Salam. dah bape hari tak update blog. semalam cuti, letih pastu kaki cramp. so ada kemalasan nak keje, nak kena drive. baik akak tido je kat rumah hehe. Alya pon dicutikan dari school. nak buat cemana, school kat area ofis maknya terpaksalah ikot jadual mak hehe. nasiblah baru tadika kalo sekolah kebangsaan mau kena tulih surat rasmi kat cekgu hiks ..
Isnin lepas keje tapi tak sempat nak update blog, busy sangat. macam-macam benda nak settle. maklom keje macam I nih bukan menentu, time busy memang busy nak kensing pon tak sempat sampai terlupa. kalo free haaa melangut depan pc sampai ke petang abih browse segala mak nenek web hahahaha. so bila busy memang busy la gamaknya. biasalah keje ni memang cenggitu.
well, Ahad lepas kenduri kawen adik "mak" Alya. Mak nih babysitter Alya. and memang closed ngan dia sebab before kawen pernah menyewa sama-sama. pas kawen dia berenti keje sebab nak jaga anak, tu yang boleh hantar Alya kat dia. Alya memang okay dengan mak nih, dulu penah hantar then stop bila maknya dapat 2nd baby. skang 2nd baby dah beso so bolehlah jaga Alya semula. penah cerita dalam entry sebelum nih. Mak nih selamba orangnya. tapi yang paling best dia nih pembersih dan teliti orangnya Alhamdulillah.
so Ahad lepas berkampung lah kami anak beranak kat Seksyen 7 Desa Alam. cuaca terang-benderang, panas sampai ke petang. rasanya dah 4-5 hari cuaca panas sungguh. sampai ke malam kan? untung sape buat kenduri time gini hehe.
meriah kendurinya, makanan pon sedap. terutama sambal goreng jawa, sedappp sangat :). sowi gambo takdek, akak lapar gile maklom masa tuh dah pukul 2 petang. lambat sampai sebab jalan sesak. lapar, tak pandang kiri kanan dahhh hehe :)
yang ni cupcakes masa pengantin potong kek. Elisya, anak Mak juga sambut birthday yang ke 4 tahun pada tarikh yang sama 03.03.2013. Alya dok tepi tengok je bestfren potong kek hehe.
Nih le maknya, belah kanan tudung biru pink iteww .. tengok Alya kemain tolong pegang kotak kek. dapat pegang kotak pon jadilah dari sentap ke sudah kangg hahaha :). dia biasalah, mana boleh tengok orang lain dapat dia tak dapat haha :)).
Happy birthday Elisyah :) comelnya siap ada crown lagi. tu princess sebelah tu sentap ahaks :)
nih bersama pengantin, adik mak. Selamat Pengantin Baru buat Nadia dan pasangannya.
okaylah, I ngantuk nih. nak menaip takde idea. jap lagilah I sambung entry baru. perut dah kenyang, mata berat well biasalah mak panda kann :)
Sebelum itu mari kita bersama-sama sedekahkan Alfatihah kepada anggota keselamatan negara yang terkorban di dalam misi keamanan di Lahad Datu semenjak Jumaat lepas. semoga roh kesemua wira-wira negara ini akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syahid insyaallah. kepada ahli keluarga perwira-perwira negara, bersabarlah. kita doakan kesejahteraan mereka dan kemelut ini akan berakhir dengan segera Insyallah :)
No comments:
Post a Comment