Salammm .. salam cuti sekolah hehe. cuti sekolah seminggu kan? ehehe almaklom I ni first time sebok2 amik tahu jadual persekolahan anak. cumanya Smart Reader nih ada cuti yang tak seragam dengan sekolah kebangsaan so kena alert tengok jadual. kali ni jadual cuti persekolahan Smart Reader sama dengan sekolah kebangsaan so maknya taklah confuse. sebab mengikut jadual persekolahan yang diberi oleh teacher Smart Reader, memang ada cuti yang tak sama so yang tu kenalah amik tahu kang kesian Alya beria cuti sekali sekolahnya elok je bukak ahahaha :)
anak I nih kesian sangat-sangat. kesian sebab cuti ni takde langsung mak apaknya plan nak bawak ke mana. Legoland ka kidzania ka picnic ka semua tarak. maknya okay lagi boleh je berjalan sikit-sikit tapi apaknya busy mengalahkan Najib PM. Najib pon ada masa gi oppagangnam style kann hahaha. ni apaknya langsung takde masa. kesian anak.
kelakar and sedih juga masa sembang ngan Alya Sabtu lepas. masa ni siap-siap nak gi IKEA. biasalah maknya, tu je tempat yang suka pegi. haha.
Mama: Alya, now school holiday for a week. do u want go anywhere?
Alya: IKEA should be okay. ahaa SOGO pon okay sebab ada playroom. :)
Mama: sob sob sobbbbb cry cryyyyyy :(((
see, budak kecik tu tak sebut pon nak gi Port Dickson mandi laut or Legoland or Genting Highlands. tapi IKEA, Sogo aje dalam kepalanya. kesiannnnnn ni semua ikot habit maknya suka shopping kennns :)) tapi in seriously I'm sad :( nih dok mikir nak bawak dia ke mana.
bila tanya sekali lagi, let say nak gi jalan-jalan Alya nak gi mana?
Alya: mama, kita tak pegi Disney pon? jom la maaa
Mama: wakakaka :D pingsaaaaaaaaaaaaaaann .. ingatkan tak demand budak nih. sekali tanya dah nak ke Disney plakkk wakaka
So Sabtu lepas, I bawak Alya ke IKEA. baru teringat IKEA sale last Ahad, 24hb. so kena juga pegi kalo tak pegi hati gelisah wakaka. dah plan nak beli apa, bajet pon dah buat awal-awal sebab time ni gaji belum keluar lagi. hishh apasal lambat sangat gaji time cuti sekolah nih kann? haha tetiba :)
parking takyah cite, penuh. stress mencari parking lastly stop kat tepi tunggu je la kot-kot ada yang kuar hehe. dah tu parking special for parents and kids dah kena rembat kat orang bujang, sengal betul. takde sivik. hishh geram. nasiblah dapat juga parking lepas tunggu hampir 5 minit. round-round dalam IKEA sementara nak tunggu turn Alya dapat masuk ke playroom 5.30pm. sebab dah janji kan nak bagi dia main dalam tu so kenalah tunaikan juga. even maknya kena beratur dekat setengah jam, sampai bengkak kaki maknya takpe sayang ;)
sambil Alya join playroom, I naik atas order makanan. dah lapar gila maklom makan time lunch tadi je. ni dah pukul 6 petang gila tak lapar. kebetulan terjumpa kawan forum, Julia. so lepak makan and sembang-sembang sambil gi amik budak comel tu kat bawah. dah sejam main, dia pon dah lapar and haus.
I order almond cake. RM5.00 sahaja. sedap.
yang ni a must order. wajib makan. tak dapat meraung hentak kaki kihkihkih. meatball 10 bijik share. sedap.
my princess ni macam biasa makan salmon. bagus, senang maknya order tak banyak songeh. kenyang pon kenyang. kalo bab makan, mak memang sporting. makanlah nakkk :)
I love you sayangg :))
pastu sambung carik barang lagi. kali ni ada juga barang yang tak dapat. sebab dah abih stok uwaa keciwaaaa sangat rasa. hishhh macam manalah I boleh terlepas pandang lastweek masa pegi beli storage boxes Alya? hishhhh menyesal nihhh :((
kali ni belikan boxes untuk baby A pulak. tengok warna pon rasanya ada yang boleh teka gender A apa kan? hehe Insyaallah :)
pastu terjumpa idaman hati dari last year lagi. sanggup berpusing naik atas masuk ke kitchen cari benda nih. benda nih I guna letak segala tok nenek sos, kicap, sos tiram bla bla kat kabinet dapo. maklom kitchen kabinet I kan comel so kenalah cari bekas yang comel juga kann hehe. nanti I snap gambo setelah letak botol-botol sos kicap semua tu ya :)
dah kemas sebahagian barang-barang newborn kat bilik bawah. masih ada beberapa barang belum beli lagi, ingat minggu nih baru nak beli. ada terjumpa voucher Jusco dalam RM50 belum guna yeaaaa jom ke JJ plaks kihkihkih :)
lepas settle semua, terus balik sebab dah malam masa nih. Alya pon dah letih, tido dalam kete on the way balik. tapi sampai je umah, bukak gate dia memang rajin sayang anak mama. pastu terus keluar perintah berbunyi:
Alya: mama, masak nasi ya. saya lapar.
wakaka tengokkkk, cemana nak cakap tidak? anak kesayangan request nak makan nasi even dah pukul 10 malam masa nih. ko mampu? merangkak kaki bengkak pon I still masuk dapo hokkayyy .. masak sempoi pon jadi. janji ada telur ngan kicap hehe :) tapi mana sampai hati kann? buat juga sup suhun kegemaran Alya buh kentang. pastu goreng sawi pedas untuk apaknya. merangkak pon I rela asalkan dorang makan and kenyang perut before tido. I love you all :)
No comments:
Post a Comment