area shah alam ke kota damansara ke?
kawan 2: hah? jalan abu bakar? area mana tu? ttdi ke? abu bakar mana plak nihh
hubby: ^%&*)(&^^% ok bye

dia nak call member sorang lagi tapi bini dah menyinga, terus dia shoot gi Gombak sebab mem besar sendiri dah ada plan baekk punyaaa ngan bini member dia kihkihkih.

Annual Dinner Sime Darby Property; glam rock bebehh

Salam. Ni entry untuk Jumaat lepas. macam biasa, dah basi baru nak update hehe. nak buat cemana, lappy rosak lom repair. nak update kat note? wahhh tak mungkin. dah la jari godang-godang, nak menaip apanya hahahaha. so redha je la tunggu waktu bekerja. di kala ini agak free sedikit sambil menunggu audithor kot dorang nak request document/drawings/file apa sajalah sebab skang musim audit selama 2 minggu. selamat beraudit untuk diri I hehe :) gile. ada ke orang kena audit hepi sokmo macam I? takde kot.

okay, cerita Jumaat lepas. actually ada annual dinner Sime Darby Property. tema Glam Rock. ko bayangkan pompuan gomok buncit nak bergaya rock? takmo kalah jugak tu hahaha. alah, benonya niat I nak join dinner just for fun aje, pegi makan best-best then kalo nasib baik dapatlah lucky draw hehe. bagi can lah kat orang lain nak bergaya sakan kann :).

nih lucky draw number. tengok kad pon dah tahu majlis confirm meriah kan? dengan artis jemputan rock otai lagilah bergegar dinner tu nanti. ko mampu? hahaha siap ada Rozita Che Wan tatau apa punca dia dijemput? rock kah beliau? tak koser hahaha. bulu mata rock kot hahaha sori kak ita :))


so lunch Jumaat tu sempatlah I ke Najjah di Kota Damansara, nak mencari tudung glam rock youuu .. yelah, bila check balik segala tudung-mudung I semuanya pop balada hahaha manade rock. rasanya kalo rock nih kena ada besi-besi or kapak or duri-duri cacak kat tepi tudung kot. so kat mana nak cari tu? a day before dah pegi Pearl Haya tapi I beli tema pop balada. mana sesuwaiiii beb ahaha :))

well, Najjah antara hijabista shop yang I suka selain Pearl Haya. try juga singgah AlHumaira tapi konsep ala pop balada malahan ada konsep dangdut oohh sungguh tidak sesuwaiiii so I shoot to Najjah. okay dah try 88 ratus helai tudung konon nak cari yang rock kapak, jumpa juga lah yang ehemmm bolehlahhhhhh .. but still under bajet, selamat!


teng tengg tenggg ..



nahh pompuan gomok buncit nak pegi annual dinner. rock kah?? bolehlahhhhh .. sebab tudung ada besi-besi yang boleh cucuk orang yang suka ngumpat-ngumpat ke suka maki-maki ke apa-apa je la yang rock bebehhh aha semua boleh kikiki :) comel tak glam rock tak? hehe sori kalo tidak menepati citarasa anda. sila klik butang x di sebelah kanan anda sebelah atas :)


satu lagi, muka tak sedar diri kan? hehe


ni antara gang yang pegi dinner malam tu. dok semeja ngan I. makanan bolehlah, hadiah memang best-best tapi I tak lucky malam tu, laki je ada kat rumah hikhikhik :))



okay bye. malas nak taip panjang-panjang sebab takde mood. mood nak tido. maafi mak buyung :))

Thursday, January 17, 2013

For my loves one ..

Ehem ehemmm berdebar tunggu parcel. macam tunggu pinangan dari boifren kikiki. walhal dah tahu apa kebenda yang kita order, just tunggu je la bila sampai. berdebar konon ptuihh drama sangat ahkak ko nihh .. berdebar-debar rasa nak duduk bawah meja hahaha. sampaikan pakcik guard tu hold parcel walhal dah remind, please do inform me once parcel is here! chehhh pakcik guard pon nak drama ngan I?? saja nak bagi ngelabah la tuu, ketuk kangg :)

nih haaaa .. teng teng tengggggggg *drum rolls pleaseee* gile.


ehem ehemm apa ingat henbeg limited edition? or kasut lubutin? kihkihkih drama sangat berdebar macam tunggu apa ntahh kihkihkh :))

ni kebetulan ternampak kat FB, ada online shoppe buat clearance stock untuk LAMAZE toys. murah giler. sebab before nih ada tengok kat toys shop, Lamaze nih kemain mahalll owhh tidak I kan kedekutss haruslah berkira nak membeli kannss. lainlah kalo duit tu main petik kat tepi pagar rumah ofkos ahkak beli kapa tobang terus kihkihkih. ok stop. nih dah order since Isnin lepas. siap bank duit terus inform seller. cepat dan mudah.

tak sabar-sabar nak buka parcel. tak tunggu sampai rumah pon hehe. jakun katakan :). puas hati sangat dapat pegang toys yang comel-comel gebu nihh. kalo ada yang tanya dalam hati "eh apsal dia beli toys yang macam gegirl tu? dia preggy gegirl lagi kot?" ooh yang ni saja beli extra, nak letak kat bilik my princess, saja buat deco. dah murah so beli je la kan? harga asal? around RM70/- :) sila menguap. hahaha.

yang lagi dua ekor nih saja beli untuk baby tak kisahlah boboy ke gegirl ke *harap-harap boy* hikss


comel kan? murah and comel. ada yang jeles? hishh bukan beli henbeg elvi pon kakk :))

Gulai tempoyak ikan merah .. yummy :)

Assalamualaikum ..
Hari ini mesti semua ceria, senyum-senyum aje kan? maklom hari ni dah hari Khamis. esok dah Jumaat, pastu cuti hujung minggu. ehh korang mesti ingat asal hari Khamis je, hari kaum ibu ya? hishh takde lain la kamu nihh ehehe. mulalah tu .. haaa tengokk senyum lagii :)

semalam balik awal, sempatlah ke kedai acheh kat kawasan rumah lama. Alya dah request nak makan tembikai. dah lama katanya tak makan tembikai. sian anak mama, asik ikot selera mama suka makan orange ngan anggur je kannnn hishh. so semalam belikan tembikai, alhamdulillah isinya cantik dan manis, rezeki Alya :). batuk dah okay so beranilah bagi dia makan tembikai kalo tak memang cuba elakkan. tapi kalo dia nak juga, bagi je la. kang kempunan, hati mak juga yang berkaca-kaca kangg :)

pastu ternampak ikan merah. I ni selalu ingat ikan merah ni sedap buat sup aje. sebab mak yang ajar giteww so sampai ke tua la menu sup ikan merah je. sekali teringat gambo kat FB ada orang masak gulai ikan merah. so belilah sekor ikan merah. wehh mahalnya, RM9.00 kecik je ikannya. hishh kemain mahal ya kamu ikann :) takpelah sebab I nak makan sangat nih airliur dah meleleh nihh belilah juga. beli ikan talapia nak goreng nanti. pastu beli sayur nak buat ulam. fuhh idea mencurah-curah datang nak masak apa balik karang.

sampai rumah, siap bersihkan apa yang patut. terus mula masak. sebenarnya, I selalu juga baca kat FB yang ramai merungut tak sempat masak, balik rumah dah lewat, jalan jammed, penat bla bla bla. I pon sampai rumah kadang-kadang lewat juga. kalo awal dalam pukul 6.45 petang. tu kira awal la tu dah tolak singgah kedai runcit bagai. paling lewat dalam 7.30 malam, pon rutin yang sama. kuar ofis, amik Alya & singgah kedai acheh. pukul 7.30 malam tu lewat bila jalan jammed atau menyinggah petrol station bagai. memang adakalanya I tak masak bila dah lewat sangat, koserr ahh .. letihhh .. ehehe :)

and, I selalu pastikan bahan-bahan nak masak complete. cili kering dah siap blend, bawang putih & merah dah siap blend asing-asing, simpan dalam fridge. periuk nasi dah rendam siap-siap awal pagi, so balik takdelah bengkak hati tengok nasi keras dalam rice cooker, nak tunggu lembut satu hal plak ishhhh *geram*. tu pon salah satu sebab melambatkan proses memasak, buang masa. so I memang akan pastikan semua get ready. paling tak suka sinki penuh ngan segala pinggan mangkuk, periuk belanga. memang melayang I campak kat luar tingkap masuk ke rumah jiran sebelah *ok tipu* pastu I akan masak lauk utama dulu. gulai adalah masakan paling simple, paling senang, bahan-bahan yang digunakan ciput je. ni bukanlah nak tunjuk eksen ya puan-puan :). ni nak menunjukkan selama yang I masak, taklah susah or berjam-jam tunggu nak masak. so masak gulai dulu, pastu pastikan api sederhana besar saja, then bolehlah masak nasi. lepas tu goreng ikan. goreng sayur. kemaskan sinki, basuh apa yang patut. siap. tak percaya? percayalah. saya paling lama 45 minit di dapur, untuk hidangkan masakan simple 3 jenis. yang penting aturan kerja, proses memasak dan kecekapan kita. tapi I percaya, masing-masing ada skill or cara sendiri kan? yang penting kita dapat memasak dengan penuh kasih sayang untuk suami dan anak-anak :)

so, akhirnya semalam I masak tempoyak ikan merah. sedap. Alhamdulillah. resipi? senang je. mudah.
bahan-bahannya:

1. Ikan merah
2. cili api, kunyit - blend bersama 2 sudu tempoyak
3. santan
4. asam keping

masukkan santan ke dalam periuk. tuangkan bahan-bahan yang diblend tadi. kacau bagi sebati. masukkan ikan. rasakan kuahnya. kalo pedas or masam, masukkan gula sedikit. masukkan asam keping. slowkan api biar kuah masak sepenuhnya. siap. senang kan? selamat mencuba hehe :)


jempot makan kat skrin komputer anda kikikiki :)


Wednesday, January 16, 2013

Sehangat Asmara katanyaaa .. :)

Tora datang lagiii yeayyy .. mari kita kembali ke mesin masa silammm .. kita kembali ke hari Isnin yang lepass yeaaa .. giler. :D

ni nak cakap entry backdated jugakk. kesian. semua dah basi baru nak update wakakaka. tapi kat FB, Instagram memang dah letak. so kalo korang rasa-rasa nak info terkini sensasi tidak basi sila add I ok. FB Hani Azhar, Instagram - haniazhar. sila silaaaaa *kalo fb sila tinggalkan message kat pm yaaa* huishh kesian macam lah femes bebenor ahkak nih ya uhuk uhukkk

Isnin lepas, sempat mengular ke Seksyen 7 Shah Alam. sana kan dah jadi Jalan TAR kedua rasanya. gile penuh kedai kain baju tudung kain ela butik branded segala bagai kat sini. kedai jual mak ayah nenek atuk anak-beranak je takde. kalo hader, ko nak beli ke? gile. hahaha :)

memang tujuan nombor satu nak carik tudung. I ada dinner Jumaat ni di KLCC. bukan KLCC twin tower tu. Kuala Lumpur Convention Centre kakkk .. so tema Glam Rock. mati berpinau memikir cemanalah gayanya Glam Rock untuk femfuan gemok macam I. nak pakai baju apa? tudung lilit terbelit leher atau tudung kak limah balik kampong? tak mati nak mikir? gile. wehh hadiah best dress seribu kauuu .. so ramailah yang berpinar cari idea nak pakai baju paling afdal dengan tema, harus. kalo tak menang, takpe. menang lucky draw grand prize RM20k pon dah kira okay *sambil angkat kening sebelah* giler :)

so I ngan Jay, my ofismet terus gi Pearl Haya, my feveret shop for tudung. masuk selamba je macam kedai tu ada share mak I haha. sekali dengar orang bergaduh. ehh tokei gaduh ke? hishh ni yang I malas nihh. tapi kaki dah melangkah laju je masuk kedai. selalu pintu kena tekan bell, tapi kali ni sekali tolak je dah terbukak. masuk je la sambil lenggang mak limah. tu kan kedai mak I hahahaha. pastu barulah nampak ada kamera, ada script reading, ada set, ada lampu. semualah yang berkaitan dengan shooting. pastu kami pon jalan muka konfiden je maklom kata ada share kan hahaha. dorang senyum je pandang kami nih, maybe ingat akak tipah ofis sebelah kot haha.

sambil pilih tudung, cari yang sesuai ngan tema, terdengar dorang start dialog. jeling-jeling baru nampak ohoo Dian P Ramlee ngan Izreen apa ntah tengah berdialog. tapi I takdelah pandang beria. kang dikata jakun hishh tak koserr :D. suh staff situ tolong snapkan picas pon ala-ala segan je. jadilah ada juga bukti I kat situ tengok dorang shooting drama yang dikatakan bakal hits "Sehangat Asmara" hehe *ko hader* sambil selak tudung :).



Paling kelakar bila nak pilih tudung tu, I tanya ngan sorang budak nih. Memang dah biasa shopping sini so tau, staff selalu pakai tudung yang sama, seragam kot.

Myself: Dik, yang ni I nak guna 30% membercard boleh ke?*tanya sambil tunjuk ke arah sehelai skirt velvet*
Anon: err tak tahu la saya kak. saya ni pelakon drama nih. *muka dia dah merah. tatau marah ke malu ke kat I*
Myself: pelakon? Errr sorilah ingat kerja sini, tudung pon sama *sambil eyes rolling 12 juta kali* sumpah tak penah tengok muka budak nihh yang dikatanya pelakon. ke I yang buta seni hehe. sori dikk :(

So, dapat sehelai je tudung. tak syok nak memilih, nak try, nak test sebab dorang tengah shooting mana bleh bising-bising. hishh tak kosentret ahkak tauu .. next time la pegi lagi.


dah penat merayau dari satu kedai masuk kedai lain kuar kedai lain, we all sempat makan laksa and cendol kat kedai tepi jalan tu. serius laksa dia sedap. kuah memang terasa kuah laksa, tak manis tak pahit. cendol kurang sket. takleh lawan cendol Kuala Pilah :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...