Wednesday, March 13, 2013

Sempoi jer ..

Assalamualaikummm .. uolss dah breakfast? I baru siap makan Alhamdulillah. Boss dah bagi 1 task pagi-pagi lagi so sementara dia belum keluar teruslah buat. lepas dia keluar pegi meeting wahhh terus laju-laju seret kaki ke panttry. laparrr hehe :).

pagi nih berkesempatan masak mee goreng. bahan-bahan dah siap sedia since malam tadi lagi. so lepas subuh terus menumis dan menggoreng. kejap je dah siap. lainlah kalo kena potong itu ini memang amik masa juga. nih campak-campak dah siapp hehe :). Alya request nak mee goreng. pastu nak karipap. wahhh hebat anak mama. macam mama nih tokei kantin kann :). karipap lupa nak beli so makan mee je la ya anakanda :). selalu beli karipap inti daging segera tu je kat Myden. sedap. kira boleh tahan la. ingat nak juga buat karipap sendiri tapi tatau la bila kuasa 3 R.A.J.I.N. tu nak datang. I is malas :((.

nih bekal untuk mama. untuk Alya ngan papa siap gorengkan telur mata sebab dorang memang suka. mama tak suka. makan sempoi je, perahkan asam limau. pergghh sedap. eh puji diri sendiri? lantak lew :)



sejak mengandung nih, terpaksa amalkan susu nih. ikotkan I mana suka minum susu. ni pon kena cari perisa coklat. ngengada macam kekanak ribena kan? rasa macam cukuplah vitamin c, d and obimin yang gynea bagi tu hehe. tapi sebabkan dah 30yrs kenalah amik extra calcium. maklom ni preggy kali kedua, kalsium pon dah berkurangan 50% hehe. so far tanda-tanda kekurangan kalsium, kaki kejang tapi baru 3-4 kali je kena. pastu awal-awal kehamilan dulu sakit gigi sampai kena cabut geraham. tu je la seingat I. yang lain-lain okay. memang I amik pil vitamin D since early pregnancy sebab tahu ia bagus untuk otot. yang susu pulak sebagai tambahan pula. pernah minum Anmum and Enfamama pastu malas. minum bila teringat maklom kena bancuh bagai. so solutionnya beli je dalam kotak nih, nak minum just tuang je. paling sedap letak ais fuhh heavenn terasa dunia ana yang punya hiks :)


nih malam tadi. temankan Alya buat homework. selalunya dia tunggu papa balik tapi since papa balik pon dah lewat so mama kenalah teman and tolong buat homework. masalah besar bila mama kena tolong anakanda buat homework ialah mama nih macam singa terlepas kandang. garang nak mampuih. selagi tak siap jangan harap kau boleh tengok tv. pastu guna pembaris pon lemah gemalai, padahal dah bagi makan nasi before buat homework. pastu mulalah tersengguk-sengguk menahan tangis sebab mak macam singa. maknya pulak bak kata papa; macam mengajar anak esok nak masuk U!

hish stress mak nak mengajar budak 5yrs buat homework. dalam pada kena marah kena tunjal manja kepala tu, siap juga 5 muka surat homework. gila banyak homework budak sekarang. tu baru 1 buku, ada 2 buku lagi nak kena buat. and reading book kena bukak juga. haihhh dasat pre school sekarang ya. takpe, janji anak mama pandai, esok pagi-pagi boleh terus register MRSM haihhh sengal :)


sian dia, asik kena tengking kena jerit kat mama. so mama mengakulah mama tak boleh dok ajar dia. mama nih kurang kesabaran, sebab tu mama tak jadi cekgu hiks. lain kali papa kenalah take turn ajau anak ye :)


mama love you sayang .. :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...