Tuesday, March 12, 2013

Balik kampung ..

Salam semua readers. Uolss sihat kah? semoga sihat dan gembira selalu. ecehhh macam dalam karangan darjah enam plak hehe. I baru masuk ofis hari nih, semalam cuti. Saja amik cuti, nak rest kat kampung. Balik Kuala Pilah Sabtu lepas. seronotnyaaaaaaaaa yeayy :).

Sabtu. nih before bertolak balik. plan nak balik lepas pegi medical check up kat SDMC tapi malas pulak nak pegi. boleh gitew? hehe takpe nanti reschedule aje lew. malas pulak nak bergegas pergi then nak shoot balik kampung lepas tu. ekceli hati dah sampai kampong hehe. yelah dah 3 bulan tak balik jengok mak. ghindu taww :). dapat call je hari-hari. anak manja katanya kann :)

Alya tunggu mama loading baru dalam kereta. balik berdua tapi beg sampai 4 bijik hehe :) kalo boleh semua nak dibawak balik kampong ahaha :)


bye flowers, plants mama. take care urself ya cuaca panas sangat sekarang. siram siap-siap konon buat bekalan sepanjang 3 hari takde kat rumah haha lupa nak pesan kat hubby suh siramkan. tapi rasanya dia siram lew sebab bila sampai sini semalam tengok rumput pon dah siap di potong hehe tengkiu hubby :). suka tengok plants yang segar nihh .. skang rabbits dah tak boleh masuk sebab pagar dah seal wakaka. padan muka rabbits yang suka makan pokok bunga. bukan takat bunga tapi daun-daun juga. geram tau. kalo sikit takpe nih sampai gonjeng pokok-pokok bunga I. haihh asik nak menukar bunga je amboi ingat I nih takde benda lain nak mikir? err ramai juga owner lain yang marah kat tuan punya rabbits nih tapi tuannya macam takde feeling, biarkan je rabbits berkeliaran. nasiblah rumahnya row lain, kalo same row memang I tak hingin nak mengaku neighbour hehe sori emo sket :)


kami gerak dalam pukul 11 pagi. singgah petrol station, singgah myden, singgah sana sini tengok-tengok dah pukul 1 petang. haihss punya nak cepat tengok pukul bape baru nak masuk highway? haihhh :)

sepanjang perjalanan di Highway ELITE, hujan lebat. Alya dah lena. hemm kali nih balik berdua aje ngan Alya. ehh dah biasalah balik berdua, dah biasa long journey dengan Alya. hubby sibuk, Sabtu balik tengah malam so tak koser nak menunggu dia. lagipon dia kata okay je kalo I nak balik kampong ngan Alya jika larat drive. kalo drive takat 2 jam okay lagi, tapi kalo long journey 8 jam memang tak dapeklah ye :)

setakat 2-3 jam journey ngan Alya nih since dia baby lagi so far takde masalah Alhamdulillah. bukanlah nak poyo sebab boleh independent tapi sebab dah biasa dengan this situation kanns :) Alya memang dah faham, once mama drive jangan kaco. pepandailah dia buat aktiviti sendiri. kadang dia buat coloring works, pastu painting pastu makan. dah kenyang dah letih dia pandailah tarik bantal terus tidooo :) haha :). thank you sayang to be a good girl :)



singgah Petronas R&R arah selatan. perut lapo plak sebab tadi breakfast karipap ngan kentang goreng je. wahh tekak kemain. oleh kerna Alya sleep lagi so singgah drive thru Dunkin Donut je la. hishh dah lama tak singgah so tengok donut macam ok so amik 6 biji. pastu order tuna and coffee latte. tuna ok sedap diaorang lupa panaskan kot. hemm rasanya Dunkin Donut nih kena improve or rebranding lew. kena competetive ngan others donuts ;) . bolehlah buat alas perut sebelum sampai kampong :).


Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kampung dalam pukul 3 petang. hari hujan renyai-renyai. mak dah siap masak. hari nih ada kenduri makcik sedara sempena cucunya nak ke India sambung study in medic. tapi dah lewat sangat sampai so tak pergi pon just lalu angkat tangan je hikss ;).

duduk hilangkan penat sekejap. pastu terus masuk dapo. hehe mak dah janji nak masakkan lauk kegemaran I. apalagi kalo bukan ikan semilang salai cili api. fuhhhh perut memang lapo apatah lagi hujan pulak. memang tak pandang kiri-kanan dahhh :)


see .. u see .. perghhhhhhh .. please nak lagi makkk :) sedapnyaaaaaaa :) kali nih ikan semilang campur pucuk ubi. mak kata belimbing buluh or rambai dah abis musim. kalo tak lagi sedap. bacang pon takde skang. huishh sambil menaip nih teringat-ringatt dahhhh :)



tu lauk kenduri, rendang ayam kampung ngan masak rempah terung. tapi I tak usik pon. I makan gulai ikan semilang aje hehehe. yang goreng ikan semilang kunyit tu untuk Alya takut dia takmo makan pedas. dia pon cakap sedapnya fish uwan masak hehe :)



Ahad. mak masak gulai cendawan busut. rezeki kot kebetulan ada tumbuh kat belakang rumah. *mana-mana editor or reporter sila jangan curi gambo nih* hahah nih warning sebab daha nih  pernah jadi sebelum nih. nak gambo nih sila lah minta dulu ya :) ahaha poyo ke? bukan poyo tapi hak I sebagai empunya blog nih. even skang I tak letak watermark but silalah hormati empunya blog and gambar :) tq.


pastu goreng pulak ikan semilang. wahh menu semuanya ikan semilang. mak dah beli 5 kg siap-siap sempena kepulangan anakanda terchentaaa nihh hehe :) yang ni memang I masak. buat pedas-pedas fuhhh. mak yang tinggal sorang-sorang kalo selalu makan nasi sikit je tapi since anakanda terchenta balik, wahhh siap bertambah-tambah lagi makan. kesian mak, kalo la dia nak stay ngan I kan best. tapi banyak sangat alasan dia, rumah tinggal ayam tinggal kambing tinggal ehh memang susah lah dia nak tinggalkan rumah lama-lama. kalo datang pon takat 2-3 hari aje mana la puas cucu nak bermanja kann :)


nahhh penutup entry makan-makan and balik kampongss .. mak ulang masak semalam. sebab cendawan memang banyak. siap tapau bawak balik sini and mak kirimkan untuk anak bujangnya pulak. sedapnyaaa gulai nihh terkenang-kenang dah nihh .. tak sabar tunggu mak datang sini minggu depan time cuti sekolah yeayy :))


ok bai .. nak dok merenung gambo makanan nih puas-puas jap haha :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...