Thursday, March 14, 2013

Kembang mekar harum ehh :)

Salam uolss .. dah breakfast kew?

Semalam lepas amik Alya kat school terus shoot ke klinik. sebab nak amik check BP. terasa kepala berat je and perut sakit. kebetulan Dr Linda, O&G ada so mintalah dia buat scan and check up terus. sebab utamanya last week appointment dengan Dr Siti tapi tak pegi, I balik kampung kann. so semalam jumpa lagi budak kecik tu hiiiii dah makin besar, berat pon naik. berat baby berat mak baby hehe. Alhamdulillah baby sihat. cuma uri still kat bawah - lower segment. sekarang dah 25weeks. harap-harap selepas 28 weeks keadaan uri akan berubah dan back to normal position. sakit tak payah cakap, memang sakit. kalo duduk or jalan lama-lama memang menderita I haha tapi I kan kuat macam ultraman so tahan aje la sementara waktu nih :). demi Ahmad hehe :) Insyallah :)

so semalam dapatlah MC sebab doc suruh rest je, BP naik sikit maybe sebab penat. apalagi, terus baliklah tak koser nak dok opis haha. boss pon faham keadaan sekarang nih. tapi sempat juga menyimpang ke lain. kata BP naik kan, kenalah cool down dulu. so for stressless I suka pegi nursery. Nursery kat Kota Damansara. nasiblah Alya tengah tido masa sampai ke sini. so cepat-cepat pilih bunga and apa yang nak dibeli, then shoot balik rumah. cuaca panas terik haihhh :)

memang cool aje tengok bunga-bunga nih. hati panas pon jadi sejuk, cair. lagi best kalo tengok bunga or pokok yang ditanam menjadi, hidup subur. Alhamdulillah. skang hormon menanam makin menjadik-jadik. kalo boleh tanam hari ni esok dah jadi satu mini garden wahh hover :) I kan jenis kurang sabar. semua nak cepat ehh :))


ni gambo lastweek before balik kampong. nih kat area anjung porch aje. skang dah tanam pokok telinga rabbits kat sudut pagar and tepi pagar. tak sabar nak tunggu beso. nanti I update okay. antara bunga-bunga nih ada yang I beli kat IKEA, bunganya boleh tahan, hidup lama dan elok bakanya. nanti nak pegi IKEA nak cari ada satu bunga tu, memang teringat-ingat. murah pulak tu :) eh jomm gi IKEA :))


Malam. masak simple aje. Alya macam biasa, janji ada kicap ngan telur. tapi I dah cakap kat dia, kena selang-seli dengan fish, ayam or telur. takmo lew makan telur saja kann :). dia okay terutama bila I kata nanti I goreng salmon, her favourite :). goreng sempoi je. ingat nak baked guna kuali ajaib tapi maknya tak RAJIN plak hikss :).


pastu buat sambal ayam. masa ke klinik semalam, sempat singgah Myden so bolehlah pilih ayam. I suka beli ayam yang dah siap potong tu so bolehlah pilih part mana yang kita suka. kalo beli seekor confirm ada yang tak makan part tertentu kann? so beli paha or ribs aha confirm laku. kepak pon beli juga. nanti boleh goreng. yang ni memang goreng extra sebab nak bawak bekal ofis. dah abih licin pon breakfast tadi, laparrrr hehe :). sedap pulak sambal nih ecehehehe puji sendiri nampakkkk :))


ehhh tembammmnyaa :). hai, nih la empunya blog. latest picas, yang semakin hari semakin kembang mekar. hehe :) kena letak pictures kecik je kang terkejut pulak korang kehkehkeh :))



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...