Jumaat lepas, tiba-tiba gatai tangan klik web IKEA. nampak sangat kemaruk nak pegi, dah 2 bulan kot tak jejak sana. kebetulan Jumaat petang tak hantar Alya ke rumah babysitter, bawak dia mai ofis sebab hari Jumaat macam lengang je ofis so bolehlah dia ikot mama. Mama plak macam malas nak hantar sebab tak larat nak turun naik tangga hehe. "biasalah mama kan pregnant" kata Alya ;)
So dok klik klik plan nak beli storage box untuk wardrobe Alya. wardrobe dah sampai, tapi macam kena beli box or basket or whatever nak simpan baju-baju kat bahagian bawah. untuk hanger memang dah siap gantung cuma yang kena lipat tu memang fikir nak beli storage box. kat dalam bahagian drawer pon nak letak box juga cuma kena plan nak yang macam mana. sebab kalo jumpa kat biasa, macam tak cantik plak box tu pastu ukuran macam tak ngam. konon nak yang cantik yang hover saja mak Alya nihh :) tapi bila tengok kat kedai biasa, storage box yang kodok pon mahal jugak. takde yang 5 hengget, semua main belas-belas puluh-puluh. iskk takdelah hover sangat lawa tapi mahal kemain. so alang-alang mahal nak cantik nak hover baik beli hat IKEA jer hiks :) banyak sangat alasan walhal hati memang ingat IKEA je kann :)
so I pon google. Antara yang I aimed nak beli. mesti beli. takmo terbeli yang lain. kang bajet menipis kihkihkih :)) dah selalu gitew.
pink. wajib. must buy. tak dapat, nangis hentak kaki :)
then, nih. wajib. must buy. tak dapat, hentak pala. gila.
and, yang nih. wajib. harus. takde, meraung pengsan. sengal. hehe.
last and not least. yang ni jugak. wajib. tak dapat, confirm jalan seret kaki terus balik. haha.
and, this is a must. gila pegi IKEA tak makan nih. rugi. tak gila pon tapi mesti terliur. sila beratur sampai kejang otot kaki kehkehkeh. tapi last Friday, tak beratur panjang pon. maybe pegi lepas office hour. so takdelah ramai sangat orang. and meja pon senang je dapat. takdelah kena buat muka kesian baru dapat duduk hikss.
salmon ni order by Alya. everytime pegi kalo tanya dia nak makan apa? salmon. takyah tanya banyak kali kang dia pekik kuat-kuat SALMONNNNN :). dia memang suka salmon. biasalah, kalo dah diajar sejak kecik kann? I kadang-kadang annoying juga dengan mak pak yang tak penah bagi anak makan salmon, bila tengok Alya makan salmon mata terbuntang macamlah Alya tu makan jerung. hello, sila baca tentang kebaikan ikan mahal nih okehh. I ajar Alya makan ikan ni sebab bagus untuk otak, omega 3. macam juga kembung yang ada protein. so takyah lah buat muka macam nak muntah kalo tengok anak I makan salmon hiiiii :(( annoying! mahal murah is different angle right. peace yoo ;)
yang nih untuk I. sorang. 10 ketul. RM9 hengget sebab guna family IKEA card. untungler seringgit setengah dari harga biasa. hehe. Alya makan sket je, 2 ketul kot selebihnya mama yang santap.
ahaaa semua idaman hati di atas I dapat beli. Alhamdulillah stock banyak and senang cari takdelah terkial-kial seret kaki gi merata mencari. mula tu nak juga tanya kat orang yang angkut benda ni masa kat kaunter bawah. tapi I relaks je, dalam hati nanti cariklah, mesti ada punyaaa :)
4 benda wajib nak dibeli completed. pastu gatai tambah towel kecik ngan pasu hiasan. gila tak beli pasu hanya RM2.90 harga member. nampak urban so kena beli sebelum menyesal mimpi-mimpi di malam hari hehe. pastu beli juga bunga sebagai tambahan. mesti beli kang sakit kepala mikir menyesal tak beli. bukan mahal pon takat 3-4 hengget tu haha.
okeh sekian entry IKEA yang tak plan nak pegi tapi terpegi. habis RM100. kalo tak pegi abes gak duit kihkihkih.
2 comments:
wellll...
duta ikea kan kak mah..
hehehe
biasalah. kata nak urban. beli kat kedai ah peng macam tak cantek je storage tu hahaha.
Post a Comment