Thursday, March 7, 2013

Pencinta makanan :)

Salam. Hari ni hari malas. semua malas. gara-gara pinggang start cramp. bila dah cramp satu haper tak jalan. malam tadi nak masak pon malas. goreng nugget ngan kentang je. pastu bantai tengok Covert Affairs. bila dah habis citer tu mulalah masuk bilik nak baring-baring. Alya datang sambil cakap "mama lupa ke nak masak nasi goreng? saya nak makan nasi goreng telur". :)

wahh kemain order anak dara I nih :). demand juga kekadang. nasib baik juga masa sampai umah petang tu I termasak nasi dulu before naik ke atas. hahaha termasak nasi konon. memanglah plan nak buat nasi goreng tapi bila dah goreng nugget and kentang dah kenyang pulak. pastu I ni selfish fikir perut sendiri je pulak tu. tu yang buat-buat lupa dengan harapan budak nih pon kenyang makan nugget haha walhal budak nih manalah suka sangat nugget tu. so teruslah bangun sambil pegang pinggang sambil jalan pelan-pelan macam nenek-nenek si bongkok tiga :) alahai anak oh anak kesian dia. so tung tang tung tang tumis segala bahan, campak telur sawi taraaa siapp nasi goreng suka hati. nih memang masak tak pedas.

buruk perangai snap picas dalam kuali hikss I kan dah cakap pemalas skangg hehe :)



aha nih lunch tadi. sebab Alya kata lapar nak makan so bawak dia pegi makan dulu. memanglah babysitter bagi dia makan nasi tapi kesian pulak sebab dia nak ikot mama lunch. bawak gi kedai dekat kawasan rumah lama. murah pon murah. sedap, boleh tahan. semalam dah bawak gi kedai kat kampung melayu. tak larat nak gi jejauh, cuaca panas. I kan puteri lilinss hikss :)


nih lunch semalam. I suka kari. so semalam makan kari ayam. sedap. Alya macam biasa makan sup ayam. sekurang-kurangnya dia kenyang, sebab kat school pon dah bagi bekal roti dan air oren pastu bagi sekotak susu and cereal.


yes, cuaca sekarang memang panas. dah seminggu kot. malam-malam memang rasa nak tido bogel je ahaks. kipas dah cuci bersih-bersih pon panas lagi. aircond? waaa semput ler hari-hari guna aircond. bukan je tak bagus untuk kesihatan malah tak bagus untuk poket I ahaha :)

so, asyik mengulang minum nih je la skang. sedapp. sejukkk. I selalu minta extra gula batu. dah jadi one of favourite plak dahhh :). nih masa lunch di Sg Buluh ari tu. memang cukup lengkaplahh ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...