Wednesday, March 27, 2013

Poor my little girl ..

Salammm .. lambatnya check blog hari ni. apa taknya, masuk pon lambat haha. kebetulan jiran kat rumah meninggal dunia malam tadi so pagi ni dikebumikan. I singgah ziarah sekejap but hubby stay and siap follow ke masjid untuk solat jenazah. since pindah sini dah 2 orang jiran kami meninggal dunia, kedua-duanya jiran yang dah pencen. ehem memang ramai veteran yang stay sini. kebanyakan memang beli rumah semi d or banglo and menetap selepas pencen. barisan rumah I je yang agak muda-mudi ahaks sempat lagi tu ehh :) Al fatihah untuk Hj Md Zain, imam di surau fasa kami. sempat mengenali arwah malah beliau pernah datang ke rumah semasa bacaan Yassin ketika kenduri pindah masuk rumah dahulu. Al fatihah :(

oh ya, hari nih my princess macam okay sikit moodnya. semalam memang moody. dia takmo ke rumah babysitter, nak dok rumah saja tengok cd or cartoon. amboi macam mak ko nih tak keje ye? sesuka hati nak keje ke tidak aje. ehh.

kesian dia, bosan cuti tak ke mana. Ana, kawannya yang jiran sebelah kanan baru balik bercuti di Cameron Highlands. Amar, kawan jiran sebelah kiri baru balik dari bercuti juga. so, Alya? dia takde ke mana so tak boleh nak bercerita. kesian kamu sayang :(. takpe, I'll make it for you this coming Friday till Sunday yaa :))

sementara tunggu Jumaat ni, marilah buat aktiviti sendiri dulu. antaranya coloring :). Alya memang suka coloring. I suka tengok dia mewarna sebab kemas dan tak comot. budak-budak suka dipuji so I tak lokek nak puji dia abis-abisan bila dia tunjuk hasil mewarna tu. memang cantik. mungkin budak perempuan cermat mewarna tak ganas kot. good girl. lagi semangat mama nak belikan new coloring books untuk awak ye sayang :)

ok, sekian cerita my princess :) *tengah mikir plan for this coming Friday yeayyyy*

Tuesday, March 26, 2013

I love food, food love me too .. again :)

Tak sah kalo sehari tak cakap pasal makanan. pastu kalo tak upload gambau makanan jiwa resah aje gitewww hiks :))

hari ni sebok betol sebab semalam I mc, batuk semput semua ada. amik nebuliser 2 kali semalam nyaris-nyaris admit tapi I try to avoid. kesian anak kesayangan kalo maknya admitted. abih, dia nak tinggal ngan sape kalo maknya dok sepital? dah la time cuti sekolah. lagi kesian. takpelah, I try jaga myself sebaik yang mungkin supaya getting better, not worst. batuk semput nih macam dah sebati so I tahu I kena elakkan ais, cuaca terlampau panas and aircond. Insyaallah will be better. doakan I cepat sembuh ya. nak makan singular memang tak berani sebab dok mikirkan baby. kesian dia sebab maknya makan ubat banyak sangat.

Jumaat lepas, balik awal. sempatlah singgah kedai runcit. perut lapar. teringat nak masak gulai lemak cili api. beria beli ayam. balik siap salai ataih dapo. puas akak mengelap lepas tu haha. ehh gambo takde? hish mana pulak akak letak gambo ayam salai atas dapo? nanti akak carik. benornya salai akak yang hat besi tu dah hilang masa pindah. so kenalah kreatif sikit gunakan apa yang ada janji boleh salai ayam. salai kejap aje, asal kuar minyak dah kira jadilah tuuu :)

senang sangat nak menggulai ayam nih. buh kentang. buat pedas sikit fuhhh terubat rindu nak makan masakan mak :)



pastu terliur tengok orang dok post gambau kek kat fb. tak cukup makan sepotong kat IKEA terus call faveret bakery I, kak maiza. nasib dia ada buat extra moist chocolate cake. tengah malam buta gi amik hahaha gila kan kalo orang terliur nih. kalo tak dapat boleh menangis sedu sedan youuu :)


aha nih semalam dapat. kiriman dari Bandung. patutnya I ke Bandung hari nih. hari nihhh yeayyyy tapi apakan daya takde rezeki. so kawan yang ke sana bermurah hati tolong belikan. ada 2 trip ke sana. 1 trip Jumaat lepas. and 1 trip lagi sepatutnya I la ke sana hari nih. uwaaaaaaa rindu Bandungggg :((( sob sob sobbb :((

Seminggu cuti sekolah kann :)

Salammm .. salam cuti sekolah hehe. cuti sekolah seminggu kan? ehehe almaklom I ni first time sebok2 amik tahu jadual persekolahan anak. cumanya Smart Reader nih ada cuti yang tak seragam dengan sekolah kebangsaan so kena alert tengok jadual. kali ni jadual cuti persekolahan Smart Reader sama dengan sekolah kebangsaan so maknya taklah confuse. sebab mengikut jadual persekolahan yang diberi oleh teacher Smart Reader, memang ada cuti yang tak sama so yang tu kenalah amik tahu kang kesian Alya beria cuti sekali sekolahnya elok je bukak ahahaha :)

anak I nih kesian sangat-sangat. kesian sebab cuti ni takde langsung mak apaknya plan nak bawak ke mana. Legoland ka kidzania ka picnic ka semua tarak. maknya okay lagi boleh je berjalan sikit-sikit tapi apaknya busy mengalahkan Najib PM. Najib pon ada masa gi oppagangnam style kann hahaha. ni apaknya langsung takde masa. kesian anak.

kelakar and sedih juga masa sembang ngan Alya Sabtu lepas. masa ni siap-siap nak gi IKEA. biasalah maknya, tu je tempat yang suka pegi. haha.

Mama: Alya, now school holiday for a week. do u want go anywhere?
Alya: IKEA should be okay. ahaa SOGO pon okay sebab ada playroom. :)
Mama: sob sob sobbbbb cry cryyyyyy :(((

see, budak kecik tu tak sebut pon nak gi Port Dickson mandi laut or Legoland or Genting Highlands. tapi IKEA, Sogo aje dalam kepalanya. kesiannnnnn ni semua ikot habit maknya suka shopping kennns :)) tapi in seriously I'm sad :( nih dok mikir nak bawak dia ke mana.

bila tanya sekali lagi, let say nak gi jalan-jalan Alya nak gi mana?

Alya: mama, kita tak pegi Disney pon? jom la maaa
Mama: wakakaka :D pingsaaaaaaaaaaaaaaann .. ingatkan tak demand budak nih. sekali tanya dah nak ke Disney plakkk wakaka

So Sabtu lepas, I bawak Alya ke IKEA. baru teringat IKEA sale last Ahad, 24hb. so kena juga pegi kalo tak pegi hati gelisah wakaka. dah plan nak beli apa, bajet pon dah buat awal-awal sebab time ni gaji belum keluar lagi. hishh apasal lambat sangat gaji time cuti sekolah nih kann? haha tetiba :)

parking takyah cite, penuh. stress mencari parking lastly stop kat tepi tunggu je la kot-kot ada yang kuar hehe. dah tu parking special for parents and kids dah kena rembat kat orang bujang, sengal betul. takde sivik. hishh geram. nasiblah dapat juga parking lepas tunggu hampir 5 minit. round-round dalam IKEA sementara nak tunggu turn Alya dapat masuk ke playroom 5.30pm. sebab dah janji kan nak bagi dia main dalam tu so kenalah tunaikan juga. even maknya kena beratur dekat setengah jam, sampai bengkak kaki maknya takpe sayang ;)

sambil Alya join playroom, I naik atas order makanan. dah lapar gila maklom makan time lunch tadi je. ni dah pukul 6 petang gila tak lapar. kebetulan terjumpa kawan forum, Julia. so lepak makan and sembang-sembang sambil gi amik budak comel tu kat bawah. dah sejam main, dia pon dah lapar and haus.

I order almond cake. RM5.00 sahaja. sedap.



yang ni a must order. wajib makan. tak dapat meraung hentak kaki kihkihkih. meatball 10 bijik share. sedap.


my princess ni macam biasa makan salmon. bagus, senang maknya order tak banyak songeh. kenyang pon kenyang. kalo bab makan, mak memang sporting. makanlah nakkk :)


I love you sayangg :))

pastu sambung carik barang lagi. kali ni ada juga barang yang tak dapat. sebab dah abih stok uwaa keciwaaaa sangat rasa. hishhh macam manalah I boleh terlepas pandang lastweek masa pegi beli storage boxes Alya? hishhhh menyesal nihhh :((

kali ni belikan boxes untuk baby A pulak. tengok warna pon rasanya ada yang boleh teka gender A apa kan? hehe Insyaallah :)





pastu terjumpa idaman hati dari last year lagi. sanggup berpusing naik atas masuk ke kitchen cari benda nih. benda nih I guna letak segala tok nenek sos, kicap, sos tiram bla bla kat kabinet dapo. maklom kitchen kabinet I kan comel so kenalah cari bekas yang comel juga kann hehe. nanti I snap gambo setelah letak botol-botol sos kicap semua tu ya :)


dah kemas sebahagian barang-barang newborn kat bilik bawah. masih ada beberapa barang belum beli lagi, ingat minggu nih baru nak beli. ada terjumpa voucher Jusco dalam RM50 belum guna yeaaaa jom ke JJ plaks kihkihkih :)


lepas settle semua, terus balik sebab dah malam masa nih. Alya pon dah letih, tido dalam kete on the way balik. tapi sampai je umah, bukak gate dia memang rajin sayang anak mama. pastu terus keluar perintah berbunyi:

Alya: mama, masak nasi ya. saya lapar.

wakaka tengokkkk, cemana nak cakap tidak? anak kesayangan request nak makan nasi even dah pukul 10 malam masa nih. ko mampu? merangkak kaki bengkak pon I still masuk dapo hokkayyy .. masak sempoi pon jadi. janji ada telur ngan kicap hehe :) tapi mana sampai hati kann? buat juga sup suhun kegemaran Alya buh kentang. pastu goreng sawi pedas untuk apaknya. merangkak pon I rela asalkan dorang makan and kenyang perut before tido. I love you all :)



Thursday, March 21, 2013

I love to eat. Eat love me too hikss :)

Hari ni ada Partnership Programme di sales gallery Denai Alam. I tak terlibat secara langsung, di sebalik tabir je pon. Boss dah remind to join them so I pergi jugaklah hampir waktu lunch. ikutkan kenyang lagik makan breakfast pagi tadi, nasi lemak feveret hehe. tapi bila teringat hari ni ada kambeng golek wahhh mana tahan dongg .. memang kena pegi menyebok juga isi perut haha.

nasiblah dah tak ramai guest kat sana so boleh makan dengan senang hati and boleh menambah tanpa rasa malu wakaka .. big boss ada tapi nak buat muka selamba je la kannn :) bukan dia marah pon. cuma ada juga staf yang segan nak join elehh oulss gak yang rugi kangg ahaha sape malu-malu perut lapo lew :) I muka tak malu ehh :)

jom tengok abang kambeng yang hensem dan lazat :) campur sket fish fillet ngan chicken cop. amik part yang kecik-kecik je.

lamb juicy, melting and fresh. baru siap bakar. dapppp :) baby A mesti suka sebab dia asik menendang je time mama makan. suh amik lagi dan lagi dan lagiiii kikikiki :)



pastu I amik shrimp and salad. sedap. salad je macam masam sikit. spoil jer. hishh :)


pastu amik rojak buah. buah jambu ngan mangga. perghh sedapnya kuah rojaknya. buh kacang lebih sikit umphhh :).


pentamak. yang pinggan kedua hikss :). makan selagi perut lom penuh. kalo penuh, sumbat juga. kata pentamak. makan kenyang-kenyang, malam boleh diet ehh hahaha :)



nih nasi lemak, makan breakfast pagi tadi. dah basi baru ingat nak upload haha. sedap. ayam juicy kegemaran, sambal kerang pon maveles. semua sedap. Alhamdulillahhh :) nikmatNya yang tidak mampu kudustakan ehh macam ayat sastera jekk :)


taraaaaaa comel tak comel takk hikss :) muka selepas kekenyangan makan, perut pon penuh, suka hati. debab dan tembam. hidung pon macam kembang buah jambu kann?? adakahh?? ehh hahaha :)

Wednesday, March 20, 2013

Nasi lemak :)

Assalamualaikumm semuaaaa .. :D
dah breakfast ke uolss? semalam rasa macam ada topik pasal breakfast kat Hot.fm. tak silap la. sebab I dah lama tak dengar radio, radio dalam kereta rosak kikiki. nak dengar kena on kat note je.

yep, breakfast memang penting untuk kesihatan. sebab kita akan bekerja or belajar or buat aktiviti atau apa sajalah. breakfast sebagai makanan pembuka hari kita. tak kisah samada heavy breakfast or light breakfast. ada yang makan nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuih-muih, roti, quaker oat atau sekadar milo panas dengan biskut lemak. kalo yang berdiet confirm amik light breakfast tapi full of energy contoh quaker oat. atau cereal. betul tak?

macam I yang gemok ni, tak cukup cereal tu. kena makan nasi lemak 7 pinggan. ehehe tipu. kalo ikotkan I jarang makan nasi lemak. I makan nasi lemak tapi sesekali ajelah. uolss pon boleh check kat blog ni, agak jarang I letak gambo seksi nasi lemak kan? ada tapi jarangggggg :). sebab? sebab I takut mengantuk. pastu takut sakit perut makan sambal pagi-pagi. betul, tak tipu.

I selalu masak or beli; bihun/mee goreng. tak caya? silalah backlog blog nih kalo tak caya. tapi nape I gemok jugak? haha klise. makan nasi lemak boleh gemok? boleh kalo makan 7 pinggan setiap hari.

okay, hari ini I teringin nak makan nasi lemak kat gerai kegemaran. rasanya dah 5-6 tahun membeli di gerai ni. sedap dan murah. and I kenal tukang masaknya. pakcik bekas askar. patutlah masak sedap :)

hari ni beli seketul ayam, 3 sudu kerang dan ulam - RM5.00. murah ke mahal kalo gini? murah la kot. and sedappp. burpppppppp Alhamdulillah :)) hari ni heavy breakfast so lunch hour tak perlu keluar makan. sebab petang ni 2pm sehingga 5.30pm ada workshop so confirmlah ada makanan yang akan disediakan. see, well planned kan I? haha :)


kadang-kadang read; kadang-kadang I beli juga kuih-muih tradisi. tukar selera pulak. pon sedap juga. yang ni kalo makan memang kenyang sampai tengahari juga. teh o suam jangan lupa. woww :)


yeahh nih muka orang gemok yang makan 7 pinggan nasi lemak. sebab tu gemok hiks :) gambo kena letak kecik, kang uolss terperanjat monkey kangg :))

Tuesday, March 19, 2013

Harrods with love :)

Ahaa menayang satttt .. dah lama peram picas nih baru terjumpa dalam folder. I kan pelupa. beria upload pastu lupa. kalo gambo makanan confirm tak sabau nak letak dalam blog ehehe eh I kan pencinta makanan :) mestilah kannn :)

Beg, t shirt Harrods pemberian makcik I yang ke sana December lepas. baru dapat tengok masa balik kampung baru-baru nih. makcik I ke sana sebab my cousin bersalin and convo. skang dah selamat pon balik sini. her baby pon dah 4 months.

thanks to makcik yang ingat juga nak belikan souvenir dari sana. dia bukan kaki shopping so takyahlah nak kirim apa-apa designer beg ka baju ka takde makna hahaha. yang dia bagi ni pon kira dah bersyukur tadah tangan dua-dua belah haha :). perfume pon ada tapi tu cousin yang belikan masa dia balik bercuti Jun tahun lepas, tak sempat snap dah abis guna kehkehkeh jakun. sana memang syurga membeli-belah terutamanya selepas Krismas. apa ke nama Boxing Day? murah gila. makcik ni rasanya pegi boxing day kot. tak ingat plak details sebab masa tu lost contact. harapkan fb cousin je kot nak mengirim apa-apa.

t shirt nih untuk Alya, muat-muat comel aje dia pakai. raya bolehlah melaram t shirt Harrods, tayang kat orang kampong, ko hader? takde? diamm arghh hikss :)

yang beg ni plak ala ala tote bag. bolehlah melaram gi pasar malam ke sepital ke or balik kampong. orang kampong mana ada bag cap Harrods. ada ke? haha gila jakun I nih.


aha coming this September, my cousin akan ke sana semula untuk her husband's convo so dah berangan nak kirim something. so kenalah simpan singgit sari mulai sekarang hahaha :)

Monday, March 18, 2013

Follow up at SDMC

Sabtu lepas. ada appointment dengan physician kat SDMC. patutnya lastweek tapi malas pulak nak pegi sebab masa tu hati beria nak balik kampung. so kensel sesuka hati je appointment. mesti doc tertanya-tanya mana la si patient sorang nih tak datang-datang nih hiks. alah, macam la I sorang je patient dia kann :).

kat SDMC, I berjumpa dengan Dr. Haji MA Sidek Nontak. dah hampir 2 tahun refer to this doctor untuk penyakit asma dan darah tinggi. Dr. Sidek boleh dikatakan mudah untuk buat appointment, tak perlu tunggu hampir sebulan macam gynea hehe. and, Dr Sidek memang fatherly. very gentle and polite sangat. senang nak bercakap or bertanya segala masalah berkaitan dengan kesihatan diri I. last year refer to him masa I tiba-tiba mengalami high blood pressure lebih dari 3 hari. so bila call SDMC I hilang punca nak jumpa which doctor. selalu jumpa gynea so tahulah nak pilih sape kan? so bila buat appointment, tanya kat assistant tu which is doctor yang okay, dia refer to Dr Sidek so I redha je la haha. sekali bila jumpa oh my god baiknya doctor nih. terus turun blood pressure I, terus ok. aaha tipu. dia buat test, bagi ubat and lastly kena admitted. but yang tu lastly find out because of hormon not stabiled. dulu I dah pernah cerita kan? nanti I carik entry pasal tu. I pon dah lupa.

but, walaupon I dikategorikan tiada darah tinggi tetapi Dr Sidek still insist for monitoring mine tambahan pula dalam masa 6 bulan selepas berjumpa dia, I mengandung. wahh lagilah kena jaga-jaga. so I keep continued makan ubat darah tinggi. but every time checked pressure Alhamdulillah normal, 120/80 its normal.

so last Saturday I jumpa dia and checked everything. okay normal too. dia pon cakap let say after delivered, my blood pressure normal, I boleh stop makan ubat. happy dengar. but, kena jaga berat badan, kena jaga makan-minum. ya penting tu :) baik doktor :)

Inilah Dr. Haji MA Sidek Nontak. I much prefer him now than other doctors. senang nak faham apa masalah kita. and, gentle. :)


lepas jumpa Dr. Haji MA Sidek Nontak, try naik ke 4th floor. sebab appointment dengan Datuk Dr Siti Zaliha Zainal pon cancel lastweek. nah ni rupa doctor yang femes, susah nak buat appointment kena tunggu within 3-4 weeks. melainkan sanggup tunggu berjam-jam silalah walk in hehe macam I. tapi ari tu nasib baik sangat. very the lucky :))



dah try buat appointment before datang but dapat date 6.4.2013 wahh berjanggut nak menunggu. so that day try je walk in mana tau ada lucky. yepp memang lucky sebab dapat juga jumpa beliau around 1pm. tunggu pon around 1 hour je. okay, mak buyung selalu bertuah ye :)

baby okay, berat pon around 900gram at 25weeks. but uri still di bawah - lower segment. and doc kabo baby breech. but she's say dont worry because masih awal lagi.

nih berkenaan baby breech:

What does it mean if my baby is breech?
By around 8 months, there's not much room in the uterus. Most babies maximize their cramped quarters by settling in head down, in what's known as a cephalic presentation. But if your baby is breech, it means he's poised to come out buttocks or feet first.
When labor begins at term, nearly 97 percent of babies are set to come out head first. Most of the rest are breech. (In rare cases, a baby will be sideways in the uterus with his shoulder or arm presenting first — this is called a transverse lie.)
There are several types of breech presentations, including frank breech (bottom first with feet up near the head), complete breech (bottom first with legs crossed Indian-style), or footling breech (one or both feet are poised to come out first).
By the beginning of your third trimester, your practitioner may be able to tell what position your baby is in by feeling your abdomen and locating the baby's head, back, and bottom. About a quarter of babies are breech at this point, but most will turn on their own over the next two months.
As you're approaching term, if your baby's position isn't clear during an abdominal exam, your caregiver may do an internal exam to try to feel what part of the baby is in your pelvis. In some cases, she may use ultrasound to confirm the baby's position.

well, ini peneman setia mama. sanggup bangun awal pagi even Sabtu she boleh bangun lambat sebab tak pegi school kann. love you sayangg .. thanks for being behave girl. siap bawak stroller baby dia sebab nak main, so takdelah dia boring tunggu mama check up. kadang-kadang sedih juga bila tengok another couples datang check up together but redha je la my husband worked on Saturday. lagipon pegi check up je bukan admitted pon kan? its okay, dah biasa. I'm though enough. fuyooo hehe :) I ni bukan jenis manja, dah biasa berdikari kann. kalo gi shopping boleh je berdua ngan Alya takkan ke hospital setakat jumpa doktor tak boleh? come on bebeh, u're strong enough hehe ayat penyedap hati la tuhh :)

takpe, janji ada Alya temankan mama kan sayang :)


selepas appointment dengan Dr Sidek and settlekan register for gynea pulak, I bawak Alya ke kafe. nak isi perut sebab masa nih dah hampir 11.30 pagi. kafe tak ramai orang so amanlah nak jamu selera. tapi makanan tidaklah seperti di kafe 5 bintang ye :). so so aje. takpe janji kenyang.

macam biasa, beli bihun aje. tak pelik, confirm akan abis dimakan nanti haha. kang pelik-pelik membazir plak kann :). kat sini, 2 pinggan bihun, 1 sosej, 1 fishball, 1 mineral water & 1 tin soya - RM16.00. mahal? ekeke dulu memang terbuntang mata bila dengar tapi skang dah biasa dahh. dah boleh agak bape hengget makanan kat sini. sebab tu amik yang biasa-biasa, jangan yang pelik-pelik ekeke. kata sepital private kann confirm harga pon ala-ala private hiks :)


sekali sambil makan, mata memerhati sekeliling kot ler nampak artis ke boleh buat gossip kehkehkeh. jahat. tapi mata I ternampak somebody nihh. betul-betul depan table I. 18 kali I cuba pandang cuba renung tapi still takde dalam rekod. bukan artis. tapi orang biasa je. cumanya dressing dia yang agak hover tu yang I ingatkan artis femes kehkehkeh. ya, sape berani gi hospital jumpa doktor dengan dressing gini? cuba angkat tangan? ada ke? dengan topi macam nak gi kawen orang British aje :) salute lah kat this women sebab berani selamba je dia. siap senyum-senyum ngan I. hehe sorry jangan marah ye darling, I nih jakun sket tu yang snap picas u hehe :)) 

see, uolss hader Birkin? takde? diam arghh :)) hikhikhik


around 1.30 selesai semua appointment. so till next month baru jejak SDMC lagi insyallah :).

IKEA

Jumaat lepas, tiba-tiba gatai tangan klik web IKEA. nampak sangat kemaruk nak pegi, dah 2 bulan kot tak jejak sana. kebetulan Jumaat petang tak hantar Alya ke rumah babysitter, bawak dia mai ofis sebab hari Jumaat macam lengang je ofis so bolehlah dia ikot mama. Mama plak macam malas nak hantar sebab tak larat nak turun naik tangga hehe. "biasalah mama kan pregnant" kata Alya ;)

So dok klik klik plan nak beli storage box untuk wardrobe Alya. wardrobe dah sampai, tapi macam kena beli box or basket or whatever nak simpan baju-baju kat bahagian bawah. untuk hanger memang dah siap gantung cuma yang kena lipat tu memang fikir nak beli storage box. kat dalam bahagian drawer pon nak letak box juga cuma kena plan nak yang macam mana. sebab kalo jumpa kat biasa, macam tak cantik plak box tu pastu ukuran macam tak ngam. konon nak yang cantik yang hover saja mak Alya nihh :) tapi bila tengok kat kedai biasa, storage box yang kodok pon mahal jugak. takde yang 5 hengget, semua main belas-belas puluh-puluh. iskk takdelah hover sangat lawa tapi mahal kemain. so alang-alang mahal nak cantik nak hover baik beli hat IKEA jer hiks :) banyak sangat alasan walhal hati memang ingat IKEA je kann :)

so I pon google. Antara yang I aimed nak beli. mesti beli. takmo terbeli yang lain. kang bajet menipis kihkihkih :)) dah selalu gitew.

pink. wajib. must buy. tak dapat, nangis hentak kaki :)


then, nih. wajib. must buy. tak dapat, hentak pala. gila.



and, yang nih. wajib. harus. takde, meraung pengsan. sengal. hehe.


last and not least. yang ni jugak. wajib. tak dapat, confirm jalan seret kaki terus balik. haha.


and, this is a must. gila pegi IKEA tak makan nih. rugi. tak gila pon tapi mesti terliur. sila beratur sampai kejang otot kaki kehkehkeh. tapi last Friday, tak beratur panjang pon. maybe pegi lepas office hour. so takdelah ramai sangat orang. and meja pon senang je dapat. takdelah kena buat muka kesian baru dapat duduk hikss.

salmon ni order by Alya. everytime pegi kalo tanya dia nak makan apa? salmon. takyah tanya banyak kali kang dia pekik kuat-kuat SALMONNNNN :). dia memang suka salmon. biasalah, kalo dah diajar sejak kecik kann? I kadang-kadang annoying juga dengan mak pak yang tak penah bagi anak makan salmon, bila tengok Alya makan salmon mata terbuntang macamlah Alya tu makan jerung. hello, sila baca tentang kebaikan ikan mahal nih okehh. I ajar Alya makan ikan ni sebab bagus untuk otak, omega 3. macam juga kembung yang ada protein. so takyah lah buat muka macam nak muntah kalo tengok anak I makan salmon hiiiii :(( annoying! mahal murah is different angle right. peace yoo ;)



yang nih untuk I. sorang. 10 ketul. RM9 hengget sebab guna family IKEA card. untungler seringgit setengah dari harga biasa. hehe. Alya makan sket je, 2 ketul kot selebihnya mama yang santap.



ahaaa semua idaman hati di atas I dapat beli. Alhamdulillah stock banyak and senang cari takdelah terkial-kial seret kaki gi merata mencari. mula tu nak juga tanya kat orang yang angkut benda ni masa kat kaunter bawah. tapi I relaks je, dalam hati nanti cariklah, mesti ada punyaaa :)

4 benda wajib nak dibeli completed. pastu gatai tambah towel kecik ngan pasu hiasan. gila tak beli pasu hanya RM2.90 harga member. nampak urban so kena beli sebelum menyesal mimpi-mimpi di malam hari hehe. pastu beli juga bunga sebagai tambahan. mesti beli kang sakit kepala mikir menyesal tak beli. bukan mahal pon takat 3-4 hengget tu haha.


okeh sekian entry IKEA yang tak plan nak pegi tapi terpegi. habis RM100. kalo tak pegi abes gak duit kihkihkih.

Friday, March 15, 2013

Happy weekend :)

Aha. My princess kabo "happy weekend uolss" :)
Untuk yang travel or holiday esok, take care. harap semua bergembira hujung minggu nih. jumpa lagi next Monday Insyaallah :).


Makan-makan besday party ..

Citer makan-makan macam dah sebati dengan I kan? sehari tak citer pasal makan boleh resah gelisah macam rindukan pakwe di hujung tanjung. terbayang itu sedap ini sedap. err skang I mengidam benda yang biasa-biasa so takpe, petik jari boleh je cari kann? lainlah kalo termengidam nak sushi kat Jepun atau nak makan kek pelangi atas kapal angkasa ke wahh itu sudah parahh. syukur lew mengidam yang biasa-biasa macam ayam penyet seksyen 7, ikan bakar aroma Jeram, Burger Bakar Ampang, ikan semilang salai mak atau latest nak makan caeser salad. ikutkan list panjang sangat tapi I dah short cut.

ehh melalut jauh sampai Tampin dah nihh haha jom balik ke pangkal jalan. ahaks :)

semalam waktu lunch tetiba dapat sms invite datang ke rumah beliau untuk besday party anaknya. puas mikir sapa la yang sms nih, sebab nombor tu tak save dalam henpon. maklom henpon 17 kali tukar setahun, manjang je lupa nak transfer nombor bila tukar phone ahahaha. before reply tanya sapa tetiba masuk satu lagi sms nombor yang sama; dia bagi alamat. ahaaa baru lew tahu sapekah gerangan orang yang sms I hahaha kalut.

so lepas office hour terus shoot ke rumah kawan@jiran lama I masa di Apt. Cendana. skang beliau dah pindah ke Desa Coafield, beli corner lot youuu woww :). masa I sampai pon dah pukul 6.30 nasiblah kaum hawa je yang ada. pastu budak-budak pon ramai so Alya mingle around and make a new friend so good. mama boleh duduk senang lenang makan tanpa gangguan ahaks.

aha tengok menu simple tapi sedap; lontong, spagetti, kerepok lekor, sosej, sambal sotong, karipap and junk food. see, sempoi je. kan senang gini. bertuah jadi mak buyung, duduk kat meja makan hadap segala menu kehkehkeh. nak capai pon senang je. sungguh bertuah kannn.





firstly ofkos I makan lontong, kata my favourite kann :). sambal ikan bilis sedap gila. pandai kawan I nih masak rupanya. nampak je sempoi tapi pandai masak hehe.


Nih kek besday, rainbow cake and pavlova. err sakit gigi kalo makan banyak-banyak so amik 1 slice aje share ngan Alya. pavlova pon share ngan Alya. dia mana suka sangat kek macam nih. tapi sedap jugak.


err Alya makan spagetti tapi tak sempat nak snap sebab maknya leka menyantap lontong kemain sedap haha. lupa diri bila makan sedap. tapi malu pon ada nak snap picas sebab orang sebelah I dok perhati bila I pegang note. err maluewww :) kang dikata jakun pulak dok amik gambau makanan aje. ahaha :)

moralnya; simpanlah nombor telefon kawan-kawan or kenalan anda sebab bila dorang invite datang rumah, buat makan-makan gini aha rugi kalo tak pegi. I kan suka makan ehehehe. nasib I tak reply "sape nih? wrong nombor" muehehe :)

Comel ke? ahaks :)

Salam Jumaat semuaa .. sekejap dah hujung minggu kannn .. err macam tak percaya je I dah 25weeks errr tatuttttttnyaaa :). ngada.

uolss dah breakfast kah? I baru sudah. makan bihun goreng je, beli kat kedai area school Alya. mamanya hari nih tak sempat masakkan bekal so beli je la. harap-harap masa amik dia lunch nanti takdelah dengar dia komplen apa-apa contoh "tak sedap bihun tu" hehe. Alya tak cerewet bab makan tapi pandai komplen, jujur pulak tuh kikikiki :)

ahaaa nih entry menayang namanya. semalam dah tayang shawl. hari nih I dah pakai. tak sempat basuh pon hehe :). comel tak comel takkk? tak comel pon cakap je comel. shawl tu yang comel kannn :) ahaks. memang selesa sangat pakai shawl nih. lembut, sejuk dan selesa. senang pakai, dibentuk. err pendek kata 99% suka sangat. nanti nak tambah collections lagilah. err tamak.


nih shawl yang I update semalam. love you shawl ehh tetiba :)

Thursday, March 14, 2013

Tribal shawl pujaannn :)

Before keluar lunch and amik Alya, terjengul despatch kat pintu. hehe tetiba rasa berdebar bila dia hulurkan satu envelope. berdebar konon walhal dah tahu apa ke bendanya haha sengal. sesekali berdebar konon-konon received parcel best jugak. terasa poyo sikit bila ada mata yang memandang sebok nak tahu apa benda yang I dapat ahaks. biasalah I kan poyo muehehe :)

tengok, kemain officialnya dia tulis. macam betul-betul special delivery for me. walhal nih pon order menurut perintah I juga wakaka. kalo I yang hantar memang takdenya nak tulih gini, cukup tulih nama jer hiks.


tadaaaa .. ni lew dia tribal shawl yang jadi idaman napsu naga dah bape hari dahhh .. haha. hari tu dah dapat paisley shawl. memang trend skang. paisley, tribal bla bla blaaa :). mana boleh kalah kan? kenalah up to date walau nak makainya terbelit-belit kihkihkih :). janji orang lain ada, I pon mesti ada. wahh gitew. jangan diikot perangai gini, tak baguih ehh :).

what ever it is, I love this material. kalo yang paisley tu jenis lycra, yang ni cotton. lembut and cukup cantik. harga? rahsia. tapi lagi murah dari online seller. I beli dari penjual cotton kegemaran I tu. memang puas hati harganya. murah gila. gila pon tak murah. ehhh sengal. hehe :)

tak sabar nak pakai esok yeayyyy :)


sambil belek shawl, makan lew langsat. cuci mulut. kihkihkih. 


sekian entry menayang kepoyoan tuan tanah. selamat menonton. :)

Kembang mekar harum ehh :)

Salam uolss .. dah breakfast kew?

Semalam lepas amik Alya kat school terus shoot ke klinik. sebab nak amik check BP. terasa kepala berat je and perut sakit. kebetulan Dr Linda, O&G ada so mintalah dia buat scan and check up terus. sebab utamanya last week appointment dengan Dr Siti tapi tak pegi, I balik kampung kann. so semalam jumpa lagi budak kecik tu hiiiii dah makin besar, berat pon naik. berat baby berat mak baby hehe. Alhamdulillah baby sihat. cuma uri still kat bawah - lower segment. sekarang dah 25weeks. harap-harap selepas 28 weeks keadaan uri akan berubah dan back to normal position. sakit tak payah cakap, memang sakit. kalo duduk or jalan lama-lama memang menderita I haha tapi I kan kuat macam ultraman so tahan aje la sementara waktu nih :). demi Ahmad hehe :) Insyallah :)

so semalam dapatlah MC sebab doc suruh rest je, BP naik sikit maybe sebab penat. apalagi, terus baliklah tak koser nak dok opis haha. boss pon faham keadaan sekarang nih. tapi sempat juga menyimpang ke lain. kata BP naik kan, kenalah cool down dulu. so for stressless I suka pegi nursery. Nursery kat Kota Damansara. nasiblah Alya tengah tido masa sampai ke sini. so cepat-cepat pilih bunga and apa yang nak dibeli, then shoot balik rumah. cuaca panas terik haihhh :)

memang cool aje tengok bunga-bunga nih. hati panas pon jadi sejuk, cair. lagi best kalo tengok bunga or pokok yang ditanam menjadi, hidup subur. Alhamdulillah. skang hormon menanam makin menjadik-jadik. kalo boleh tanam hari ni esok dah jadi satu mini garden wahh hover :) I kan jenis kurang sabar. semua nak cepat ehh :))


ni gambo lastweek before balik kampong. nih kat area anjung porch aje. skang dah tanam pokok telinga rabbits kat sudut pagar and tepi pagar. tak sabar nak tunggu beso. nanti I update okay. antara bunga-bunga nih ada yang I beli kat IKEA, bunganya boleh tahan, hidup lama dan elok bakanya. nanti nak pegi IKEA nak cari ada satu bunga tu, memang teringat-ingat. murah pulak tu :) eh jomm gi IKEA :))


Malam. masak simple aje. Alya macam biasa, janji ada kicap ngan telur. tapi I dah cakap kat dia, kena selang-seli dengan fish, ayam or telur. takmo lew makan telur saja kann :). dia okay terutama bila I kata nanti I goreng salmon, her favourite :). goreng sempoi je. ingat nak baked guna kuali ajaib tapi maknya tak RAJIN plak hikss :).


pastu buat sambal ayam. masa ke klinik semalam, sempat singgah Myden so bolehlah pilih ayam. I suka beli ayam yang dah siap potong tu so bolehlah pilih part mana yang kita suka. kalo beli seekor confirm ada yang tak makan part tertentu kann? so beli paha or ribs aha confirm laku. kepak pon beli juga. nanti boleh goreng. yang ni memang goreng extra sebab nak bawak bekal ofis. dah abih licin pon breakfast tadi, laparrrr hehe :). sedap pulak sambal nih ecehehehe puji sendiri nampakkkk :))


ehhh tembammmnyaa :). hai, nih la empunya blog. latest picas, yang semakin hari semakin kembang mekar. hehe :) kena letak pictures kecik je kang terkejut pulak korang kehkehkeh :))



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...